Gek
Sebahagian rencana ini mengandungi kandungan menggunakan bahasa yang terlalu mengikuti baku negara tertentu hasil pengambilan semula sumber ditulis dari negara sedemikian sebagai asasnya. Anda diminta sunting semula kandungan rencana ini agar ia beristilah seimbang dan selaras serta jelas difahami umum dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |

Perkataan gek[1] adalah istilah pergaulan untuk orang aneh atau tidak diketahui secara arus perdana, dengan konotasi yang berbeza mulai dari "seorang ahli komputer atau peminat tegar komputer" sehingga "orang yang sangat tertarik pada hobi" ataupun dengan makna yang kurang menyenangkan seperti "orang aneh atau tidak disukai", terutama orang yang dianggap terlalu intelektual ".[2]
Perkataan ini berasal dari dialek bahasa Inggeris geek, geck: fool, freak; dari Low German geck, dari Middle Low German. Kata dasar perkataan geck masih bertahan dalam Bahasa Belanda dan Afrikaans gek: gila, serta beberapa dialek Jerman, dan dalam kata Alsatian Gickeleshut: topi geek, yang digunakan dalam karnaval.[2]
Perkataan ini muncul dalam pengertian moden dari penggemar sains, matematik, atau teknologi dalam cerita pendek karya Robert Heinlein tahun 1952 berjudul "The Year of the Jackpot".
Sebelum itu, pada abad ke-18 di Austria-Hungary, Gecken adalah orang berperangai aneh yang ditunjukkan oleh beberapa sarkas. Pada abad ke-19, di Amerika Utara, istilah ulat buku disebut sebagai aneh dalam pertunjukan sarkas Sideshow (lihat juga pertunjukan orang aneh). Perkataan ini juga merujuk kepada petunjuk sarkas yang melakukan pertunjukan yang mengerikan, seperti menggigit kepala ayam sehingga terputus. American Heritage Dictionary edisi 1976 hanya memasukkan definisi mengenai geek show.
Meskipun dianggap sebagai istilah yang merendahkan martabat seseorang, istilah ini juga sering digunakan untuk merujuk kepada diri sendiri tanpa konotasi negatif atau menunjukkan kebanggaan diri. Contohnya adalah 'Geek Squad', iaitu khidmat bantuan pelanggan dari perusahaan Best Buy.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ geek Definisi: gekselanjutnya di PRPM
- ^ a b "Dictionary: Geek". Dictionary.com-Merriam-Webster entry. Dicapai pada 2007-10-12.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Cari Gek dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- The Geek Test
- Geek Culture: The Third Counter-Culture, an article discussing geek culture as a new kind of counter-culture.
- Hoevel, Ann. "Are you a nerd or a geek?" CNN. December 2, 2010.
- "Geek Chic", USA Today, October 22, 2003
- "Suddenly, It's Hip to be Square", Associated Press, July 18, 2005
- "How Geek Chic Works"
- Nerd Project at the Wikiversity