Gunung Tapis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Tapis
Gambaran Gunung Tapis
Gunung Tapis menjulang di awan
Titik tertinggi
Ketinggian 1,511 m (4,957 ka)
Koordinat 4°00′43″N 102°54′44″E / 4.011963°N 102.912354°E / 4.011963; 102.912354Koordinat: 4°00′43″N 102°54′44″E / 4.011963°N 102.912354°E / 4.011963; 102.912354
Geografi
Lokasi Pahang, Semenanjung Malaysia

Gunung Tapis yang terletak di hulu Sungai Lembing , Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 1,511 meter (4,960 kaki).[1]

Gunung Tapis mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Jun 2012, Mohammad Ngah yang menjadi pemandu arah Ekspedisi Mendaki Gunung Tapis maut dihempap dahan pokok. Beliau bersama 25 pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Kuantan. Polis dari Balai Polis Sungai Lembing memaklumkan bahawa kspedisi itu memulakan perjalanan pukul 8 pagi . Satu dahan pokok tumbang dan menghempap kepala mangsa.Sementara Mohammad Shah Mohd. Rawi, 29 hanya cedera ringan. Helikopter Polis Diraja Malaysia digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat. [2]

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Tapis di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Kuantan/ Pekan/ Maran sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]