Ginoesium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ginoesium (daripada Yunani Kuno γυνή, gyne, bererti perempuan, dan οἶκος, oikos, bererti rumah) ialah suatu istilah dengan beberapa makna dalam penggunaan botani. Jika merujuk pada lumut, lumut hati dan hornwort, ginoesium bererti gugusan arkegonium dan mana-mana tangkai atau daun berkait yang wujud pada pucuk gametofit. Lebih lazimnya, ginoesium merujuk kepada bahagian penghasil ovul pada bunga. Ginoesium merupakan struktur pusar terdalam bunga dan dikelilingi (dalam bunga sempurna) oleh androesium (stamen) dan (dalam bunga lengkap) oleh periant (kelopak dan sepal). Ginoesium sering dianggap sebagai betina kerana ia merupakan punca gametofit (penghasil telur) betina.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Judd, Campbell, Kellogg, Stevens, Donoghue, 2007 Plant Systematics: A Phylogenetic Approach, 3rd Edition Sinauer Associates, Inc. Sunderland, MA