Pergi ke kandungan

Hispanik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hispanik (bahasa Sepanyol: hispano; bahasa Portugis: hispânico; bahasa Latin: Hispānus, dari Hispānia, nama Rom untuk Semenanjung Iberia) merupakan istilah yang secara sejarahnya berkaitan dengan Hispania purba dan bangsa yang mendiaminya.

Perkataan ini sekarang merujuk kepada budaya dan masyarakat yang berbahasa Sepanyol di negara-negara di benua Amerika dan Sepanyol; atau negara yang mempunyai hubungan sejarah dengan Sepanyol termasuk bahagian barat daya Amerika Syarikat dan Florida, negara-negara Afrika di Equatorial Guinea, Sahara barat dan utara Maghribi; negara Asia-Pasifik seperti Filipina, Guam, Kepulauan Mariana Utara; sehinggalah kepada individu yang mengamalkan budaya ini.