Gadis Tempe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gadis Tempe
Pembinaan semula wajah forensik Gadis Tempe
Kelahiran1983–1987 (anggaran)
StatusTemplat:Unidentified for
Meninggal dunia26 April 2002 (umur 15–19)
Sebab kematianDos kokain berlebihan[1]
Mayat dijumpai oleh27 April 2002
Tempe, Maricopa County, Arizona, Amerika Syarikat 33°25′28″N 111°55′41″W / 33.4245°N 111.9280°W / 33.4245; -111.9280 (anggaran)
Terkenal keranaPenemuan mayat yang tak dikenal pasti hingga kini
Ketinggian5 ft 1 in (1.55 m)[2]

Gadis Tempe ialah gelaran yang diberikan kepada seorang gadis tidak dikenali yang mayatnya ditemui pada 27 April 2002 di Tempe, Arizona. Beliau disahkan meninggal akibat dos kokain berlebihan sehari sebelum mayatnya ditemui. Tiada tanda-tanda kemalangan atau pembunuhan di tempat kejadian.[3] Mayat gadis ini berkemungkinan berasal dari etnik Hispanik atau penduduk asli Amerika, dan disyaki diculik semasa menumpang kenderaan di jalan. Ibu bapanya kemungkinan tidak mengakuinya lagi sebagai seorang anak, kerana dia sering menggunakan ubat terlarang untuk rekreasi.[4][2]

Mayat yang tidak dikenali ini digelar Gadis Tempe, sesuai nama bandar tempat mayatnya ditemui. Nombor kes rasminya ialah 02-1368.[5]

Mayat gadis ini ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap di 1850 East University Drive, berdekatan Universiti Negeri Arizona, di Tempe, Arizona. Beliau telah meninggal kurang dari 24 jam sebelum penemuan mayatnya.[2][6]

Penyebab kematian sebenarnya dari kes ini tidak pernah ditentukan, kerana autopsi yang dilakukan terhadap mendiang tidak berjaya mendedahkan dengan jelas adakah dia telah dibunuh, atau meninggal akibat suatu bentuk kemalangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muench, Sarah (January 6, 2006). "Tempe Police Hope to Identify Two Bodies". Phoenix Arizona News. Dicapai pada October 16, 2014.
  2. ^ a b c "NamUs UP # 1987". www.namus.gov. National Missing and Unidentified Persons System. Dicapai pada November 19, 2018.
  3. ^ Weed, Alexis (September 13, 2010). "Teen died Eight years ago. Who is she?". CNN. Nancy Grace's Cold Cases. Dicapai pada October 16, 2014.
  4. ^ "Jane Doe 2002". missingkids.org. National Center for Missing and Exploited Children. Dicapai pada October 1, 2014.
  5. ^ "Unidentified Persons Bureau". maricopa.gov. Maricopa County Medical Examiner. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2016. Dicapai pada November 22, 2018.
  6. ^ "Case File 501UFAZ". doenetwork.org. The Doe Network. Dicapai pada November 26, 2018.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]