Betina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cermin dewi Roma Venus seringnya dipergunakan untuk melambangkan jantina betina.

Betina ialah jantina sesuatu ataupun sebahagian organisma yang menghasilkan ovum (sel telur). Ovum merupakan gamet yang lebih besar dalam sistem pembiakan heterogami, sedangkan gamet yang lebih kecil dan yang biasanya bergerak ialah sperma yang dihasilkan oleh jantan. Betina tidak boleh membiak secara seks tanpa gamet jantan. Sesetengah organisma boleh membiak, baik secara seks ataupun secara aseks.

Tidak terdapatnya satu mekanisme genetik yang tunggal di belakang perbezaan-perbezaan antara jantina. Kewujudannya dua jantina mungkin merupakan hasil perkembangan berbilang yang berasingan dalam keturunan-keturunan evolusi yang berbeza-beza. Selain daripada perbezaan utama dari segi jenis gamet yang dihasilkan, perbezaan antara jantan dan betina dalam sesuatu keturunan sentiasanya tidak dapat diramalkan daripada perbezaan-perbezaan dalam keturunan yang lain.

Konsep dimorfisme jantan/betina antara individu ataupun organ pembiakan tidak dihadkan kepada haiwan sahaja; sel telur juga dihasilkan oleh kitrid, diatom, dan tumbuhan darat, antara lain. Dalam tumbuhan darat, istilah "betina" dan "jantan" merujuk bukan sahaja kepada organisma dan struktur yang menghasilkan telur dan sperma, tetapi juga struktur sporofit yang menghasilkan tumbuhan jantan dan betina.

Penentuan jantina[sunting | sunting sumber]

Jantina bagi sesuatu organisma dapat ditentukan melalui berbagai-bagai faktor genetik atau persekitaran. Walaupun kebanyakan spesies mempunyai kedua-dua jantina, terdapatnya juga haiwan hermafrodit yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan serta betina.



Penentuan genetik[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan mamalia, termasuknya manusia, boleh ditentukan melalui sistem penentuan jantina XY yang mentakrifkan kromosom seks XY untuk jantan dan XX untuk betina. Sewaktu pembiakan, jantan boleh menyampaikan sperma X ataupun sperma Y, sedangkan betina hanya dapat menyampaikan telur X. Sperma Y dan telur X akan menghasilkan jantan, sedangkan sperma X dan telur Y akan menghasilkan betina.

Dalam sistem penentuan jantina WZ, jantan yang mempunyai kromosom seks ZZ (berbanding betina yang mempunyai WZ) boleh didapati di burung serta di sesetengah serangga dan organisma yang lain. Ahli-ahli himenoptera, seperti semut dan lebah, merupakan spesies haplodiploid. Dalam spesies ini, kebanyakan daripada jantannya adalah haploid, sedangkan betina dan sesetengah jantan yang mandul adalah diploid.

Penentuan persekitaran[sunting | sunting sumber]

Dalam sesetengah spesies reptilia, termasuknya aligator, jantina ditentukan oleh suhu telurnya yang dieram. Spesies yang lain, umpamanya sesetengah siput, mengamalkan pertukaran jantina: dewasanya bermula sebagai jantan, dan kemudiannya menjadi betina. Untuk clown fish, sejenis ikan tropika, ikan yang dominan di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi betina, sedangkan yang lain kekal menjadi jantan.

Bagi beberapa artropod, jantina ditentukan melalui jangkitan. Bakteria daripada genus Wolbachia dapat menggantikan jantina mereka; beberapa spesies artropod terdiri daripada jantan pada keseluruhannya, dengan wujudnya betina ditentukan oleh kehadiran Wolbachia.

Mamalia betina[sunting | sunting sumber]

Mamalia betina disifatkan oleh kepunyaan dua salinan kromosom X berbanding jantan yang mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y yang lebih kecil. Untuk memperseimbangkan perbezaan saiz, salah satu daripada kromosom X betina tidak diaktifkan secara rawak di dalam setiap sel. Keadaan yang sebaliknya terjadi dalam burung, iaitu burung betina merupakan heterozigot yang mempunyai kromosom Z dan W, sedangkan burung jantan mempunyai dua kromosom Z.

Perempuan[sunting | sunting sumber]

Bagi manusia, terdapatnya banyak komponen (selain daripada genetik) yang menentukan jantina biologi dan identiti jantina.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Lambang jantina yang lazim dipergunakan untuk menggambarkan jantina betina ialah ♀ (Unikod: U+2640) — sebuah bulatan dengan palang yang kecil di bawah. Lambang ini juga menggambarkan planet Zuhrah dan merupakan perwakilan cermin tangan Venus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]