Tanah runtuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tanah runtuh di Pakistan.

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batuan jatuh, kegagalan cerun, dan aliran sampah cetek. Tanah runtuh merupakan salah satu trrkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor-faktor tambahan lain:

  • hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
  • cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
  • gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
  • letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
  • gegaran mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
  • tampungan berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
  • tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
  • pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya. Sama juga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walau bagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.

Jenis lain[sunting | sunting sumber]

Runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubiratau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.

Aliran piroklastik pula berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas daripada gunung berapi yang meletus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]