Freyja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Freyja [fréi-ya] (juga Freya, Freyia, atau Freja) ialah seorang dewi dalam mitologi Norse yang berkait kuat dengan peperangan, kematian, cinta, seks, kecantikan, emas, kesuburan dan seiðr.

Freyja bertakhta di tempat kayangannya bernama Fólkvangr yang menempatkan setengah pahlawan yang terkorban dalam peperangan manakala selebihnya ditempatkan di Valhalla milik Odin.