Gentoo Linux

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gentoo Linux
Logo Gentoo
Meja lalai Gentoo Linux Live CD, versi 2008.0
PembangunGentoo Foundation
Keluarga OSLinux
KeadaanSemasa
Model sumberSumber terbuka, perisian bebas
Keluaran terbaru2008.0 / 6 Julai 2008; 15 tahun yang lalu (2008-07-06)
Repositori
Kaedah kemaskiniTerbit
Pengurus bungkusanPengangkutan
Pelantarx86, x86-64, IA-64, PA-RISC; PowerPC 32/64, SPARC, DEC Alpha, ARM, MIPS, S390[1], sh
Jenis IntiInti monolitik, Linux
Antaramuka pengguna
terasal
Antara muka baris perintah, Sistem Tetingkap X
LesenPelbagai
Laman rasmiwww.gentoo.org

Gentoo Linux (sebutan: /dʒɛntuː/) adalah sebuah sistem pengendalian bebas edaran Linux yang berasaskan sistem pengurusan pakej Portage. Projek pembangunan serta produknya dinamakan sempena penguin Gentoo. Pakej-pakej penggunaan pada kebiasaanya dibina daripada kod sumber, membolehkan ia diubahsuai oleh pengguna.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gentoo pada mulanya dicipta oleh Daniel Robbins sebagai edaran Linux Enoch. Matlamatnya ialah untuk mencipta sebuah edaran yang dibina darilpada kod sumber, serasi dengan perkakasan, hanya menyertakan atur cara yang diperlukan, dan mengurangkan beban kerja penyenggara melalui penskripan.[2] At least one version of Enoch was distributed: version 0.75, in December 1999.[3]

Isu-isu pengkompilan telah mendedahkan masalah-masalah pada Koleksi Pengkompil GNU (gcc), dulunya dibina daripada kod sumber. Daniel Robbins dan para penyumbang lain telah berujikaji dengan salah satu cabang gcc yang dikenali sebagai egcs dibangunkan oleh cygnus yang mana menghasilkan binari-binari sekurang-kurangnya 10% speedup hakiki berbanding pgcc. Lantaran ini, Enoch memperoleh nama disebabkan oleh kelajuannya, lantas membawa kepada namanya ditukar kepada Gentoo Linux (spesies Gentoo merupakan species penguin berenang terpantas). Pengubahsuaian tersebut seterusnya telah dijadikan sebahagian daripada gcc rasmi (versi 2.95), dan edaran Linux yang lain turut mengalami peningkatan kelajuan.[4]

Selepas mengalami masalah dengan pepijat pada sistemnya, Robbins memberhentikan penbangunan Gentoo Linux dan beralih kepada FreeBSD selama beberapa bulan, kemudiannya dipetik berkata "Saya bercadang untuk menambah beberapa ciri FreeBSD untuk menjadikan sistem swabina kami (sekarang digelar Portage) sebuah sistem port generasi seterusnya yang sebenar."[5]

Gentoo Linux 1.0 telah dikeluarkan pada 31 Mac 2002.[6]

Robbins pernah berkeinginan untuk menjadikan Gentoo Linux sebuah projek perdagangan yang berjaya, tetapi mendapati sebuah model perniagaan yang wajar adalah sukar untuk dicapai. Pada 2004, beliau telah menubuhkan Yayasan Gentoo yang tanpa-untung, memindahkan kesemua hak cipta serta cap dagang kepadanya, dan turun kepada jawatan Ketua Arkitek projek tersebut.[7][8]

Lembaga Pemegang Amanah sekarang[9] adalah terdiri daripada lima orang ahli yang telah diumumkan (melalui sebuah pengundian) pada 2 MAc 2008.[10] There is also a subsidiary seven-member Gentoo Council whose members decide on technical issues and policies.[11] The current Council members were elected over the period of August 17, 2007 to September 17, 2007 by 117 active Gentoo developers.[12]

Sehingga baru-baru ini, Yayasan Gentoo adalah sebuah yayasan tanpa-untung 501c6, didaftarkan di Wilayah New Mexico.[13] Pada penghujung 2007, piagam Yayasan telah dibatalkan.[14] Bermula pada 19 Mei 2008, Wilayah New Mexico telah mengisytiharkan yang Yayasan Gentoo Inc telah kembali kepada kedudukan baik dan bebas melakukan perniagaan[15].

Edaran berasaskan Gentoo[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gentoo Packages /arch/s390/
  2. ^ "Gentoo Linux Documentation - Making the distribution, Part 1". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-26. Dicapai pada 2008-08-14.
  3. ^ "Planet Mirror - enoch - Enoch Linux - enoch-0.75 - download now". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-28. Dicapai pada 2008-08-14.
  4. ^ "Gentoo Linux Documentation - Making the distribution, Part 2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-26. Dicapai pada 2008-08-14.
  5. ^ "Gentoo Linux Documentation - Making the distribution, Part 3". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-26. Dicapai pada 2008-08-14.
  6. ^ Slashdot | Gentoo 1.0 Released
  7. ^ http://archives.gentoo.org/gentoo-nfp/msg_00845.xml[pautan mati kekal]
  8. ^ Slashdot | Daniel Robbins Resigns As Chief Gentoo Architect
  9. ^ "Gentoo Linux Documentation - Gentoo Foundation Charter". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-18. Dicapai pada 2008-08-14.
  10. ^ "Gentoo Linux - New foundation trustees elected". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-24. Dicapai pada 2008-08-14.
  11. ^ Gentoo Linux Projects - Gentoo Council
  12. ^ http://archives.gentoo.org/gentoo-dev/msg_147748.xml[pautan mati kekal]
  13. ^ [1]
  14. ^ Gentoo loses charter; Robbins offers to return [LWN.net]
  15. ^ Gentoo Linux - List Archive: gentoo-nfp
  16. ^ Pardus Linux 2007 is no longer based on Gentoo http://distrowatch.com/weekly.php?issue=20070115

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]