Pergi ke kandungan

Geng Ah Boy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Ah Boy merupakan kumpulan penjenayah yang terlibat dalam beberapa kes pecah, rompakan, samun di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.Mereka juga mencuri kereta Naza Ria MPV di Damansara pada Oktober 2008.

Pada 8 Februari 2009, Polis PDRM berjaya menembak mati empat anggota Geng Ah Boy yang cuba menyerang polis dengan parang di Jalan Pulau Meranti, Dengkil, Selangor. jam 12.30 pagi. Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu dalam keadaan mencurigakan, berhenti di Jalan Pulau Meranti. Pemandu Naza Ria MPV itu tidak mematuhi arahan dan bertindak melanggar kereta peronda polis .

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya mengesan kumpulan ini. Polis terpaksa melepaskan sembilan das tembakan untuk mempertahankan diri dan 4 suspek terbunuh. Seorang anggota polis cedera di tangan dan dirawat di klinik berhampiran. Berumur antara 22 - 30 tahun dan terlibat sekurang-kurangnya 10 kes jenayah. Seorang memiliki pasport Indonesia, seorang memiliki MyKad dan seorang lagi tiada dokumen diri. Polis menemui semula sebuah komputer riba, perakam video dan beberapa dokumen penting dipercayai milik seorang pegawai kanan Jabatan Kesihatan Selangor yang disamun di rumahnya di Shah Alam, Khamis 5 Februari 2009. 4 bilah parang dan celoret ditemui dalam kereta Naza Ria itu. [1][2]