Flat 3A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Flat 3A
Pengarah Azhari Mohd Zain
Penerbit David Teo
Dibintangi oleh Intan Ladyana
Shasha
Ery Zukhairi
Adey Shafrien
Zaidi Omar
Sinematografi Mohd Shaufe
Disunting oleh Brian Ng (Kang)
Syarikat
produksi
Metrowealth Movies Production
Mula ditayangkan
14 Julai 2011
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.82 juta [1]
Pecah panggung RM 1.44 juta

Flat 3A merupakan sebuah filem seram yang mula ditayangkan di pawagam pada 14 Julai 2011. Filem arahan Azhari Mohd Zain ini menampilkan Intan Ladyana, Shasha, Adey Shafrien dan Zaidi Omar sebagai pelakon utama filem ini.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan diberikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali diganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya, namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah diganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Tergamam Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu seiras Fatin. Apa kaitan antara Fiqah dan Fatin?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]