Garis masa virus komputer dan cecacing yang terkenal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini merupakan senarai virus komputer dan cecacing.

1970-1979[sunting | sunting sumber]

Awal 1970-an[sunting | sunting sumber]

  • Virus Creeper di kesan pada ARPANET menjangkiti sistem operasi Tenex. Creeper mencapai capaian bebas melalui modem dan menyalin dirinya pada system asing di mana perutusan , 'I'M THE CREEPER : CATCH ME IF YOU CAN.' dipaparkan. Aurcara Reaper, dirinya sendir merupakan virus, dicipta bagi memadamkan Creeper. Pencipta kedua aturcara tidak diketahui.

1974[sunting | sunting sumber]

  • Virus Rabbit muncul dan menjangkiti komputer lain melalui penggandaan. Dinamakan sempena kepantasan ia menyesakkan system komputer dengan salinannya, merosotkan prestasi system, sebelum mencapai ambang dan terhempas.

1975[sunting | sunting sumber]

  • Pervading Animal, permainan yang ditulis bagi UNIVAC 1108, direka bagi bertanya beberapa soalan sebagai usaha meneka jenis haiwan yang difikirkan pengguna. Ia kemudiannya cuba menyalin dirinya kepada kesemua fail aturcara yang boleh ditulis, kemudian menanda fail tersebut dengan masa cipta tidak sah agar ia dapat membezakan antara fail ciptaan aturcara dan pengguna. Bagaimanapun, ia masih diipertikaikan samaada Pervading Animal mewakili Trojan pertama atau permainan komputer dengan pepijat yang tidak disengajakan.

1980-1989[sunting | sunting sumber]

1980[sunting | sunting sumber]

  • Jürgen Kraus menulis tesis lepasan ijazah Selbstreproduktion bei Programmen (Aturcara membiak sendiri).

1982[sunting | sunting sumber]

  • Aturcara yang dikenali sebagai virus komputer Elk Cloner, telah ditulis bagi sistem Apple II dan dicipta oleh Richard Skrenta. Apple II kelihatannya agak lemah kerana menyimpan sistem pengoperasinya pada cakera liut. Rekabentuk Elk Cloner digabung dengan kejahilan umum mengenai apa itu malware dan cara mengelakkannya mendorong kepada Elk Cloner bertanggung jawab bagi wabak virus komputer berskala besar pertama dalam sejarah.

1983[sunting | sunting sumber]

  • Istilah 'virus' dicipta oleh Frederick Cohen bagi menggambarkan aturcara komputer membiak sendiri. Pada tahun 1984 Cohen menggunakan frasa "virus komputer" – sebagaimana dicadangkan oleh gurunya Leonard Adleman – bagi menggambarkan operasi aturcara sedemikian dalam istilah "jangkitan". Dia mentakrifkan 'virus' sebagai "aturcara yang mampu 'menjangkiti' aturcara lain dengan mengubah mereka dengan memasukkan kemungkinan meletakkan salinannya sendiri."
  • 10 November 1983, di Universiti Lehigh, Cohen menunjukkan aturcara seperti-virus pada sistem VAX11/750. Aturcara itu mampu memasang dirinya, atau menjangkiti objek sistem lain.

1986[sunting | sunting sumber]

  • Januari: Virus sektor but Brain (juga flu Pakistan) dibebaskan. Brain dianggap virus IBM PC compatible pertama, dan perisian yang bertanggung jawab bagi epidemik virus pertama bagi komputer serasi IBM PC. Virus ini juga dikenali sebagai Lahore, Pakistani, Pakistani Brain, kerana ia dicipta di Lahore, Pakistan oleh pengaturcara Pakistan yang berusia 19 tahun, Basit Farooq Alvi dan saudaranya Amjad Farooq Alvi.
  • Disember 1986: Ralf Burger membentangkan aturcara model Virdem semasa perjumpaan di Chaos Computer Club bawah tanah di Jerman. Model Virdem mewakili kali pertama aturcara mampu menyalin dirinya sendiri melalui tambahan kodnya pada file DOS boleh laksana dalam format COM.

1987[sunting | sunting sumber]

  • Kemunculan virus Vienna, yang kemudiannya dipatahkan - kali pertama ia berlaku pada pelantar IBM.[1]
  • Kemunculan virus Lehigh, virus sektor but seperti Yale dari USA, Stoned dari New Zealand, Ping Pong dari Itali, dan kemunculan virus fail enkripsi-diri, Cascade. Lehigh dihentikan di kampus sebelum ia bebas secara liar, dan dengan itu tidak pernah dijumpai ditempat lain. Jangkitan berikutnya oleh virus Cascade di pejabat IBM Belgium mendorong kepada IBM bertindak balas dengan pembangunan keluaran antivirusnya sendiri. Sebelum ini, penyelesaian antivirus yang dibangunkan oleh IBM bertujuan bagi kegunaan kakitangannya sendiri.
  • Oktober: virus komputer Jerusalem, sebahagian dari (ketika itu tidak diketahui) virus keluarga Suriv, dikesan di bandar Jerusalem. Jerusalem memusnahkan semua fail boleh laksana pada mesin yang dijangkiti pada setiap Jumaat ke-13 (kecuali Jumaat ke-13 Nov 1987 menjadikannya picu pertamanya pada 13 May 1988). Jerusalem menyebabkan epidemik seluruh dunia pada 1988.
  • November: Virus komputer SCA, virus sektor but bagi Amiga muncul, dengan serta-merta mencipta ribut jangkitan besar-besaran (pandemic) penulis-virus. Tidak lama kemudian, SCA membebaskan satu lagi, virus yang lebih memusnahkan, Byte Bandit.

1988[sunting | sunting sumber]

1989[sunting | sunting sumber]

1990-1999[sunting | sunting sumber]

1990[sunting | sunting sumber]

  • Mark Washburn ketika menganalisa virus Vienna dan Cascade bersama Ralf Burger membangunkan keluarga pertama virus polymorfik: keluarga Chameleon. Siri Chameleon bermula dengan pembebasan virus komputer 1260.

1992[sunting | sunting sumber]

  • Virus komputer Michelangelo dijangka untuk mencipta bencana digital pada 6 March, dengan berjuta komputer akan terpadam maklumat dalamnya menurut histeria media massa mengenai virus tersebut. Penilaian semula mengenai kerosakan menunjukkan kesannya adalah minima.

1995[sunting | sunting sumber]

  • "Virus konsep (Concept virus)" merupakan virus Makro pertama dicipta.

1996[sunting | sunting sumber]

  • "Ply" - berasaskan 16-bit DOS virus polymorfik rumit kelihatannya dengan enjin permutasi binaan dalam.

1998[sunting | sunting sumber]

1999[sunting | sunting sumber]

2000 dan seterusnya[sunting | sunting sumber]

2000[sunting | sunting sumber]

  • May: cecacing VBS/Loveletter ('ILOVEYOU') muncul. Sehingga 2004 ia merupakan virus paling mahan bagi perniagaan, menyebabkan kerosakan antara 5.5 hingga 10 bilion. Trojan pintu belakang kepada cecacing, Barok, dicipta oleh pengaturcara Filipina Onel de Guzman; ia tidak diketahui siapa yang mencipta vektor penyerang atau siapa yang (secara tidak sengaja) membebaskannya; de Guzman sendiri menafikan dia bertanggung jawab kepada penyebaran tersebut sungguhpun dia mencadangkan dia mungkin ditipu oleh seseorang yang menggunakan kod Baroknya sebagai bebanan.
  • Virus komputer ZMist - virus yang menyatukan kod (code integrating ), metamorfik sepenuhnya.

2001[sunting | sunting sumber]

2003[sunting | sunting sumber]

  • 24 Januari: Cecacing penghentak SQL (SQL Slammer), juga dikenali sebagai Cecacing Sapphire, menyerang kelemahan pada Pelayan SQL Microsoft dan MSDE menyebabkan masalah besar pada Internet.
  • 12 Ogos: Cecacing Blaster, juga dikenali sebagai cecacing Lovesan, merebak dengan pantas dengan menggunakan kelemahan pada komputer Microsoft Windows.
  • 18 Ogos: Cecacing Welchia (Nachi) dijumpai. Cecacing ini cuba menyingkir Cecacing blaster dan menampal Windows.
  • 19 Ogos: Cecacing Sobig (secara teknikal dikenali sebagai Cecacing Sobig.F) merebak dengan pantas melalui mail dan perkongsian jejaring.
  • 24 Oktober: Cecacing Sober pertama kali dilihat dan mengekalkan kehadirannya sehingga 2005 dengan banyak variasi baru.

Serangan serentak kepada kelemahan jaringan oleh Cecacing Blaster dan Sobig menyebabkan kerosakan yang teruk.

2004[sunting | sunting sumber]

2005[sunting | sunting sumber]

  • 16 Ogos: Cecacing Zotob dan beberapa variasi malware dijumpai. Kesannya terlebih gembur disebabkan beberapa cawangan media Amerika Syarikat telah dijangkiti.
  • 13 Oktober: Cecacing Samy XSS menjadi virus komputer paling pantas merebak menurut sesetengah definasi (hingga 2006).
  • 31 Oktober: Sony BMG didapati mempunyai skandal perlindungan salinan Sony BMG CD 2005, kerana sengaja menjangkiti CD muzik dengan rootkit sebagai usaha menghalang penyalinan muzik.

2006[sunting | sunting sumber]

2007[sunting | sunting sumber]

  • Januari: Cecacing Storm mula mengumpul komputer yang dijangkiti sebagai Storm botnet, yang terdiri daripada 1 dan 10 juta komputer menjelang September.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kaspersky Lab viruslist
  2. ^ Peter Gutmann (31 August 2007). "World's most powerful supercomputer goes online". Full Disclosure. Dicapai pada 2007-11-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]