Galeri Seni Rakyat Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Galeri Seni Rakyat Melaka
Map
Maklumat umum
JenisGaleri
LokasiLaksamana Street, Bandar Melaka, Melaka, Malaysia
Pembukaan25 Mac 2008
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
2

Galeri Seni Rakyat Melaka ialah galeri seni yang terletak di Bandar Melaka, Melaka, Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan hasil karya dan tema pelukis tempatan di Melaka. [1][2][3][4][5][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Galeri ini diilhamkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob. Ia dibuka pada 25 Mac 2008 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam pada 28 Jun 2008.

Senibina[sunting | sunting sumber]

Galeri ini terletak di dalam sebuah bangunan dua tingkat. Bangunan Galeri juga terdiri daripada bilik studio lukisan untuk pelukis untuk menghasilkan karya seni mereka dan kedai.

Pameran[sunting | sunting sumber]

Dewan pameran utama galeri menempatkan lebih 80 lukisan dengan pelbagai tema yang dicipta oleh artis-artis tempatan.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Galeri ini lazimnya mengadakan pelbagai pameran lukisan dan juga bengkel lukisan.

Waktu dibuka[sunting | sunting sumber]

Galeri ini dubuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Masuk percuma.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "WE!Come Melaka - Galeri Seni Rakyat (Folk Art Gallery) - WE!Come Melaka". WE!Come Melaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-04. Dicapai pada 2016-07-08.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2016-07-08.
  3. ^ http://corporate.tourism.gov.my/mediacentre.asp?page=news_desk&subpage=archive&news_id=445[pautan mati kekal]
  4. ^ wahab. "Pengenalan Kampus". uitm.edu.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-16. Dicapai pada 2016-07-08.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2016-07-08.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2016-07-08.