Pergi ke kandungan

Perang Israel–Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Israel–Palestin
Sebahagian daripada Konflik Israel–Palestin

     Gaza

     Wilayah Jajahan Israel dengan keberadaan Mujahidin Palestin      Kawasan dipindahkan

  Sempadan maksimum kemaraan Palestin
Tarikh7 Oktober 2023 – kini
(1 tahun, 2 bulan dan 3 hari)
Lokasi
Status

Sedang berlaku

  • Pihak Palestin menembusi sempadan Gaza-Israel dan memasuki Daerah Selatan
  • Ketenteraan Israel melancarkan serangan udara ke Gaza dan mengenakan sekatan penuh terhadap Gaza
  • Israel mengarahkan rakyat Palestin untuk mengosongkan Gaza Utara termasuk Kota Gaza pada 13 Oktober
  • Israel melancarkan serangan darat ke atas Gaza pada 27 Oktober
  • Israel mengepung Kota Gaza pada 2 November
  • Gencatan senjata empat hari antara Palestin dan Israel (dilanjutkan kepada tujuh hari) dari 24-30 November
Pihak yang terlibat
 Israel
Komandan dan pemimpin
Unit terlibat

Pasukan bukan Palestin

  • Pasukan Redwan
Kerugian dan korban

Setakat 10 September 2024
Genting Gaza[5][6][7]

  • 41,020 maut
    • 16,670+ kanak-kanak
    • 11,260+ wanita
    • 885 staf perubatan
    • 172 wartawan
    • 203 anggota PBB
  • 94.925 cedera
  • 10,000+ hilang
  • 5000+ ditangkap

Tebing Barat

  • 694 maut[6][7]
    • 152 kanak-kanak
  • 5,400+ cedera
  • 10,400+ ditangkap[7]

Lubnan

  • 600+ maut
    • 400+ anggota Hizbullah
    • 100+ orang awam

Syria

  • 200+ maut

Israel

  • 1,200+ maut[5]
    • 590 anggota tentera[8]
  • 8,730+ cedera
  • 240+ ditangkap[9]
    • 105 dibebaskan
1,900,000+ penduduk dipindahkan di Gaza[10]
2000+ penduduk dipindahkan di Tebing Barat
65,000 dipindahkan di Lubnan[11]
200,000+ dipindahkan di Israel[12]

Perang Israel–Palestin adalah satu siri peperangan yang sedang berlaku di Israel dan Palestin, khususnya di Genting Gaza yang bermula pada 7 Oktober 2023. Perang ini merupakan yang terburuk pernah dihadapi rakyat Palestin dalam sejarah konflik Israel dan Palestin. Kini, lebih 40 ribu orang rakyat Palestin disahkan terkorban dengan lebih 10 ribu orang telah disahkan hilang sepanjang perang ini.

Peperangan ini bermula dengan sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket yang digalakkan oleh pejuang kemerdekaan Palestin, Briged Izzuddin Al-Qassam dari Semenanjung Gaza. Unit itu juga menggalakkan penyusupan kilat ke bandar-bandar Israel yang mengelilingi sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza. Serangan ini dinamakan sebagai Taufan al-Aqsa (Dalam Bahasa Arab: طوفان الأقصى) manakala serangan balas Israel dipanggil sebagai Operasi Pedang Besi (Ibrani: מבצע חרבות ברזל, rumi: Mivtsa Kherevot Barzel).[13]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke Israel dari Genting Gaza oleh pejuang Hamas dari Palestin, disusuli dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel).

Sempadan Israel-Gaza juga hancur akibat diletupkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain, juga dihancurkan oleh rakyat Palestin di Gaza menggunakan jentolak yang menghancurkan pagar sempadan Israel-Gaza. Pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain juga menggunakan jip bagi memasuki wilayah jajahan 1948 melalui jalan darat dan laut. Kebanyakan kem tentera Israel berdekatan dengan sempadan Gaza turut dikuasai oleh unit pejuang Palestin. Pejuang Hamas juga menawan sejumlah pegawai, pasukan tentera dan rakyat Israel. Salah satu komander kanan tentera Israel yang ditawan ialah Nimrod Alloni. Kesemua tawanan itu telah dibawa ke Genting Gaza.

Permulaan serangan Operasi Ketenteraan Taufan Al-Aqsa juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Perang Arab–Israel pada 1973.[14] Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa "Mujahidin" memulakan operasi bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan Palestin yang selama ini dizalimi Zionis Israel. Briged Izzuddin Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditangkap. Trafik navigasi terganggu di lapangan terbang di tengah dan selatan Israel.[15] Serangan roket dari Gaza juga terus dilancarkan ke Israel sejauh Tel Aviv dan Jerusalem.

Sebagai balas, Israel melancarkan serangan ke atas Genting Gaza.[16][17] Sejurus serangan ini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mula mengadakan mesyuarat tergempar dan mengisytiharkan perang ke atas Palestin. Netanyahu juga memberi amaran kepada pejuang Palestin bahawa mereka akan berdepan dengan akibat yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Menteri Pertahanan Yoav Galant meluluskan panggilan pasukan simpanan.[18] Israel memulakan serangan balasnya yang digelar "Operasi Pedang Besi" dengan serangan udara ke atas Genting Gaza, terutama di bahagian utara dengan tujuan bagi "memusnahkan keupayaan Hamas" di Gaza. Puluhan penduduk disahkan maut akibat serangan yang disasarkan ke kawasan kem pelarian dan kawasan awam.[19] Israel juga telah menyerang masjid dan hospital yang telah menjejaskan khidmat perubatan di Gaza. Sekatan penuh juga dikenakan rejim Israel ke atas Genting Gaza merangkumi bekalan elektrik, air dan bantuan makanan.

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Beberapa jam setelah serangan Hamas bermula, beberapa helikopter tentera Israel dari utara Israel mula dilancarkan ke Genting Gaza bagi memulakan serangan balas. Mereka mula menghadapi kesukaran bagi meneliti kawasan mana yang telah diduduki, dan kesukaran dalam membezakan rakyat Israel dan penyerang Palestin. Pasukan Israel juga mula melepaskan tembakan ke sasaran yang dipercayai mereka merupakan penyerang Palestin. Namun akhbar Israel, Haaretz turut menyatakan bahawa Israel juga telah melepaskan tembakan ke arah segelintir orang awam yang hadir ke festival itu disebabkan keadaan yang agak sukar.[20] Kenyataan ini kemudiannya disangkal oleh polis Israel.

Tentera Israel juga telah melancarkan keadaan "sedia berperang", dengan mengerahkan puluhan ribu tentera simpanan dan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan dalam lingkungan 80 kilometer dari Genting Gaza. Pasukan tentera simpanan juga dilaporkan telah dihantar ke Gaza, Tebing Barat, sempadan Lubnan dan sempadan Syria. Penduduk berdekatan Gaza juga diarahkan untuk duduk di rumah, manakala penduduk di tengah dan selatan Israel diarahkan untuk sentiasa dalam keadaan waspada.

Pada 9 Oktober, Menteri Pertahanan Yoav Gallant telah mengumumkan sekatan penuh terhadap Genting Gaza, merangkumi bekalan elektrik, makanan dan sumber minyak.[21] Sekatan ini telah mendapat tentangan penuh dari ramai pihak, antaranya badan kebajikan Human Rights Watch yang menyifatkan arahan itu sebagai seruan terhadap jenayah perang. Setelah mendapat tekanan dari Amerika Syarikat, Israel kemudiannya mengubah sekatan ini dengan satu perjanjian bagi Israel dan Mesir yang membenarkan kemasukan bantuan ke Gaza.[22] Bantuan pertama sejak perang ini bermula telah tiba di Gaza pada 21 Oktober, manakala bekalan minyak hanya dapat memasuki Gaza bermula pada November.

Pemindahan penduduk Gaza

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Oktober, tentera Israel mula mengancam dan memaksa lebih sejuta penduduk di Gaza Utara untuk berpindah ke kawasan selatan dari Wadi Gaza. Ancaman ini dicetuskan bagi meneruskan serangan udara Israel ke atas utara Gaza. Israel juga mengumumkan tempoh enam jam iaitu bermula pada 10 pagi hingga 4 petang bagi penduduk Gaza melarikan diri ke selatan melalui beberapa jalan yang telah dikhususkan di Gaza. Beberapa letupan dilaporkan di jalan yang dinyatakan selamat digunakan penduduk dan mengakibatkan sejumlah korban.[23] Ribuan penduduk terpaksa berlindung di beberapa hospital dan bangunan sekolah di selatan Gaza. Pada 17 Oktober, Israel mula menyerang beberapa kawasan di selatan Gaza. Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa beberapa bangunan telah diserang sehingga mengakibatkan ratusan penduduk yang berlindung dari utara Gaza terkorban.[24] Israel juga terus mengebom masjid dan gereja di Genting Gaza mengakibatkan puluhan korban. Beberapa aktiviti ketenteraan Israel turut dijalankan di Tebing Barat mengakibatkan puluhan penduduk terbunuh sejak serangan 7 Oktober.[25]

Serangan darat Israel

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Oktober, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel mendakwa serangan ini dilakukan bagi memusnahkan rangkaian terowong Hamas di Gaza, melemahkan aktiviti mereka dan membebaskan semua tahanan Israel di Gaza.[26] Pertempuran antara Hamas dan tentera Israel mula dilaporkan di Beit Hanoun dan Bureij. Israel juga menyasarkan kawasan sekitar Hospital Al-Quds yang dipercayai menempatkan lebih 14 ribu penduduk yang berlindung di sekitarnya.[27] Israel juga dilaporkan telah menghancurkan jalan yang menghala ke Hospital Al-Shifa, yang menyebabkan kesukaran hubungan.[28] Israel juga mendakwa mereka telah membunuh beberapa anggota tertinggi Hamas dalam serangan darat mereka. Beberapa serangan dilakukan Israel ke atas kem Jabalia kerana didakwa menjadi pusat pergerakan Hamas.[29]

Pada 1 November, kumpulan pertama yang dipindahkan telah mula memasuki Mesir. 500 orang selebihnya yang terdiri daripada pesakit kritikal dan warga asing akan mula dipindahkan setelah beberapa hari, dengan 200 orang yang akan dipindahkan telah menunggu di sempadan.

Pada 2 November, Israel mendakwa mereka telah menguasai dan mengepung sekeliling Bandar Gaza yang dianggap sebagai pusat utama kegiatan Hamas. Pada 15 November, Israel telah menceroboh hospital terbesar di Gaza, Hospital As-Shifa yang didakwa sebagai pusat kegiatan bawah tanah Hamas. Beberapa minggu berikutnya, kesemua hospital di utara Gaza telah berhenti daripada berfungsi akibat serangan Israel, ketiadaan elektrik dan bantuan perubatan.

Gencatan senjata

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 November, Israel dan Hamas telah berjaya menandatangani satu perjanjian gencatan senjata yang berlangsung selama empat hari. Antara perjanjian yang dibuat termasuklah pertukaran antara tawanan Israel di Gaza dan tahanan Palestin di Israel serta kemasukan bantuan yang lebih banyak ke dalam Genting Gaza.[30] Gencatan senjata ini kemudiannya dilanjutkan kepada tujuh hari menyaksikan 105 tawanan Israel dan 240 tahanan Palestin dibebaskan.[31]

Sambungan semula perang

[sunting | sunting sumber]

Perjanjian gencatan senjata ini seterusnya tamat pada 1 Disember, menyaksikan kedua-dua belah pihak saling menyalahkan kerana tiada lanjutan perjanjian ini. Hamas menyatakan bahawa tahanan Israel yang masih berada di Gaza hanya terdiri daripada askar dan orang awam lelaki yang berkhidmat dalam pasukan tentera Israel. Ribuan lagi tahanan Palestin masih berada dalam penjara Israel. Hamas juga menyatakan keengganan mereka dalam membebaskan tawanan tersebut melainkan kesemua tahanan Palestin di Israel dibebaskan dan gencatan senjata dilaksanakan.[32] Tahanan Palestin di Israel yang telah dibebaskan melaporkan penyeksaan yang dilakukan terhadap mereka oleh tentera Israel termasuklah dipukul, kekurangan makanan dan ketiadaan akses terhadap Palang Merah.[33]

Israel seterusnya melancarkan satu sistem grid yang menampilkan peta bagi memberi arahan kepada penduduk Gaza untuk berpindah dan memberi lokasi yang dikatakan selamat. Mereka juga telah menjatuhkan pamplet kepada orang ramai dengan satu kod QR bagi mengakses peta tersebut. Kaedah ini dikritik ramai pihak kerana kesukaran penduduk Gaza mengakses peta tersebut akibat ketiadaan internet dan bekalan elektrik. Israel juga telah menyerang beberapa kawasan yang dinyatakannya selamat.[34][35] Beberapa jasad bayi yang telah reput juga telah ditemui di Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr, dua minggu setelah dikosongkan secara paksa.[36]

Kemaraan Israel ke tengah Gaza

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2023, Israel mendakwa mereka telah tiba ke kawasan Khan Yunis, Jabalia dan Shujaiyyah dan menghadapi tentangan hebat di sana. Pengeboman berterusan di tengah Gaza ini terus memaksa penduduk Gaza berpindah ke selatan iaitu Rafah. Israel juga mendakwa mereka telah menangkap ratusan lelaki yang didakwa merupakan pejuang Hamas yang menyerah. Namun akhbar The Guardian menyatakan bahawa tahanan itu terdiri daripada orang awam dan wartawan.[37] Pada 9 Disember, Joe Biden telah membenarkan pemberian 14 ribu butir peluru kereta kebal kepada Israel tanpa persetujuan kongres, dengan menggunakan kuasa kecemasan.[38] Pada 29 Disember, US memberikan lagi peluru meriam bernilai $148 juta kepada Israel.

Pada 15 Disember, tentera Israel mengumumkan kesilapan mereka yang telah membunuh tiga orang tahanan Israel di Gaza dengan tembakan. Mereka menyangka tahanan tersebut sebagai ancaman semasa operasi mereka di Shujaiyyah. Tentera Israel kemudiannya melepaskan tembakan dan membunuh mereka.[39][40] Pada 16 Disember, tentera Israel dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah sebuah gereja yang menempatkan 54 orang kurang upaya yang sedang berlindung. Tentera Israel juga telah membunuh dua wanita di kawasan gereja tersebut.[41]

Pengunduran Israel dari utara Gaza

[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 2024, tentera Israel dilaporkan telah berundur dari utara Gaza. Pada 7 Januari, IDF dilaporkan telah melakukan serangan peluru berpandu yang menyasarkan kenderaan yang dinaiki wartawan Al-Jazeera dan membunuh mereka.[42]

Serangan roket Hamas ke atas Israel pada tempoh ini dilaporkan berkurangan dengan beberapa serangan dilancarkan semasa Sambutan Tahun Baharu. Pada 8 Januari, IDF telah melepaskan tembakan ke arah fasiliti milik MSF (Doktor Tanpa Sempadan) yang menempatkan 100 orang petugas perubatan dan keluarga mereka.[41] Pada 13 Januari, IDF juga telah melepaskan tembakan ke arah sebuah konvoi pekerja pembaikian yang sedang menuju ke Rafah.[43]

Pada 18 Januari, IDF mendakwa bahawa Hamas membina semula kekuatan tenteranya di utara Gaza yang sebelum ini diduduki Israel. IDF juga sebelum itu telah mendakwa bahawa kawalan Hamas di utara Gaza telah dibongkar tanpa membawa sebarang bukti.[44] Serangan udara Israel juga menyasarkan bangunan kediaman pekerja perubatan di Al-Mawasi. Serangan ini menyebabkan enam antara mereka terpaksa meninggalkan tugas dan beberapa pakar bedah turut dipaksa menggantungkan tugas mereka di Hospital Al-Nasser.[41]

Pada 22 Januari, 24 tentera Israel disahkan terbunuh menjadikannya hari paling mematikan bagi Israel sejak peperangan bermula. 21 antara mereka maut dalam satu serangan di mana pejuang Palestin melepaskan RPG ke arah kereta kebal dan bangunan yang sedang cuba dirobohkan tentera Israel. Tentera Israel juga sebelumnya menempatkan sejumlah periuk api bagi meletupkan bangunan itu. Sumber letupan didakwa mungkin dari letupan RPG atau dari letupan periuk api bang[45]

Pada 29 Januari, tentera Israel telah membunuh Hind Rajab dan enam ahli keluarganya apabila kereta yang dipandu mereka dilanggar oleh kereta kebal Israel dan kemudiannya ditembak. IDF kemudiannya telah membunuh dua penyelamat yang cuba menyelamatkan Rajab dari dalam kereta keluarganya.[46] Pasukan Bulan Sabit Merah kemudiannya menyiarkan audio panggilan telefon Rajab bersama pasukan penyelamat tersebut, seterusnya mencetuskan kemarahan antarabangsa.[47]

Permulaan serangan ke atas Rafah

[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Februari, bot penembak tentera Israel dilaporkan telah menembak konvoi bantuan UNRWA, mengakibatkan operasi bantuan mereka terjejas selama 3 minggu. Bermula pada 12 Februari 2024, Israel memulakan kempen pengebomannya ke atas Rafah.[48] Pada 15 Februari, Mesir dilaporkan telah membina kem pelarian yang dikelilingi dinding konkrit setinggi 5 meter bagi lebih 100 ribu orang penduduk di selatan Rafah, namun kemudiannya dinafikan oleh Gabenor Sinai Utara.[49][50] Pada 29 Februari, lebih 100 penduduk Palestin maut dan 750 orang tercedera dalam tragedi "Pembunuhan beramai-ramai Tepung" apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk yang sedang menunggu bantuan di barat daya Bandar Gaza. Kebanyakan mangsa telah dilanggar trak bantuan akibat suasana panik yang tercetus semasa serangan.[51]

Pada 1 Mac, Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi pengguguran bantuan makanan ke Gaza.[52] Biden juga mengumumkan inisiatif terbaharu bagi penyediaan makanan dan perubatan ke Gaza melalui laut, dengan membina pelabuhan sementara di pesisir laut Gaza bagi membolehkan penghantaran bantuan.[53] Pada 6 Mac, Israel dilaporkan telah siap membina satu jalan dari timur ke barat Gaza. Jalan ini akan digunakan bagi akses bekalan dan ketenteraan Israel, untuk mengukuhkan kedudukan Israel di Gaza dan menghalang penduduk Gaza untuk kembali dari selatan ke utara Gaza.[54]

Media Israel melaporkan jumlah kematian mencecah 1200 orang, manakala lebih 6000 lagi tercedera. Hampir 500 yang maut merupakan anggota tentera dengan lebih 2000 tercedera.[55]

Berikutan serangan udara Israel sebagai tindak balas, Kementerian Kesihatan Palestin yang diketuai oleh kerajaan Hamas di Gaza melaporkan bahawa hampir 21 ribu orang rakyatnya telah terbunuh manakala lebih 54 ribu yang lain tercedera.[56] Lebih 7000 orang dilaporkan hilang di dalam runtuhan bangunan. Hampir dua juta penduduk juga telah berpindah dari Genting Gaza.

Tebing Barat

[sunting | sunting sumber]

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan kurang dari 313 orang telah terbunuh di Tebing Barat manakala lebih 3,300 lain tercedera.

Korban warga asing

[sunting | sunting sumber]

Duta Nepal ke Israel, Kanta Rijal, berkata sekurang-kurangnya tujuh rakyatnya di negara itu cedera dalam serangan itu, dan mereka bersama sepuluh yang lain telah ditahan oleh Hamas di sebuah ladang pertanian di Alumim.[57] Media Israel juga melaporkan bahawa pekerja asing dari Thailand dan Filipina turut ditawan oleh militan Palestin. Kerajaan Thailand mengakui kemungkinan penculikan dua rakyatnya.

Doktor Tanpa Sempadan menyatakan bahawa Israel menyerang hospital yang dikendalikan Indonesia di Semenanjung Gaza, membunuh seorang jururawat, seorang pemandu ambulans dan mencederakan beberapa yang lain.[58]NGO Indonesia, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), mengesahkan bahawa salah seorang kakitangannya telah terbunuh dan IDF telah menyasarkan hospitalnya.[59]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza dibom oleh tentera Israel pada 2 November 2023, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang,hasil laporan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).[1]

Siasatan telah dilancarkan berhubung kegagalan pihak berkuasa Israel menghalang serangan daripada berlaku.[60]

Kementerian Pendidikan dan Pengajian Palestin mengumumkan penutupan kesemua sekolah di Semenanjung Gaza sehingga diberitahu kelak.[61] Kementerian Kesihatan Palestin telah merayu untuk sumbangan darah dan bantuan perubatan kritikal.

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pelbagai reaksi antarabangsa yang diterima. Reaksi yang diberikan pemimpin negara termasuk Argentina, Brazil, India[62][63], Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah berkata Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada serangan bersenjata dan menyifatkan taktik Hamas sebagai keganasan.

Beberapa negara dari Liga Arab termasuk Oman, Yemen, Qatar dan juga negara bukan arab seperti Iran dan Pakistan menyuarakan sokongan mereka kepada Palestin, dan menyalahkan pendudukan Israel atas peningkatan keganasan berikut.[64][65][17][66]

Pada 11 Oktober 2023, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata beliau menyokong tindakan Palestin khususnya pejuang Hamas yang melakukan serangan mengejut terhadap Israel. Beliau berkata, tindakan Hamas adalah akibat tekanan teruk yang dialami oleh rakyat Palestin sejak sekian lama sehingga tidak mampu berbuat apa melainkan mengatur serangan mengejut.[67]

  1. ^ PFLP (7 Oktober 2023). "صادر عن كتائب الشهيد أبو علي مصطفى الجناح العسكري للجبهة الشعبية لتحرير فلسطين".
  2. ^ "الحرية – بيان عسكري صادر عن كتائب المقاومة الوطنية (قوات الشهيد عمر القاسم) استشهاد ثلاثة من مقاتلينا داخل اراضينا المحتلة عام 48". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  3. ^ a b "Qassam Brigades announces control of 'Erez Crossing'". Roya News. 7 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  4. ^ "Israel Army Fires Artillery at Lebanon as Hezbollah Claims Attack". Asharq Al-Awsat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  5. ^ a b "164 Palestinians killed in Gaza in last 24 hours, taking death toll to 28,340" (dalam bahasa Inggeris). Anadolu Ajansi. 12 Februari 2024. Dicapai pada 12 Februari 2024.
  6. ^ a b "Israel-Gaza war in maps and charts: Live tracker". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  7. ^ a b c "Palestinian Central Bureau of Statistics - Main Page". PCBS State of Palestine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-13.
  8. ^ Mac 2024 "Another Israeli soldier killed in Gaza, military says" Check |url= value (bantuan). Anadolu Ajansi. Dicapai pada 13 Mac 2024.
  9. ^ "Hamas hostages: Stories of the people taken from Israel". BBC News. 9 Oktober 2023. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  10. ^ reliefweb. 2023-12-20 https://reliefweb.int/report/occupied-palestinian-territory/hostilities-gaza-strip-and-israel-flash-update-74-enarhe. Dicapai pada 2023-12-22. Missing or empty |title= (bantuan)
  11. ^ Canli, Enes (19 Disember 2023). "Israeli Arab citizens hope for peace amid escalating border conflicts". Anadolu Ajansi. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  12. ^ "Around Half A Million Israelis Displaced Inside Israel: Military". Barron's (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2023. Dicapai pada 18 November 2023.
  13. ^ "Hamas announces 'Al-Aqsa Storm,' claims to have fired 5,000 rockets". CNN. 7 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  14. ^ Kayyem, Juliette (7 Oktober 2023). "A Devastating Attack by Hamas". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  15. ^ Airports close in southern, central Israel following rocket fire
  16. ^ "N12 - תיעוד: מחבלים חדרו לשדרות עם נשקים שלופים - וירו על..." N12. 2023-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-07. Dicapai pada 2023-10-07.
  17. ^ a b "Rocket Barrage From Gaza Strikes Israel, Several Wounded". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-07. Dicapai pada 2023-10-07.
  18. ^ Shahira, Nini (2023-10-07). "Rejim Israel isytihar perang terhadap Palestin". Buletin TV3 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-01.
  19. ^ "32 Palestinians killed as Israel launches fresh airstrikes on Gaza". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-03-01.
  20. ^ "Hamas had not planned to attack music festival, Israeli report says". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-11.
  21. ^ "Israel announces 'total' blockade on Gaza". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-11.
  22. ^ "UN chief calls on Israel to open aid 'lifeline' for Gaza". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-11.
  23. ^ McKernan, Bethan; Taha, Sufian (2023-10-15). "Gaza civilians afraid to leave home after bombing of 'safe routes'". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-09-11.
  24. ^ "Over 500 killed as Israel strikes Al-Ahli Baptist Hospital in Gaza: Health Ministry". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-03-01.
  25. ^ "Israeli army continues to bomb Gaza, storm cities in West Bank". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-03-01.
  26. ^ Carroll, Rory (2023-10-27). "Israeli troops mount second ground raid into Gaza". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-03-03.
  27. ^ "Doctors in Gaza say Israel has told them to evacuate a key hospital in Gaza City". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-28. Dicapai pada 2024-09-11.
  28. ^ Davidson, Helen; Yang, Maya; Lowe, Yohannes; Hall, Rachel; Ratcliffe, Rebecca; Hall, Helen Davidson(now); Maya Yang ;Yohannes Lowe; Rachel; Ratcliffe (earlier), Rebecca (2023-10-30). "Further air and artillery strikes reported in northern Gaza – as it happened". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-09-11.
  29. ^ Psaropoulos, John. "'Extremely challenging': Israel's Gaza ground assault faces stumbles". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
  30. ^ "Israel-Hamas four-day truce starts: How day one unfolded". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
  31. ^ "Israel and Hamas agree to extend truce for seventh day". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
  32. ^ Pietromarchi, Usaid Siddiqui,Virginia. "Israel-Gaza war updates: 'No negotiations now on truce', says Hamas". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-12.
  33. ^ "Released Palestinians allege mistreatment in Israeli prisons". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-05. Dicapai pada 2024-09-12.
  34. ^ Graham-Harrison, Emma; Burke, Jason; Burke, Emma Graham-Harrison & Jason (2023-12-02). "Israeli grid maps make life in Gaza 'macabre game of Battleships', say aid workers". The Observer (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0029-7712. Dicapai pada 2024-09-12.
  35. ^ Hendrix, Steve; Berger, Miriam; Balousha, Hazem (2024-01-07). "Israel touts civilian warning system, but for Gazans, nowhere is safe". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 2024-09-12.
  36. ^ "Abandoned babies found decomposing in Gaza hospital weeks after it was evacuated". NBC News (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-02. Dicapai pada 2024-09-12.
  37. ^ Beaumont, Peter (2023-12-08). "Footage shows IDF parading scores of Palestinian men around in underwear". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-09-12.
  38. ^ "Biden bypasses Congress to sell tank shells to Israel amid further fighting in Khan Younis". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-10. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-09-12.
  39. ^ Tabachnick, Cara; Breen, Kerry; Day, Claire (2023-12-16). "Hostages were carrying white flag on a stick when Israeli troops mistakenly shot them dead in Gaza, IDF says - CBS News". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-12.
  40. ^ "IDF says it mistakenly killed 3 Israeli hostages during fighting". NBC News (dalam bahasa Inggeris). 2023-12-16. Dicapai pada 2024-09-12.
  41. ^ a b c "Is Israel intentionally attacking aid workers? | Responsible Statecraft". responsiblestatecraft.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-09.
  42. ^ "Drone footage raises questions about Israeli justification for deadly strike on Gaza journalists". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). 2024-03-19. Dicapai pada 2024-10-09.
  43. ^ Iraqi, Amjad (2024-05-01). "A Gaza team went to repair a telecoms machine. An Israeli tank fired at them". +972 Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-09.
  44. ^ "Israel army says Hamas command structure 'dismantled' in north Gaza". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-07. Dicapai pada 2024-10-09.
  45. ^ "21 IDF soldiers killed as Hamas causes Gaza buildings to collapse". The Jerusalem Post | JPost.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-23. Dicapai pada 2024-10-09.
  46. ^ "The Killing of Hind Rajab". forensic-architecture.org. Dicapai pada 2024-10-09.
  47. ^ "Hind Rajab, Gaza 6-Year-Old Who Spoke Of Fear On Phone To Rescuers, Found Dead". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-10. Dicapai pada 2024-10-09.
  48. ^ "Israeli strikes hit Rafah after Biden warns Netanyahu to have 'credible' plan to protect civilians". ap.com. Associated Press. 11 Februari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2024. Dicapai pada 12 Februari 2024.
  49. ^ Jared Malsin; Summer Said (15 Februari 2024). "WSJ News Exclusive: Egypt Builds Walled Enclosure on Border as Israeli Offensive Looms". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 19 Februari 2024.
  50. ^ "North Sinai Governor denies rumors of 'constructing displacement camps' for Gazans in Egyptian Rafah". Ahram Online. 15 Februari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2024. Dicapai pada 22 Februari 2024.
  51. ^ Salman, Abeer; Diamond, Jeremy (29 Februari 2024). "More than 100 killed as Israeli forces open fire in chaos at Gaza food lines, Palestinian health ministry says". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2024. Dicapai pada 29 Februari 2024.
  52. ^ "Biden says US military to airdrop food and supplies into Gaza". Reuters. 1 Mac 2024. Dicapai pada 2 Mac 2024.
  53. ^ "US to set up temporary port on Gaza coast for aid delivery". BBC News. 8 Mac 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2024. Dicapai pada 14 Mac 2024.
  54. ^ Beaule, Victoria; Savir, Dana (11 March 2024). "Israel extends road to now traverse Gaza, satellite imagery shows". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2024. Dicapai pada 20 Mac 2024.
  55. ^ Arnaout, Abdelraouf (27 Disember 2023). "3 Israeli soldiers killed, 16 injured every day in Gaza". Anadolu Ajansi (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Disember 2023.
  56. ^ "Hampir 21,000 rakyat Palestin terkorban". Harian Metro. 27 Disember 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  57. ^ "At least 7 Nepali injured, 17 held captive by Hamas in Israel: Nepal's envoy". ANI. 7 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  58. ^ "Doctors Without Borders says healthcare facilities 'cannot become targets' after Israeli forces struck a hospital and ambulance in Gaza". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  59. ^ "Indonesia's MER-C condemns Israeli strikes killing its staff in Gaza". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  60. ^ Gardner, Frank (7 October 2023). "How did Israeli intelligence fail to stop major attack from Gaza?". BBC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  61. ^ Aisha, Nour Abu. "Israeli army declares state of readiness of war". Anadolu Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 October 2023.
  62. ^ "India sides with West, condemns 'terrorist attacks in Israel' by Palestine's Hamas group". The Telegraph.
  63. ^ "PM Modi affirms solidarity with Israel, surprise assault chills recent thaw in region". Indian Express. 7 October 2023.
  64. ^ "Saudi Arabia joins global calls for de-escalation of conflict between Palestinians, Israelis". Arab News. 7 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  65. ^ Kwen, James (7 October 2023). "Nigeria Reacts To Israel, Palestine Hostilities, Calls For De-escalation". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  66. ^ "Saudi Arabia, Qatar, Oman and Bahrain call for immediate de-escalation between Israel and Palestine". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  67. ^ ADNAN, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD (2023-10-11). "'Saya sokong Hamas 100 peratus' - Tun M". Sinar Harian.