Intan Ladyana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Intan Nurladyana" dilencongkan di sini.
Intan Ladyana
Kelahiran Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya
(1982-06-02) 2 Jun 1982 (umur 36)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Pekerjaan Model, pelakon, pengacara
Tahun aktif 2006–kini

Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana (lahir 2 Jun 1982) merupakan seorang model, pelakon, dan pengacara di Malaysia.[1] Beliau mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3. Selain itu, Intan juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Tipah Tertipu The Movie (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Sempit (2010-14) dan Banglo Berkunci (2015).[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Intan Ladyana dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[3] Beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan berdarah kacukan Melayu dan Siam.[3] Intan merupakan penuntut dalam jurusan undang-undang di United Kingdom.[3] Beliau pernah menetap di Budapest, Hungary selama enam bulan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang pemodelan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Pencarian Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi 15 Jun 2005.

Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon bertukar pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi pemodelan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat.[5] Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[6]

Pada 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan, Rose dan Seri. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.[7]

Pada 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia.[8] Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan - Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).[9]

Intan kembali menjayakan watak sebagai Riana dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster lakonannya; beliau kembali digandingkan bersama Yana Samsudin, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.[10][11]

Pada 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.

Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri[13] dan juga pelakon, Kamal Adli.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2006 Tipah Tertipu The Movie Tipah Ahmad Idham Filem pertama
2007 Jangan Pandang Belakang Rose/Suri
2008 I'm Not Single
2010 Adnan Sempit Nadia
V3: Samseng Jalanan Lisa Farid Kamil
2011 Kembar Siang Hatta Azad Khan
Flat 3A Fiqah Azhari Zain
Bini-Biniku Gangster Manja Ismail Bob Hasim
2012 Adnan Sempit 2 Nadia
X Ahmad Rusli Khadri
Halim Munan Hashim Rejab
Apa Celop Toqq... Ahmad Idham
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Azura Hashim Rejab
Kecoh Hantu Raya Tok Chai Opie Zami
Adnan Sempit 3 Nadia Ismail Bob Hasim
Aku Pilih Kamu Qesya Eyra Rahman
2014 Adnan Sempit Sawadikap Nadia Ismail Bob Hasim
2015 Abang Lejen Intan Azaromi Ghozali
Hantu Bungkus Ikat Tepi Hashim Rejab
Banglo Berkunci Penjaga Banglo Dharma Aizat

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Puteri TV3
2007 Jelatang TV3
2008 Sutera Maya Maya Karina TV3
2009 Suria Kasandra TV3
2009 Bio-Nik TV3
2009 Jangan Pandang Belakang The Series TV2
2010 Sepuluh
2012 Bini-Bini Perkasa Riana TV3
2013 Dewi Lasak Dewi Seri TV3
Tanah Kubur (Musim 4) Astro Oasis Episod: "Fitnah"
2014 Jika Itu Takdirku Seri Umairah TV3
2015 Quddus TV2
2017 Semusim Rindu Hajar/Nani Astro Prima/Astro Maya HD
Dia Michelle TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Taxi Driver ntv7
2009 Puaka Topeng Putih Suzy Astro Ria
Naik Hantu Astro Ria
Kekasihku Is Setan
Tuah Kembali
2010 Denai Berbisik Astro Ria
2011 Tunang Pak Lang Drebar Pak Lang Astro Warna
2012 Diari Suami 9 Bulan TV3
Blueberry Cafe Melati TV1
2013 7 Dulang Asam Pedas TV1
Pengancam Perkahwinan[14] Arianna Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2006 Hello Minda TV1
2017 Sepahtu Reunion Live Astro Warna & Astro Mustika HD Artis jemputan

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada April 2012, Intan bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."[15]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Bini-Biniku Gangster Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Mei 2017). Intan masih minat berlakon Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2017.
  2. ^ Syahirah Mokhtazar (13 Mei 2017). Keeping things under wraps New Straits Times. Dicapai pada 18 September 2017.
  3. ^ a b c Biodata Intan Ladyana Azhan.co. (19 September 2016). Dicapai pada 19 September 2016.
  4. ^ a b Wanda Idris (17 Mei 2009). Kamal istimewa - Intan Ladyana Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  5. ^ Tipah Tertipu judul filem yang mengelirukan Utusan Malaysia (13 Jun 2006). Dicapai pada 8 September 2010.
  6. ^ "Pergolakan cinta terlarang dalam Jelatang". mStar Online. 26 Jul 2007. Dicapai 26 Apr 2010. 
  7. ^ "Jangan Pandang Belakang made history. artisglamer.fotopages.com. Retrieved 9 May 2007.
  8. ^ "Mat Rempit and drag queens OUT". AsiaOne. 19 Jul 2009. Dicapai 18 Feb 2010. 
  9. ^ Rozdan Mazalan (10 Jan 2010). "Adnan Sempit Bukan Sekadar Kisah Mat Rempit Sahaja". Berita Harian. Dicapai 18 Feb 2010. 
  10. ^ ""Bini-bini Perkasa" – Apa Berlaku Sekiranya Kuasa Wanita Menandingi Lelaki?". Oh Bulan!. 21 September 2010. Dicapai 25 Mac 2014. 
  11. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (6 September 2012). "Bini-Bini Perkasa: Aksi komedi luar biasa". Sinar Harian. Dicapai 25 Mac 2014. 
  12. ^ Aqmar Mustaza (13 Januari 2014). Percaturan Intan Ladyana Sinar Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  13. ^ Wahida Asrani (29 April 2009). Cinta Intan-Kevin retak bukan kerana orang ketiga mStar Online. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  14. ^ Nadiya jadi mangsa Kilafairy, Intan Kosmo Online. (26 September 2013). Diperoleh pada 28 September 2013.
  15. ^ "Oxcell jelajah 33 bandar dedah potensi perniagaan kepada belia". Utusan Malaysia. April 7, 2012. Dicapai April 7, 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]