Gerakan Baihua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gerakan Baihua (Cina ringkas: 百花齐放Cina tradisional: 百花齊放pinyin: Bǎihuā Qífàng), merupakan suatu tempoh di Republik Rakyat China[1] pada tahun 1956 di mana Parti Komunis China yang memerintah negara tersebut menggalakkan rakyatnya meluahkan rungutan mengenai kelemahan rejim mereka. Ia berdasarkan suatu ungkapan terkenal dituturkan pengerusi parti tersebut, Mao Zedong, yang sendirinya merupakan saduran suatu bait puisi lama:

「对艺术工作主张百花齐放,对学术工作主张百家争鸣」 - duì yìshù gōngzuò zhǔzhāng bǎihuā qífàng, duì xuéshù gōngzuò zhǔzhāng bǎijiā zhēngmíng

[Seratus bunga yang mekar mengembangkan seni, seratus aliran pemikiran yang muncul mengembangkan ilmu pengetahuan.][2][3]

Pergerakan ini dilihat sebagai tindak balas daripada pihak intelektual yang merasa terasing daripada penglibatan hal kenegaraan pemerintahan Beijing.[4]

Langkah besar-besaran ini terhenti pada Julai 1957 setelah Mao mendapat tahu mengenai berita bahawa Setiausaha Parti Komunis Soviet, Nikita Khrushchev membuat suatu ucapan dikarang mengutuk kuat dasar-dasar pemerintahan Joseph Stalin yang kecenderungan kuku besi dan membentuk suatu kultus individu, serta kejadian-kejadian berlangsung dalam Revolusi Hungary 1956, semasa Kongres Parti Komunis Kesatuan Soviet ke-20 di Moskva beberapa bulan tahun lepas. Mao mula bertukar fikiran mengenai ideologinya sehingga memutuskan pendekatan yang lebih keras dalam menyemai nilai yang dianggap menepati sosialisme yang difahaminya. Mao segera mewujudkan suatu "langkah penyingkiran" yang menyasarkan serta menahan para intelektual, pegawai, pelajar, seniman dan pembangkang yang dianggap musuh kepada matlamat pemerintahannya hasil pemikiran "kanan" mereka.[5] The campaign led to a loss of individual rights, especially for any Chinese intellectuals educated in Western centers of learning.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MacFarquhar, Roderick. The Hundred Flowers, 1960, pp. 3
  2. ^ "Definition of Hundred Flowers". Oxford Dictionaries. Dicapai 2012-05-17. "The policy of letting a hundred flowers bloom and a hundred schools of thought contend is designed to promote the flourishing of the arts and the progress of science". 
  3. ^ Harry Wu; Hongda Harry Wu; George Vecsey (30 December 2002). Troublemaker: One Man's Crusade Against China's Cruelty. NewsMax Media, Inc. m/s. 49–55. ISBN 978-0-9704029-9-8. Dicapai 17 May 2012. 
  4. ^ "Double-Hundred Policy (1956-1957)". chineseposters.net. Dicapai 11 Februari 2017. 
  5. ^ Link, Perry (23 Julai 2007). "Legacy of a Maoist Injustice". The Repository. 
Bibliografi
  • MacFarquhar, Roderick. The Hundred Flowers, Paris: The Congress for Cultural Freedom, 1960.
  • MacFarquhar, Roderick. The Origins of the Cultural Revolution: Contradictions Among the People, 1956-1957. Columbia University Press, 1973.