Geografi Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Geografi Itali
Satellite image of Italy in March 2003.jpg
BenuaEropah dan Afrika (Lampedusa dan pulau Lampione)
RantauEropah Selatan
Koordinat42°00′N 12°05′E / 42.000°N 12.083°E / 42.000; 12.083Koordinat: 42°00′N 12°05′E / 42.000°N 12.083°E / 42.000; 12.083
Keluasan
 • Jumlah301,339 km2 (116,348 bt2)
 • Darat97.61%
 • Air2.39%
Garis Pantai7,600 km (4,700 bt)
SempadanJumlah sempadan darat
1836.4 km
Titik tertinggiMont Blanc
4,810 m
Titik terendahJolanda di Savoia
-3.44 m
Sungai terpanjangSungai Po
652 km
Tasik terbesarTasik Garda
370 km2 (140 bt2)

Itali terletak di Eropah Selatan dan merangkumi Semenanjung Itali yang panjang, di sebelah selatan Alps, dataran besar Lembah Po dan beberapa pulau termasuk Sicilia dan Sardinia. Walaupun Corsica berasal dari wilayah geografi Itali, ia telah menjadi sebahagian daripada Perancis sejak 1769. Itali ialah sebahagian daripada Hemisfera Utara. Dua kepulauan Pelagie (Lampedusa dan Lampione) terletak di benua Afrika.

Luas keseluruhannya adalah 301,340 km2 (116,350 bt2), iaitu 294,140 km2 (113,570 bt2) daratan dan 7,200 km2 air (2,780 bt2). Ia terletak di antara latitud 35° dan 48° N, dan longitud 6° dan 19° E.

Itali bersempadan dengan negara Switzerland (698 km atau 434 bt), Perancis (476 km atau 296 bt), Austria (404 km atau 251 bt) dan Slovenia (218 km atau 135 bt). San Marino (37 km atau 23 bt) dan Kota Vatican (3.4 km atau 2.1 bt) adalah enklaf. Panjang keseluruhan sempadan ialah 1,836.4 km (1,141.1 bt).

Rujukan[sunting | sunting sumber]