Geoffrey Mujangi Bia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Geoffrey Mujangi Bia
Maklumat peribadi
Nama penuh Geoffrey Mujangi Bia
Tarikh lahir (1989-08-12) 12 Ogos 1989 (umur 34)
Tempat lahir Kinshasa, Zaire
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in) [1]
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Standard Liège
Kerjaya remaja
Union Saint-Gilloise
Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2011 Charleroi 59 (9)
2010Wolverhampton Wanderers (pinjaman) 3 (0)
2010–2011Wolverhampton Wanderers (pinjaman) 1 (0)
2011– Standard Liège 117 (30)
2012–2013Watford (pinjaman) 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2009 Belgium B20 1 (0)
2009–2010 Belgium B21 7 (2)
2009 Belgium 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 April 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Ogos 2012 (UTC)

Geoffrey Mujangi Bia (lahir 12 Ogos 1989) merupakan pemain bola sepak Belgium kelahiran DR Congo kini bermain untuk Standard Liège di posisi sayap.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Mujangi Bia berpindah bersama keluarganya dari Republik Demokratik Congo ke Zellik, Belgium ketika kanak-kanak. Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab Brussels, Union Saint-Gilloise sebelum beliau diikat oleh Anderlecht.

Selepas beberapa bulan di Anderlecht, beliau sertai kelab Charleroi dan membuat debut pada 17 Disember 2006 pada perlawanan kecundang 1-0 kepada Zulte Waregem. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada musim berikutnya.

Mujangi Bia sertai kelab Wolverhampton Wanderers secara pinjaman pada 21 Januari 2010 untuk perlawanan baki musim 2009-10. Beliau membuat debut Liga Perdana pada perlawanan terikat seri 2-2 bertemu Hull City. Pada penghujung musim, beliau ingin menghabiskan masa pada musim 2010-11 di Wolves.

Mujangi Bia gagal mempamerkan aksi konsisten pada musim seterusnya dengan hanya membuat satu kemunculan. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Wolves pada perlawanan kemenangan 5-0 ke atas Doncaster Rovers pada perlawanan liga. Pada April 2011, beliau akan berpindah ke Standard Liège dengan kontrak tiga tahun.

Beliau bermain dengan baik di Standar apabila kelabnya menamatkan musim dengan kedudukan kelima liga. Walau bagaimanapun, beliau telah dipinjam oleh Watford selama satu musim. Beliau membuat debut untuk Watford pada 28 Ogos 2012 pada perlawanan Piala Liga menentang Bradford.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mujangi Bia telah berniat untuk mewakili pasukan kebangsaan Belgium daripada mewakili Republik Demokratik Congo. Beliau membuat debut pada 29 Mei 2009 pada Piala Kirin menentang Chile.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Dicapai pada 18 March 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]