Gabriel Walter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gabriel Walter merupakan ahli sains Malaysia keturunan etnik Kelabit, dari Kuching, Sarawak. Pada usia 32 tahun, beliau menjadi pencipta bersama transistor pemancar cahaya (LET) dan diod pemancar cahaya (LED) spontan terpantas di dunia. Syarikat beliau Quantum Electro Opto Systems (QEOS) Sdn Bhd mempunyai ibu pejabat di Amerika Syarikat.

Penyelidikan beliau ditaja oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk tujuan ketenteraan Amerika Syarikat.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kelulusan ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan elektrik dari University of Illinois-Urbana Champaign (UIUC), Amerika Syarikat.

Teknologi alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Teknologi rekaan beliau mampu menjimatkan tenaga dalam jumlah yang besar.Ketika ini semua negara meneroka sumber yang boleh diperbaharui dan memulihara segala sumber yang ada.Selepas Perang Dunia II saintis percaya peranti cahaya spontan yang cekap tidak boleh digunakan dalam jalur lebar melebihi 1 GHz.

Walter dan syarikat Quantum Electro Opto Systems (QEOS) Sdn Bhd dan sebuah pasukan penyelidik dari UIUC, telah berjaya mencipta satu teknologi yang dianggap mustahil dapat dicipta 40 tahun lepas. Alat itu unik kerana ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan dan pelaksanaannya pula "semudah menggunakan mentol biasa".

Secara bandingan harganya lebih murah dan belum pernah terdapat di pasaran komunikasi data dan barangan elektronik pengguna. LEDs menggunakan kuasa 90 peratus lebih rendah berbanding penyelesaian optikal sedia ada. LEDs yang berkelajuan tinggi ini merupakan produk "hijau" berkos efektif dalam kelas terbaru, yang bukan saja mesra alam, tetapi juga memiliki nilai estetika yang tinggi. Kabel besar dan hodoh yang terdapat dalam monitor dan televisyen berdefinisi tinggi akan tamat riwayatnya.

Kejayaan beliau disiarkan dalam Applied Physics Letter edisi 15 Jun -- jurnal teknikal yang paling meluas edarannya di dunia.

Syarikat QEOS, yang berpejabat di Ayer Keroh, Melaka, ditubuhkan pada Mei 2008 melalui Inisiatif Brain Gain Malaysia (BGM) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. BGM menggalakkan ahli sains Malaysia di luar negara kembali ke Malaysia. 30 % daripada komponen yang diguna untuk menghasilkan produk berkenaan, akan dihasilkan oleh syarikat di Malaysia bagi membantu pembekal tempatan menjana kegiatan perniagaan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]