Gelongsoran Kohistan 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gelongsoran Kohistan 2010 berlaku di Bagaro Serai, daerah Kohistan, Wilayah Sempadan Barat Laut, Pakistan pada 17 Februari 2010. Gelongsoran salji tebal itu menyebabkan tanah runtuh dan memusnahkan 4 buah rumah, 102 terbunuh dan 45 orang masih hilang.[1]

Kohistan terletak 200 km di utara Islamabad.Aminul Haq memberitahu BBC ramai wanita dan kanak-kanak masih terperangkap. Gelongsoran salji biasa berlaku di kawasan pergunungan. Perkampungan Bagaro Serai terletak di Lembah Kandia.

Perdana Menteri Pakistan Yousaf Raza Gilani mengarahkan pihak berkuasa tempatan segera melakukan operasi menyelamat. Pasukan penyelamat yang diterbangkan dari Peshawar berhadapan dengan cuaca buruk.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]