Florian Wirtz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Florian Wirtz
Wirtz bersama Bayer Leverkusen pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama penuh Florian Richard Wirtz[1]
Tarikh lahir (2003-05-03) 3 Mei 2003 (umur 20)
Tempat lahir Pulheim, Jerman
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang, Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayer Leverkusen
Nombor 10
Kerjaya remaja
2008–2010 SV Grün-Weiß Brauweiler
2010–2020 1. FC Köln
2020–2021 Bayer Leverkusen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2020– Bayer Leverkusen 95 (19)
Pasukan kebangsaan
2018 Jerman B-15 1 (0)
2018–2019 Jerman B-16 5 (0)
2019–2020 Jerman B-17 4 (0)
2020– Jerman B-21 6 (2)
2021– Jerman 14 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:31, 20 Januari 2024 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18:04, 22 November 2023 (UTC)

Florian Richard Wirtz (lahir 3 Mei 2003) ialah seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain sebagai pemain tengah menyerang atau pemain sayap kiri untuk kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen dan pasukan kebangsaan Jerman. Dia dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik di dunia.[3]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Wirtz menerima panggilan pertamanya ke pasukan senior untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 pada Mac 2021.[4] Dia membuat penampilan sulungnya pada 2 September dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Liechtenstein, dengan kemenangan 2–0 di tempat lawan. Dia menggantikan Joshua Kimmich pada minit ke-82.[5] Pada Mei 2022, jurulatih kebangsaan Jerman Hansi Flick menyatakan kesediaannya untuk menamakan Wirtz dalam skuad akhir Piala Dunia FIFA 2022, namun dia terlepas kejohanan tersebut kerana kecederaan ACL-nya.[6]

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Wirtz adalah pemain tengah menyerang, walaupun dia juga boleh bermain di sebelah kiri sebagai pemain sayap. Dia mempunyai pemikiran menyerang yang bagus dan merupakan pemain tengah yang sangat dinamik, yang selalu bekerja keras di atas padang.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Wirtz dilahirkan di daerah Brauweiler di Pulheim, North Rhine-Westphalia. Ibu bapa Wirtz adalah ejennya; bapanya, Hans-Joachim, juga pengerusi Grün-Weiß Brauweiler, kelab tempat Wirtz bermain semasa kecil sebelum menyertai Köln.[8] Kakaknya, Juliane Wirtz juga seorang pemain bola sepak profesional; dia membuat debut Bundesliga Wanita pada usia enam belas tahun dan mewakili Jerman di peringkat remaja.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawan dimainkan 20 Januari 2024[9]
Penampilan dan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga DFB-Pokal Eropah Total
Divisyen Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol
Bayer Leverkusen 2019–20 Bundesliga 7 1 1 0 1[a] 0 9 1
2020–21 29 5 2 1 7[a] 2 38 8
2021–22 24 7 1 0 6[a] 3 31 10
2022–23 17 1 0 0 8[a] 3 25 4
2023–24 18 5 3 1 4[a] 2 25 8
Jumlah kerjaya 95 19 7 2 26 10 128 31
  1. ^ a b c d e Penampilan di Liga Europa UEFA

Antarabnagsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan dimainkan sehingga 21 November 2023
Penampilan dan gol untuk pasukan kebangsaan
Pasukan kebangsaan Tahun Penampilan Gol
Jerman
2021 4 0
2023 10 0
Jumlah 14 0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Florian Richard Wirtz | Player profile". Bundesliga. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ "Florian Wirtz" (dalam bahasa Jerman). Bayer 04 Leverkusen. Dicapai pada 8 September 2023.
  3. ^ "Florian Wirtz: Who is Bayer Leverkusen and Germany's latest wonderkid?". Bundesliga. Dicapai pada 13 November 2023.
  4. ^ "Start ins EM-Jahr: Musiala und Wirtz erstmals im DFB-Team". dfb.de. Dicapai pada 25 Mac 2021.
  5. ^ "Liechtenstein v Germany game report". FIFA. 2 September 2021.
  6. ^ "News in brief: Flick on World Cup chances for Wirtz". Bayer 04 Leverkusen. 20 Mei 2022.
  7. ^ "Wonderkids: Florian Wirtz | Soccerment Research". Soccerment. 12 Januari 2021. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  8. ^ "8000 Euro für Papa Hätten Sie ihn erkannt? Nationalspieler macht rheinischen Dorfklub froh". express.de (dalam bahasa Jerman). 20 Oktober 2021.
  9. ^ "F. Wirtz". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 5 Mac 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]