Yang di-Pertua Negeri Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Penyandang
Mohd Khalil Yaakob

sejak 1 Jun 2012
Jenis Tuan Yang Terutama
Kediaman Bandar Melaka
Pelantik Yang di-Pertuan Agong
Penyandang sulung Leong Yew Koh
Pembentukan 31 Ogos 1957

Yang di-Pertua Negeri Melaka merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Melaka. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Melaka sebagaimana Perlembagaan Negeri Melaka.

Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

Melaka tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka. Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Senarai Yang di-Pertua Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

No. Yang di-Pertua Negeri Mula Tamat
1 Leong Yew Koh 31 Ogos 1957 30 Ogos 1963
2 Abdul Malek bin Yusuf 31 Ogos 1963 30 Ogos 1971
3 Tun Dr Haji Abdul Aziz Abdul Majid 31 Ogos 1971 9 Mei 1975
4 Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 25 Mei 1975 30 November 1984
5 Tun Dato' Seri Utama Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin 4 Disember 1984 3 Jun 2004
6 Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob 4 Jun 2004 Sekarang

Rujukan[sunting | sunting sumber]