Kecantikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hiasan jed China dengan hiasan bunga dari Dinasti Jin di Muzium Shanghai.

Kecantikan, keindahan atau keelokan ialah hal atau keadaan cantik,[1] yakni sifat pada manusia, makhluk, objek atau tempat yang memberi perasaan persepsi keseronokan atau kepuasan. Kecantikan dikaji dalam bidang estetika, budaya, psikologi sosial, falsafah dan sosiologi. Kehodohan pula ialah lawan kepada kecantikan.

Pengalaman "kecantikan" biasanya membabitkan takridan suatu bahan sebagai seimbang dan harmoni dengan alam sekitar, yang boleh membawa kepada sifat tarikan dan kesejahteraan emosi. Oleh kerana kecantikan adalah subjektif, kecantikan biasanya dikatakan bergantung kepada pemandang ("beauty is in the eye of the beholder").[2] Kecantikan juga dikatakan memiliki aras objektif dan subjektif separa, yakni tidak sepenuhnya subjektif dalam suatu penilaian estetika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kecantikan". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 8 September 2019.
  2. ^ Gary Martin (2007). "Beauty is in the eye of the beholder". The Phrase Finder. Diarkibkan daripada yang asal pada November 30, 2007. Dicapai pada December 4, 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]