Gempa bumi Bali 1979

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Bali 1979
Gempa bumi Bali 1979 is located in Bumi
Gempa bumi Bali 1979
Gempa bumi Bali 1979 (Bumi)
Magnitud6.3 Ms[1]
Kedalaman15 km (9 bt)[2]
Koordinat8°29′S 115°45′E / 8.49°S 115.75°E / -8.49; 115.75Koordinat: 8°29′S 115°45′E / 8.49°S 115.75°E / -8.49; 115.75[3]
Kawasan terjejasBali, Indonesia
Keamatan maksimumVIII (Teruk)
Tanah runtuhYa
Korban27 maut
200 cedera

Gempa bumi Bali 1979 berlaku pada 03:58 WITA pada 18 Disember dengan besar gelombang permukaan 6.3. Getaran berlaku di bahagian tenggara pantai Kabupaten Karangasem di Selat Lombok, dan sekitar 60 kilometer (37 mi) timur laut Denpasar. Gempa bumi tersebut memusnahkan 80 peratus bangunan di Kabupaten Karangasem, di mana antara 15,000 sehingga 500,000 orang pelarian dan secara cepat memutuskan hubungan darat dengan ibu kota wilayah tersebut, Denpasar.[4][5]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pulau Bali merupakan bahagian dari Busur Sunda, yang terbentuk di atas had konvergen di mana Plat Australia dibenamkan di bawah Plat Sunda. Peringkat penumpuan melintasi garis Palung Sunda–Jawa ialah 7.5 cm per tahunnya. Ke arah timur Bali, Busur Sunda juga ditolak ke atas lembangan belakang Busur Sembilan dan Flores pada satu masa. Mekanisme penumpuan untuk gempa bumi di dekat Bali dapat dirasakan pada zom benam mahupun sistem sesaran di utara.[6]

Gempa bumi sebelumnya dengan kuasa 6.5 Ms di utara pantai Buleleng pada 14 Julai 1976 menyebabkan 573 kematian di Bali dan membuat sejumlah orang pelarian, sama seperti gempa tahun 1979.

Gempa[sunting | sunting sumber]

Getaran sebelumnya sebesar 6.2 Ms pada 20 Oktober mempengaruhi Mataram, ibu kota pulau jiran Lombok, dan memusnahkan ratusan bangunan di pulau itu dan juga di Bali. Dua orang maut, termasuk seorang anak lelaki berumur tiga tahun di Lombok dan seorang ibu mengandung di sebuah hospital di Denpasar.[7] Pusat gempa 20 Oktober kira-kira berada 28 km (17 bt)  utara-timur laut dari gempa 17 Disember.[8]

Berdasarkan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa 18 Disember berlaku pada 60 km (37 bt) bahagian timur-timur laut Denpasar pada kedalaman 15 km (9.3 mi). Laporan awal oleh wartawan tempatan memaklumkan bahawa pusat gempa berada di bawah Stratovolkano Gunung Agung, namun pihak berkuasa telah mengesahkan lokasi tepatnya berada di Selat Lombok.[9] Getaran tersebut dapat dirasa di sepanjang pantai timur Lombok, walaupun tidak terdapat kerosakan yang berlaku di sana.[10]

Kerosakan[sunting | sunting sumber]

Lapan puluh peratus rumah dan bangunan lainnya di Kabupaten Karangasem dilaporkan telah musnah atau kira-kira lapan puluh ribu rumah rosak, dan juga melibatkan sembilan Pura Hindu, 17 pasar, 8 sekolah, beberapa masjid dan sebuah hospital umum. Desa Culik, Datah dan Tisla dikhabarkan tidak dihuni kerana kerosakan akibat gempa yang teruk.[11]

Bantuan[sunting | sunting sumber]

Tentera Kebangsaan Indonesia menubuhkan sebelas berek sementara di wilayah yang terdedah dengan kesan gempa bumi untuk membantu orang-orang yang kehilangan tempat tinggal. Pejabat Gabenor menghantar sekurang-kurangnya 25 tan beras kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ National Geophysical Data Center. "Significant Earthquake" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Jun 2015.
  2. ^ USGS (November 8, 2008). "ShakeMap Atlas (Version 1.0)" (dalam bahasa Inggeris). United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-08. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  3. ^ Utsu, T. "Catalog of Damaging Earthquakes in the World (Through 2009)" (dalam bahasa Inggeris). International Institute of Seismology and Earthquake Engineering. Dicapai pada 10 November 2012.
  4. ^ "Bali quake: 500,000 homeless need shelter" (dalam bahasa Inggeris). Canberra Times. AAP. 21 Disember 1979. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  5. ^ "Earthquake rocks Bali, kills 19" (dalam bahasa Inggeris). Boca Raton News. 18 Disember 1979. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  6. ^ McCaffrey, R.; Nabelek J. (1987). "Earthquakes, gravity, and the origin of the Bali Basin: an example of a nascent continental fold-and-thrust belt" (PDF). Journal of Geophysical Research (dalam bahasa Inggeris). National Academy of Sciences. 92 (B1): 441–460. doi:10.1029/jb092ib01p00441. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-12-11. Dicapai pada 10 November 2012.
  7. ^ "At least two die in tourist area quake". Canberra Times. AAP. 22 Oktober 1979. Dicapai pada 12 June 2015.
  8. ^ "INDONESIA: SUMBAWA ISLAND". National Centers for Environmental Information (dalam bahasa Inggeris). National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  9. ^ "Bali Badly Hit By Earthquake" (dalam bahasa Inggeris). Spokane Daily Chronicle. UPI. 18 Disember 1979. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  10. ^ "Indonesian Island Of Bali Rocked By Quake, 25 Die" (dalam bahasa Inggeris). Pittsburgh Post-Gazette. Associated Press. 19 Disember 1979. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  11. ^ "Quake death toll 25" (dalam bahasa Inggeris). Canberra Times. AAP. 20 Disember 1979. Dicapai pada 12 Jun 2015.