Gabriel Adit Demong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Adit.gif
YB Gabriel Adit Demong

Gabriel Adit Demong merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Iban dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Sarawak. Pada 16 November 2008, beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat,dan kemudiannya Parti Cinta Malaysia pada 2009.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menjadi ADUN Ngemah selama 4 penggal dimana 3 daripadanya di bawah komponen Barisan Nasional(BN) iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan akibat daripada pergeseran dalam PBDS.[1] Akhirnya pada 16 November 2008, beliau secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).[2]Namun begitu,Beliau keluar daripada PKR dan seterusnya menyertai Parti Cinta Malaysia,dan dilantik menjadi Ketua PCM Sarawak.Pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2011,Beliau gagal mempertahankan kerusi Ngemah apabila tewas kepada calon Barisan Nasional,Alexander Vincent dengan majoriti 995 undi.Beliau memperolehi 1,366 undi,manakala Alexander Vincent dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) memperolehi 2,361 undi dalam pertandingan 5 penjuru diantara Barisan Nasional,PCM,Pakatan Rakyat dan 2 calon Bebas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1], "Pergolakan berterusan parti politik Sarawak", Utusan Online, 17 Disember 2006.
  2. ^ [2][pautan mati kekal], "Gabriel Adit Secara Rasmi Sertai PKR", Bernama.com, 16 November 2008.