Gempa bumi Uqturpan 2024

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Uqturpan 2024
Map
Peta gempa bumi (data peta)
Gempa bumi Uqturpan 2024 is located in Bumi
Gempa bumi Uqturpan 2024
Gempa bumi Uqturpan 2024 (Bumi)
Magnitud7.1 Ms
7.0 Mw
Kedalaman13 km (8.1 bt)
Koordinat41°16′08″N 78°38′56″E / 41.269°N 78.649°E / 41.269; 78.649
Kawasan terjejasXinjiang, China
Keamatan maksimumIX (Ganas)
Gegaran susulan7 ≥Mw 5.0
Korban50 cedera (6 di China dan 44 di Kazakhstan)

Pada 23 Januari 2024, pukul 02:09 CST (18:09 UTC), sebuah gempa bumi berukuran Ms 7.1 atau Mw 7.0 berlaku di Daerah Uqturpan, juga dikenali dengan nama Daerah Wushi, di Xinjiang, China, berdekatan sempadan Kyrgyzstan.[1]

Rentetan[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi ini berlaku di tengah-tengah suhu di bawah paras beku di wilayah tersebut.[2] Seramai 800 orang petugas penyelamat, 152 buah kenderaan dan 32 ekor anjing pemburu ditempatkan di kawasan utama tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.[3] Kementerian Pengurusan Kecemasan menghantar 1,000 buah khemah, 5,000 helai kot musim sejuk, 5,000 helai selimut, 5,000 tilam beralas kapas, 5,000 buah katil lipat dan 1,000 buah alat pemanas ke daerah Uqturpan untuk bantuan bencana dan menempatkan pasukan penyelamat di kawasan bersempadan iaitu Kawasan Autonomi Tibet dan Gansu sebagai persediaan.[4]

Pihak berkuasa kereta api menutup operasi landasan di kawasan yang terkesan dan menggantung 27 buah kereta api di Xinjiang,[5] sementara sekolah juga ditutup di Xinjiang dan Kazakhstan pada hari tersebut.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rencana ini mengandungi teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam: National Earthquake Information Center (22 January 2024). "M 7.0 - 129 km WNW of Aykol, China". United States Geological Survey. Dicapai pada 22 January 2024.
  2. ^ "Strong magnitude 7.1 earthquake strikes remote western China, state media reports". SCMP (dalam bahasa Inggeris). 22 January 2024. Dicapai pada 23 January 2024.
  3. ^ "阿克苏地区乌什县发生7.1级地震 新疆消防启动地震灾害一级响应". news.qq.com (dalam bahasa Cina). 22 January 2024. Dicapai pada 22 January 2024.
  4. ^ "Firefighters rush to help quake-hit county in Xinjiang". China Daily. 23 January 2024. Dicapai pada 23 January 2024.
  5. ^ "Powerful 7.1 earthquake strikes near China's border with Kyrgyzstan". CNN (dalam bahasa Inggeris). 22 January 2024. Dicapai pada 23 January 2024.
  6. ^ "7.1 magnitude earthquake rattles part of western China, injuring 6 people and collapsing 47 homes". ABC (dalam bahasa Inggeris). 23 January 2024. Dicapai pada 23 January 2024.