Frances McDormand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Frances McDormand
Frances McDormand 2015 (cropped).jpg
McDormand, 2015
Kelahiran Cynthia Ann Smith
(1957-06-23) 23 Jun 1957 (umur 61)
Gibson City, Illinois, A.S.
Kediaman New York City, New York, A.S.
Pusat pendidikan Kolej Bethany
Universiti Yale
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1982–kini
Pasangan Joel Coen (k. 1984)
Anak 1

Frances Louise McDormand (lahir Cynthia Ann Smith; 23 Jun 1957) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah dua Anugerah Akademi.

McDormand mendapat pendidikan di Kolej Bethany, West Virginia dan Universiti Yale. Beliau memulakan beberapa buah filem bersama Coen bersaudara termasuklah Blood Simple (1984), Raising Arizona (1987), Fargo (1996), The Man Who Wasn't There (2001), Burn After Reading (2008), dan Hail, Caesar! (2016). Beliau memenangiPelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi menerusi watak sebagai Marge Gunderson dalam Fargo'. Selain itu, McDormand pernah membintangi filem seperti Mississippi Burning (1988), Almost Famous (2000), dan North Country (2005), yang mana kesemuanya melayakkan beliau tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Akademi. Pada tahun 2017, beliau membintangi sebuah filem drama jenayah, Three Billboards Outside Ebbing, Missouri, yang melayakkan beliau menerima Oscar keduanya.

Selain filem, McDormand pernah muncul pertama kali dalam Broadway pada tahun 1984 revival menerusi drama Awake and Sing!, dan menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Tony menerusi watak sebagai Stella Kowalski dalam A Streetcar Named Desire (1988). Pada tahun 2008, beliau kembali berlakon dalam Broadway menerusi pementasanThe Country Girl. Pada tahun 2011, beliau menenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Tony menerusi pementasan Good People (2011). Menerusi televisyen, McDormand pernah muncul dalam sirimini HBO, Olive Kitteridge (2014), yang melayakkan beliau Anugerah Emmy.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Pengarah Nota
1984 Blood Simple Abby Joel Coen
Ethan Coen
1985 Crimewave Nun Sam Raimi
1987 Raising Arizona Dot Joel Coen
Ethan Coen
1988 Mississippi Burning Mrs. Pell Alan Parker
1989 Chattahoochee Mae Foley Mick Jackson
1990 Hidden Agenda Ingrid Jessner Ken Loach
1990 Miller's Crossing Setiausaha Datuk Bandar Joel Coen
Ethan Coen
Tanpa kredit
1990 Darkman Julie Hastings Sam Raimi
1991 Barton Fink Stage Actress Joel Coen
Ethan Coen
Suara
Tanpa kredit
1991 The Butcher's Wife Grace Terry Hughes
1992 Passed Away Nora Scanlan Charlie Peters
1993 Short Cuts Betty Weathers Robert Altman
1994 Bleeding Hearts Wanita di dalam TV Gregory Hines
1994 The Hudsucker Proxy Setiausaha Joel Coen
Ethan Coen
Tanpa kredit
1995 Beyond Rangoon Andy Bowma John Boorman
1995 Palookaville June Alan Taylor
1996 Fargo Marge Gunderson Joel Coen
Ethan Coen
1996 Primal Fear Dr. Molly Arrington Gregory Hoblit
1996 Lone Star Bunny John Sayles
1997 Paradise Road Dr. Verstak Bruce Beresford
1998 Johnny Skidmarks Alice John Raffo
1998 Madeline Miss Clavel Daisy von Scherler Mayer
1998 Talk of Angels Conlon Nick Hamm
2000 Wonder Boys Dean Sara Gaskell Curtis Hanson
2000 Almost Famous Elaine Miller Cameron Crowe
2001 The Man Who Wasn't There Doris Crane Joel Coen
Ethan Coen
2002 Laurel Canyon Jane Lisa Cholodenko
2002 City by the Sea Michelle Michael Caton-Jones
2003 Something's Gotta Give Zoe Barry Nancy Meyers
2005 North Country Glory Dodge Niki Caro
2005 Æon Flux The Handler Karyn Kusama
2006 Friends with Money Jane Nicole Holofcener
2008 Miss Pettigrew Lives for a Day Guinevere Pettigrew Bharat Nalluri
2008 Burn After Reading Linda Litzke Joel Coen
Ethan Coen
2011 This Must Be the Place Jane Paolo Sorrentino
2011 Transformers: Dark of the Moon Charlotte Mearing Michael Bay
2012 Moonrise Kingdom Mrs. Bishop Wes Anderson
2012 Madagascar 3: Europe's Most Wanted Captain Chantal Dubois Eric Darnell, Conrad Vernon, & Tom McGrath Suara
2012 Promised Land Sue Thomason Gus Van Sant
2014 Every Secret Thing N/A Amy J. Berg Penerbit
2015 The Good Dinosaur Momma Peter Sohn Suara
2016 Hail, Caesar! C. C. Calhoun Joel Coen
Ethan Coen
2017 Three Billboards Outside Ebbing, Missouri Mildred Hayes Martin McDonagh
2018 Isle of Dogs Interpreter Woman Wes Anderson Suara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]