Gunung Bekok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Bekok
Titik tertinggi
Ketinggian950 m (3,120 ka) 32 sertai Ekspedisi Gunung Bekok
Geografi
LokasiChaah, Johor/Pahang, Semenanjung Malaysia

Gunung Bekok merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Tingginya 950 meter.[1]

Terdapat Hutan Lipur Sungai Bantang Bekok yang mempunyai keluasan 400 hektar di kaki gunung tersebut. Gunung Bekok mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.[2] Gunung ini terletak di kawasan Labis. Dikatakan gunung ini mempunyai spesies tumbuhan dari kumpulan terancam seperti pokok redan yang mana buahnya boleh dimakan tidak kurang juga spesies serangga yang tidak diketahui nama serta jarang dilihat. Landskap yang turut menarik perhatian pelancong ialah Air Terjun Sungai Bantang.

Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93 hektar dan Kompartmen 18 seluas 156.28 hektar. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat kemudahan asas yang telah disediakan seperti jambatan, tangga, tempat meletak kenderaan, tempat riadah, tandas awam, tempat persalinan pakaian dan sebagainya. Bagi mereka yang gemar berkhemah, kawasan tapak perkhemahan ada disediakan di sekitar hutan lipur ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]