Mitchell Weiser

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mitchell Weiser
2014-05-18 Mitchell Weiser.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Mitchell-Elijah Weiser[1]
Tarikh lahir (1994-04-21) 21 April 1994 (umur 23)
Tempat lahir Troisdorf, Jerman
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9+516 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini FC Bayern Munich
Nombor 30
Kerjaya remaja
2000–2005 TV Eintracht Veltenhof
2005–2010 1. FC Köln
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2010–2012 1. FC Köln II 2 (0)
2010–2012 1. FC Köln 1 (0)
2012–2014 Bayern Munich II 35 (3)
2012– Bayern Munich 13 (1)
2013 1. FC Kaiserslautern (loan) 13 (2)
Pasukan kebangsaan
2010 Jerman B16 3 (0)
2010–2011 Jerman B17 22 (4)
2012 Jerman B18 1 (0)
2013 Jerman B20 3 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 Mei 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 24 Julai 2012

Mitchell-Elijah Weiser (lahir 21 April 1994), ataupun hanya dikenali sebagai Mitchell Weiser, merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Hertha BSC di posisi sayap.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Köln[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Jerman, Patrick Weiser. Weiser memulakan kerjaya remajanya bersama 1. FC Köln pada musim 2005-06. Beliau telah menjuarai piala domestik pertamanya bersama pasukan B-17 pada 2011.

Beliau membuat debut Bundesliga pada 25 Februari 2012 pada perlawanan menentang Bayer Leverkusen membuatkan beliau menjadi pemain termuda kelab.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 2012, Weiser berpindah ke Bayern Munich dan menandatangani kontrak sehingga 2015. Pada 2 Januari 2013, beliau dipinjam ke kelab 2. Bundesliga, 1. FC Kaiserslautern sehingga penghujung musim.

Beliau kembali semula ke Bayern pada musim 2013-14. Weiser menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern menentang São Paulo pada perlawanan Piala Audi 2013.

Pada 5 November 2013, beliau menggantikan Mario Götze pada minit ke-87 untuk membuat debut di Liga Juara-Juara menentang Viktoria Plzeň, Bayern menang 1-0. Pada 5 April 2014, beliau membuat debut Bundesliga untuk Bayern. Weiser termasuk dalam kesebalasan utama ketika tewas mengejut 1-0 kepada FC Augsburg. Kekalahan ini merupakan kekalahan liga pertama mereka sejak Oktober 2012 dan menamatkan 53 perlawanan rekod tanpa kalah.

Weiser menjaringkan gol Bundesliga pertamanya pada 21 Februari 2015 ketika menang 6-0 ke atas SC Paderborn 07 pada minit ke-78.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari 2010, Weiser membuat debut untuk pasukan kebangsaan bawah-16 Jerman menentang Cyprus. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan bawah-17 pada 4 September 2010 menentang Azerbaijan, Jerman menang 2-0.

Kejohanan pertama Weiser bersama skuad Jerman pada Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-17 UEFA 2011 di Serbia dan pasukannya melangkah ke perlawanan akhir bertemu Belanda dan tewas 5-2.

Weiser menamatkan aksi Piala Dunia B-17 FIFA 2011 di Mexico dengan menjaringkan tiga gol dalam enam perlawanan. Aksi baik beliau telah mengejutkan banyak pihak di dunia. Gaya bermai beliua hampir sama jika dibandingkan dengan bintang Barcelona, Dani Alves.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA Club World Cup Morocco 2013: List of Players" (PDF). FIFA. 7 December 2013. p. 5. Dicapai pada 8 December 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]