Pergi ke kandungan

David Teo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mejar (k)
David Teo
Kelahiran
Teo Chew Huat

(1964-08-01) 1 Ogos 1964 (umur 60)
PekerjaanPenerbit, usahawan, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2000–kini
PasanganJane Lim
Laman web rasmiDavid Teo

Mejar (k) Teo Chew Huat[1] yang dikenali sebagai David Teo (lahir 1 Ogos 1964) ialah seorang penerbit filem, usahawan, pelakon dan penyanyi Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti MIG Sound, MIG Talent dan Temasek Studios. MiG Pictures di bawah kendalian David Teo telah menghasilkan lebih dari 100 judul filem semenjak tahun 2000.[2]

Mejar (K) David Teo dilahirkan pada 1 Ogos 1964 dan berasal dari Kampung Buluh Kasap, beliau menerbitkan filem pertamanya pada dan sehingga April 2015, MiG Pictures dan anak syarikat sudah pun menghasilkan 119 filem. Setakat ini, Mejar (K) David Teo merupakan antara penerbit filem tempatan yang paling berjaya dan telahpun menerbitkan filem-filem tempatan Malaysia yang paling terlaris apabila berjaya memungut kutipan melebihi RM12 juta setakat ini.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang jualan langsung pada tahun 1986 dan pada tahun 2000, beliau menerbitkan filem pertama beliau iaitu filem Islamik Sci-Fi 'Syukur 21' dengan menampilkan kumpulan nasyid terkenal Raihan.

David Teo telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Majlis Angkatan Tentera untuk menerima Penganugerahan Tauliah Kehormat Dalam Angkatan Tentera Sukarela Persekutuan-ASP yang membawa gelaran "Mejar" pada 27 Disember 2011.

Atas kredibiliti David Teo yang sentiasa menepati citarasa para penonton, MiG Production yang juga di bawah kendaliannya telah diberikan 200 jam penerbitan drama setiap tahun. Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.

Selain melibatkan diri secara serius dalam bidang penerbitan filem dan drama, kini Mejar (K) David Teo juga berjinak-jinak sebagai pelakon dan penyanyi. Dia tampil sebagai salah seorang pelakon dalam filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dan cameo menerusi filem Suamiku Jatuh Dari Langit, Remp-It, Kala Malam Bulan Mengambang, dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2X5 yang ke udara pada 17 November 2006. Single pertama beliau, "Kacang" diterbitkan pada tahun 2014.[3][4][5]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Kenyataan menghina P. Ramlee

[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2016, David Teo menerusi ruangan hiburan The Malay Mail Online menyatakan komitmen MiG untuk membimbing para pelakon untuk mengembangkan bakat sehingga mampu bergelar jutawan. Namun tindakannya menyandarkan seniman agung P. Ramlee sebagai contoh pelakon yang berlagak dan berjoli hingga tiada duit pada usia tua membangkitkan kemarahan dalam kalangan anak seni dan netizen amnya. Berikut ialah kenyataan beliau:[6]

“KALAU tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit.”[6]

Kenyataan inilah yang menyebabkan ketua pegawai eksekutif Metrowealth Pictures itu diselar kerana dianggap menghina seniman agung negara. Menurut pengarang buku Membedah P. Ramlee Daniyal Kadir, kenyataan tersebut amat tidak wajar. Pengarah dan pelakon Sabri Yunus pula memilih untuk menyindir Teo dengan status Facebook yang puitis dan sinis.[6] Presiden Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) Alfie Palermo pula menyifatkan kenyataan Teo sebagai ironik. Kenyataan David turut dikutuk oleh Komuniti Filem Titiwangsa, yang menghimpunkan penggiat serta pencinta filem antaranya pengarah Bunohan Dain Said dan ahli sejarah filem Hassan Muthalib.[6]

Netizen amnya turut berkongsi rasa tidak senang hati dengan kenyataan Teo yang dianggap biadap, mereka rata-rata membandingkan mutu filem terbitannya dengan puluhan filem P. Ramlee yang malar segar dan ditonton tanpa jemu hingga kini. Namun ada juga yang berpendapat Teo sekadar memberi nasihat dan melahirkan keprihatinan terhadap industri seni. Amir Hafizi, penulis skrip filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Magika menganggap Teo sekadar prihatin. Pengarah dan pelakon Melissa Saila turut menyelar kenyataan Teo dan berpendapat karya P.Ramlee kaya dengan cara yang tersendiri

Insiden ditempeleng semasa acara TN50

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei 2017, David Teo sekali lagi terlibat dalam suatu kontroversi berkelakuan kurang ajar di hadapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi soal jawab Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya yang dianjurkan Perdana Menteri. David Teo kedengaran seperti menengking semasa mengajukan soalan kepada perdana menteri. Ini adalah disebab moderator Rosyam Nor tidak memberikan mikrofon kepada David semasa pertanyaan dan David terpaksa cakap kuat untuk suarakan pendapatnya seolah-olah David hendak mencetuskan kontroversi.[7][8]

Pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin juga dikenali mengikut nama samarannya "Mat Over" bangun dari tempat duduknya dan cuba menampar Teo yang membalas dengan cubaan untuk menyepak sebelum pegawai-pegawai sekuriti menghalang insiden pergelutan antara kedua-dua orang itu daripada menjadi lebih teruk. Insiden pergelutan ini berlaku beberapa meter di hadapan perdana menteri Malaysia, Najib Razak yang kelihatan tenang semasa insiden berlaku. Kedua-dua David Teo dan Sulaiman Yassin kemudiannya dipanggil oleh perdana menteri untuk memberi salam dan memohon maaf antara satu sama lain beberapa minit kemudian selepas terjadinya insiden pergelutan itu. Ketika ditanya, Sulaiman Yassin berkata bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara kurang ajar David Teo menanyakan soalan kepada perdana menteri Baju Merah mendesak David Teo untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan pemimpinnya kerana telah memalukan pemimpin dengan bersikap kurang ajar tanpa rasa hormat. Mereka juga mendesak Kementerian Pertahanan agar menarik balik gelaran kehormat "Mejar" yang dinobatkan oleh Angkatan Tentera Malaysia keatas David.[9]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Single
Tahun Tajuk lagu Menampilkan
2014 "Kacang" Cat Farish, Rafidah Ibrahim dan Zarul
2015 "Kawan Lama Salam Hari Raya" Yasin Sulaiman dan Atikah Suhaime
2022 "My Love My Baby" Chumiee Omey, Suhaimi Azmi, Dai Fuad dan Aaliyah Natasha

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Penerbit
2000 Syukur 21 Tidak Ya
2001 No Problem Tidak Ya
2002 Mendam Berahi Tidak Ya
Mami Jarum Tidak Ya
2003 Mistik Tidak Ya
Mami Jarum Junior Tidak Ya
Cinta Kolestrol Tidak Ya
Jutawan Fakir Tidak Ya
2004 Kuliah Cinta Tidak Ya
Tangkai Jering Tidak Ya
Hingga Hujung Nyawa Tidak Ya
7 Perhentian Tidak Ya Penerbit Eksekutif
2005 Cinta Fotokopi Tidak Ya
Potret Mistik Tidak Ya
Lady Boss Tidak Ya
Anak Mami Kembali Tidak Ya
2006 Tentang Bulan Tidak Ya
Main-Main Cinta Tidak Ya
Remp-It Ya Ya Tauke Kedai Motor
2007 9 September Ya Ya Tauke Bot
Jangan Pandang Belakang Tidak Ya
2008 Congkak Tidak Ya
I'm Not Single Ya Ya David
Senario The Movie: Episode 1 Tidak Ya
Selamat Pagi Cinta Tidak Ya
Kala Malam Bulan Mengambang Ya Tidak Tauke Hotel
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Tidak Ya
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak Ya Ya Tuan Pengarah, MC David & Bos Hotel Penampilan khas
Jin Notti Ya Tidak Taiko
Setem Ya Tidak Tukang Paip
Syurga Cinta Tidak Ya
Santau Tidak Ya
Jangan Tegur Tidak Ya
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys Tidak Ya
2010 Adnan Semp-It Tidak Ya
Zoo Tidak Ya
Mantra Tidak Ya
Senario Asam Garam Tidak Ya
Semerah Cinta Stilleto Tidak Ya
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Tidak Ya
V3 Samseng Jalanan Tidak Ya
Ngangkung Tidak Ya
Cuti-Cuti Cinta Tidak Ya
Aku Masih Dara Tidak Ya
Damping Malam Tidak Ya
2011 Kembar Siang Tidak Ya
Kongsi Tidak Ya
3,2,1 Cinta Tidak Ya
Bini-Biniku Gangster Tidak Ya
Flat 3A Tidak Ya
Senario The Movie Ops Pocot Tidak Ya
Sekali Lagi Tidak Ya
Alamak... Toyol! Tidak Ya
Papa I Love You Tidak Ya
2012 Keramat Tidak Ya
Sumpahan Kum Kum Tidak Ya
7 Petala Cinta Tidak Ya
Hantu Dalam Botol Kicap Tidak Ya
3 Temujanji Tidak Ya
Hanya Aku Cinta Kau Seorang Tidak Ya
Nongkrong Tidak Ya
Adnan Sempit 2 Tidak Ya
8 Jam Tidak Ya
Salam Cinta Tidak Ya
Seram Sejuk Tidak Ya
Aji Noh Motor Tidak Ya
X Tidak Ya
Pe3 Ya Ya Inspektor Penampilan khas
Budak Pailang Tidak Ya
Taikun Tidak Ya
Ajiboy Tidak Ya
Aku Terima Nikahnya Tidak Ya
Strawberi Cinta Tidak Ya
2013 Minyak Dagu Tidak Ya
Wawa Semput Tidak Ya
Pada Suatu Cinta Dahulu Tidak Ya
Cerita Kita Tidak Ya
Dua Kalimah Tidak Ya
99 Kali Rindu Tidak Ya
Bro, Nampak Motor Gua? Tidak Ya
Adnan Sempit 3 Tidak Ya
1 Lawan Satu Tidak Ya
Paku Pontianak Tidak Ya
Bencinta Tidak Ya
Longkai Tidak Ya
Lagenda Budak Hostel Tidak Ya
Highland Tower Tidak Ya
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Tidak Ya
Aku Pilih Kamu Tidak Ya
Laki-Laki Tidak Ya
2014 Muka Surat Cinta Tidak Ya
Jangan Pandang Belakang Boleh Tidak Ya
Sniper Tidak Ya
Kaki Kitai Tidak Ya
Glorifying Love Tidak Ya
Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Tidak Ya
Nasi Tangas Tidak Ya
Lu, Gua, Bro! Tidak Ya
Adnan Sempit Sawadikap Tidak Ya
Kelibat Tidak Ya
Pengantin Malam Tidak Ya
Kasut Ku Kusut Tidak Ya
2015 Badi Tidak Ya
Hantu Bungkus Ikat Tepi Tidak Ya
Suamiku Jatuh Dari Langit Ya Ya Ah Long Penampilan khas
Keranda Tok Wan Terbang Tidak Ya
2016 Zack Kapcai Tidak Ya
Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi Tidak Ya
Volkswagen Kuning Tidak Ya
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Ya Tidak Lavid
2017 Dorm Melati Tidak Ya
Love From Kampung Tidak Ya
Hospital Tidak Ya
Kolestrol vs Cinta Tidak Ya
2023 Gui Ya Tidak Tan Sri Lo
2024 Pontianak 200Kg Tidak Ya
Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu Tidak Ya
2025 Dajal: Satu Malam Dipedajal Tidak Ya
6 Jilake Ya Tidak Pendulang Cina
TBA Nar'sata: Sekutu Setan Tidak Ya
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Penerbit
2001 Fakulti Tidak Ya TV2
2009 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series Tidak Ya Astro Warna
Legasi 43 Karat Tidak Ya TV3
2010 Adnan Semp-It The Series Tidak Ya Astro Warna
2011 Ana lu'lu Tidak Ya TV3
2012 Takdir Qismah Tidak Ya
Bini-Bini Perkasa Tidak Ya
2013 Dewi Lasak Tidak Ya
2016 Sha & Shah Tidak Ya Astro Ria
Si Kolot Suamiku Tidak Ya
2016–2017 Hantu Punya Bos Tidak Ya TV3
2021 Derita Untuk Bahagia Tidak Ya Astro Prima
Mr. Millennium Tidak Ya TV9
2023 Bukan Syurga Pilihan Tidak Ya Astro Prima
Adnan Runner Tidak Ya TV3
Hijrah Jannah Tidak Ya Astro Ria
2025 Dendam Seorang Madu Tidak Ya - Astro Prima

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Penerbit
2012 Kampung Mangkuk Sengkuang Tidak Ya TV3
2015 Hantu Raya Tumpang Beraya Tidak Ya Astro Ria
2022 Susuk Hantu Nan Senja Tidak Ya Metrowealth Pictures (YouTube Ekslusif)
2022 Radio Atok Ya Tidak Ah Lan TV9
2023 Pontianak 100Kg Tidak Ya Tonton
Memorealiti Tidak Ya Metrowealth Pictures (YouTube Ekslusif)

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Sepahtu Reunion Live 2017 Cameo Astro Warna Episod: "Hantu Raya Balai Raya"
2021 Sepahtu Reunion Live 2021 Pemegang Wasiat Kameo, Episod: "Masih Lagi Sayang"

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]