Perang Lubnan 1982

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perang Lubnan 1982 (Bahasa Ibrani: מלחמת לבנון, Milhemet Levanon), (Bahasa Arab: الإجتياح‎, Al-Ijtīāḥ, "Serangan") merupakan sebuah peperangan di antara Israel dan Lubnan yang terjadi pada 6 Jun 1982 apabila Pasukan Pertahanan Israel menyerang Lubnan Selatan. Kerajaan Israel melancarkan serangan ini sebagai tindak balas dari usaha pembunuhan duta besar Israel ke United Kingdom, Shlomo Argov oleh Pertubuhan Abu Nidal.

Selepas menyerang PLO, selain angkatan tentera Syria dan Muslim Lubnan, Israel turut menduduki selatan Lubnan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Setelah perang antara Arab dan Israel pada tahun 1948, Lubnan menjadi tempat tinggal untuk lebih dari 110,000 penduduk Palestin yang lari dari rumah mereka di Israel kini. Pada tahun 1970 dan 1971, PLO ikut serta dalam usaha untuk menjatuhkan kekuasaan raja Jordan,[1] di mana membuat sejumlah besar dari pejuang dan penduduk Palestin berpindah ke Lubnan. Pada tahun 1975, terdapat lebih dari 300,000 pengungsi, membuat PLO menjadi pasukan kuat dan memainkan peranan penting dalam Perang Saudara Lubnan. Kekacauan yang berlanjutan antara Israel dan PLO dari tahun 1968, membuat terjadinya Operasi Litani.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Perang Lubnan 1982 mempunyai beberapa akibat jangka panjang:

  • Dari sudut pandangan Israel, serangan ini merupakan kejayaan terhad, mengusir PLO dari Lubnan Selatan dan memusnahkan infrastrukturnya, selain sebagai pencegah kepada pertubuhan militan Arab anti-Israel lain. Tentera Syria menjadi lemah, terutamanya bahagian udara.
  • Hakisan lanjut dalam sepersetujuan tidak mengkritik tentera dalam pandangan awam Israel dan kekecewaan dengan pimpinannya, proses yang dianggap berakar selepas Perang Yom Kippur.
  • Serangan ini yang turut mensasarkan orang Lubnan Syiah, menyebabkan penukaran pihak Pergerakan Amal, yang sebelum ini berseteru dengan PLO.
  • Serangan ini sering dianggap sebagai mangkin utama pewujudan pertubuhan Hizbullah, yang sejak 1991 merupakan satu-satunya kumpulan bersenjata di Lubnan yang tidak disokong Israel (sebaliknya disokong Iran dan Syria), dan sejak 2000 telah menggantikan sepenuhnya PLO di Lubnan Selatan.
  • Majlis Pembangunan dan Pembinaan Semula Lubnan menganggarkan kos kerosakan akibat serangan Israel berjumlah 7,622,774,000 paun Lubnan, bersamaan dengan AS$2 billon pada masa itu.[2]
  • Pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden pernah menyatakan pada 2004 bahawa dia mendapat ilham untuk menyerang bangunan di Amerika Syarikat daripada perang ini, di mana menara dan bangunan di Beirut dimusnahkan ketika pengepungan bandar itu.[3]
  • Pengunduran IDF kembali ke Lubnan Selatan pada musim panas 1983, membawa kepada salah satu fasa paling berdarah dalam perang ini, apabila Militia Kristian (tentera Lubnan) tinggal bersendirian mempertahankan kawasan "pergunungan" yang terdiri dari daerah Aley dan Chouf, menentang campuran PSP Druze, PLO Palestin, tentera Syria, Komunis Lubnan, dan Parti Nasionalis Sosial Syria. Ini menimbulkan bencana bagi penduduk awam kedua belah pihak, terutamanya pihak Kristian (lebih 5,000 terbunuh dari kedua pihak). Perang ini berakhir selepas angkatan tentera dan penduduk awam Kristian mundur ke bandar Deir el Kamar di mana mereka dikepung selama 3 bulan sebelum semua pertempuran dihentikan dan mereka diangkut ke Beirut Timur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]