Fursan al-Aqsa: The Knights of the Al-Aqsa Mosque
Fursan al-Aqsa: The Knights of the Al-Aqsa Mosque | |
---|---|
Fail:Fursan al-Aqsa - The Knights of the Al-Aqsa Mosque 2022 Steam Cover.jpg | |
Pembangun | Nidal Nijm |
Enjin | Unreal Engine 3 |
Platform | Microsoft Windows |
Pelepasan | April 2022 |
Genre | |
Mod | Pemain tunggal |
Fursan al-Aqsa: The Knights of the Al-Aqsa Mosque (فرسان الأقصى ) ialah permainan video penembak orang pertama dan ketiga yang dibangunkan oleh Nidal Nijm, seorang pembuat permainan indie asal Brazil. Permainan ini pertama kali dikeluarkan untuk akses awal pada April 2022.[1] Permainan ini menjadi kontroversi di beberapa negara barat, kerana pemain akan memainkan watak pejuang Hamas untuk membunuh tentera zionis Israel.
Latar belakang dan pembuatan
[sunting | sunting sumber]Permainan ini dikenal sebagai penembak orang pertama yang mengisahkan Konflik Israeli–Palestin. Watak utama bernama Ahmad al-Falastini, seorang pejuang Hamas yang dipenjara selama 5 tahun. Ahmad harus membalaskan dendamnya kepada IDF kerana telah membunuh keluarganya. Dia menyertai skuad tempur untuk memperjuangkan kemerdekaan Palestin bernama Fursan Al-Aqsa. Jargon yang paling terkenal selama masa promosi ialah "dari hulu sungai hingga ke hilir laut, Palestin akan merdeka!". Sang pembuat juga memasukan banyak nashid-nashid perjuangan Palestin seperti Vive, Vive la Palestine.
Ia dibangunkan oleh Nidal Nijm, seorang lelaki Brazil berketurunan Palestin dari Florianopolis, Santa Catarina. Ayah Nijm ialah seorang ahli politik dari Parti Fatah yang merantau ke Brazil selepas Perang Lubnan 1982. Semasa remaja sang ayah memberikan semangat kepada putera agar belajar membuat game. Ayah Nijm berkata bahawa semua watak utama dalam francais besar permainan tembak-menembak ialah orang barat. Dia ingin agar suatu hari nanti anaknya boleh berjaya membuat satu francais dengan watak utama seorang pejuang kemerdekaan Palestin. Nijm mengawali pembuatan permainan ini pada tahun 2017.
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Sebuah demo percuma untuk permainan video sudah boleh dimuat turun September 2021 dan tarikh awal pengeluaran pada Disember 2021. Mendekati akhir 2021, Kementerian Teknologi Brazil memberikan ulasan yang jelek untuk permainan ini. Permainan ini meski mendapat banyak pujian, dipadam dari digital storefront Steam pada Oktober 2021. Sekalipun permainan ini terbit pada April 2022, ia baru boleh dibeli dan dimuat turun oleh pengguna steam pada Disember 2023.
Nidal Nijm menerbitkan versi pembaharuan untuk Fursan Al Aqsa pada 2023. Pada versi itu ia membuat kempen yang mana pemain dapat memainkan sang watak di Perang Hamas-Israel pada 2023 dan peristiwa lain yang berlaku. Pemain dapat memilih dua faksi, Hamas atau Lions' Den. Gaya permainan ikut berubah dari demo, mekanik pertarungan dengan senjata dekat lebih kompleks dari sebelumnya. Permainan ini mendapat banyak pujian positif dari akaun pembeli Steam dan kritik negatif dari berbagai akhbar dan organisasi.
Pada Oktober 2024, permainan ini mendapat sekatan oleh United Kingdom.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Writer, Matthew Impelli (13 December 2023). "Video game of Palestinians killing Israelis sparks backlash". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2024. Dicapai pada 7 February 2024.