Fosfatase asid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fosfatase asid
Tetramer fosfatase asid pada kelenjar prostat manusia
Pengenal pasti
Nombor EC3.1.3.2
Nombor CAS9001-77-8
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum

Fosfatase asid[1] (EC 3.1.3.2; nama lain: asid fosfatase,[2] asid fosfomonoesterase', fosfomonoesterase, gliserofosfatase, asid monofosfatase, asid fosfohidrolase, asid fosfomonoester hidrolase, uteroferin, asid nukleosida difosfat fosfatase, ortofosforik-monoester fosfatase (optimum asid); nama sistematik: fosfat-monoester fosfohidrolase (optimum asid)) ialah enzim yang membebaskan kumpulan fosforil yang melekat pada molekul lain semasa penghadaman. Ia boleh diklasifikasikan lagi sebagai enzim fosfomonoesterase. Ia disimpan dalam lisosom dan berfungsi apabila ia bercantum dengan endosom, yang diasidkan semasa berfungsi; oleh itu, ia mempunyai pH optimum asid.[3] Enzim ini terdapat dalam banyak spesies haiwan dan tumbuhan.[4]

Bentuk-bentuk fosfatase asid yang berbeza ditemui dalam organ-organ yang berbeza, dan paras serumnya digunakan untuk menilai kejayaan rawatan pembedahan kanser prostat.[3] Pada masa lalu, enzim ini juga digunakan untuk mendiagnosis jenis kanser ini.

Ia juga digunakan sebagai penanda sitogenetik untuk membezakan dua nasab Leukemia Limfoblastik Akut(ALL) yang berbeza: B-ALL (leukemia kepada Limfosit B) ialah asid-fosfatase negatif, T-ALL (berasal dari Limfosit T) ialah asid-fosfatase positif.

Julat rujukan ujian darah, menunjukkan fosfatase asid berwarna merah di sebelah kiri.

Fosfatase asid memangkinkan tindak balas berikut pada pH berasid optimum (di bawah 7):

monoester fosfat + H2O = alkohol + fosfat

Enzim-enzim fosfatase juga digunakan oleh mikroorganisma tanah untuk mengakses nutrien fosfat yang terikat secara organik. Ujian ke atas kadar aktiviti enzim ini boleh digunakan untuk memastikan permintaan biologi untuk fosfat dalam tanah.

Sesetengah akar tumbuhan, terutamanya akar berkelompok, merembeskan karboksilat yang melakukan aktiviti fosfatase asid, membantu menggerakkan fosforus dalam tanah yang kekurangan nutrien.

Bakteria tertentu, seperti Nocardia, boleh mencerna enzim ini dan menggunakannya sebagai sumber karbon.

Asid fosfatase tulang[sunting | sunting sumber]

Asid fosfatase tahan tartrat boleh digunakan sebagai penanda biokimia fungsi osteoklas semasa proses resorpsi tulang.[5]

Gen[sunting | sunting sumber]

Gen berikut mengekod komponen polipeptida untuk pelbagai isoenzim asid fosfatase.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (25 Jun 2023). "Carian Umum "fosfatase asid"". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 25 Jun 2023. Penamaan "fosfatase asid" walaupun bukannya digunakan secara meluas, tetapi penamaan ini mematuhi prinsip pembentukan frasa bahasa Melayu, serta wujud pada korpus PRPM.
  2. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (25 Jun 2023). "Carian Umum "asid fosfatase"". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 25 Jun 2023. Penamaan "asid fosfatase" digunakan secara meluas dalam bidang perubatan (terutamanya sumber rujukan dari bahasa Indonesia), tetapi penamaan ini melanggar prinsip pembentukan frasa bahasa Melayu kerana nama subjek terletak di belakang nama sifat.
  3. ^ a b "Acid phosphatase". The Urologic Clinics of North America. 6 (3): 629–41. October 1979. doi:10.1016/S0094-0143(21)01218-0. PMID 388794.
  4. ^ "Acid phosphatases". Molecular Pathology. 55 (2): 65–72. April 2002. doi:10.1136/mp.55.2.65. PMC 1187150. PMID 11950951.
  5. ^ "Bone acid phosphatase: tartrate-resistant acid phosphatase as a marker of osteoclast function". Calcified Tissue International. 34 (3): 285–90. May 1982. doi:10.1007/BF02411252. PMID 6809291.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]