Gunung Tohivea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemandangan Mou'a Roa (880 m) dari Belvedere Lookout

Gunung Tohivea (atau Tohiea) ialah puncak gunung berapi dan titik tertinggi di pulau Moorea di Polinesia Perancis pada 3,960 kaki (1,207 m). Di cerunnya terdapat banyak anak sungai dan tanah subur. Terdapat jejak pendaki di sepanjang puncak berdekatan dengan Titik Belvedere di mana orang ramai boleh melihat Mont Routui and dua teluk dan tiga semenanjung Moorea. Gunung Tohivea ialah gunung berapi pendam yang senang dilihat dari Papeete, ibu negara Polinesia Perancis. Puncak-puncak di sekelilingnya hampir setinggi Gunung Tohivea.

Jejak pendaki[sunting | sunting sumber]

Terdapat sekitar 5 batu (8.0 km) jejak pendaki tanah sepanjang cerun Gunung Tohivea. Jejak ini sekitar 2 kaki (0.61 m) lebar. Terdapat beberapa titik dengan pemandangan Teluk Cook, Teluk Opunohu, Lautan Pasifik, dan Pao Pao, masyarakat terbesar Moorea. Haiwan yang orang ramai boleh lihat kebanyakannya cicak gecko. Hujung jejak pendaki berdekatan dengan Mont Mouaroa yang hanya beberapa batu dari barat Mont Tohivea. Orang ramai juga boleh melihat Mont Mouaroa dari kedua-dua jalan utama dan dua teluk tersebut. Orang ramai boleh lihat Mont Mouaroa kebanyakannya dari teluk Opuhunu. Beberapa jejak pendaki menuju ke bawah Moorea dari titik selatan. Orang ramai juga boleh melihat Mont Tohivea dari titik selatan dan pergi ke jejak dari sana.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Gunung Tohivea terletak di tengah Moorea. Seperti yang dapat dilihat dari Tahiti, Gunung Tohivea muncul di bahagian selatan Moorea. Gunung ini sekitar 2 batu (3.2 km) jauh dari Pao Pao, 20 batu (32 km) jauh dari pusat bandar Papeete, 2,000 batu (3,200 km) selatan Honolulu, Hawaii, 2,000 batu (3,200 km) timur Sydney, Australia, dan 4,000 batu (6,400 km) barat daya Los Angeles, California. Gunung ini terletak di sekitar 20 darjah selatan khatulistiwa dan pada longitud yang sama seperti di Anchorage, Alaska.

Titik Belvedere[sunting | sunting sumber]

Penanda batu di Belvedere Lookout - 28 Jun, 2012

Titik Belvedere berada di cerun utara Gunung Tohivea pada aras tinggi 240 m. Titik ini memulakan jejak pendaki yang pergi sekitar cerun itu. Ayam berjalan sekitar tempat letak kenderaan Titik Belvedere. Tempat letak kenderaan tersebut juga mengakhiri jalan dua lorong kecil yang menuju dari bawah Teluk Opunohu hingga Titik Belvedere. Terdapat sekolah tinggi pertanian hanya di utara, dan di bawah, titik. Terdapat ramai pengunjung ke titik tersebut setiap tahun kerana titik tersebut senang untuk dikunjungi dari Pao Pao.

Ladang[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa ladang di bawah Gunung Tohivea. Para peladang kebanyakannya meladangkan nanas dan kentang. Para peladang memberi nanas kepada Kilang Jus Moorea. Orang ramai boleh melihat ladang-ladang ini apabila mereka memandu di jalan kecil menuju ke lembah. Ladang-ladang ini kebanyakannya terletak di tempat bermulanya jalan di bawah Teluk Opuhunu. Terdapat juga penternakan udang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Moorea terdiri daripada sekurang-kurangnya 16 aliran basalt peringkat pengadang dan lahar pascapengadang dari 2.15 hingga 1.36 Ma.[1]

Kawasan ini mula-mulanya diduduki oleh orang Polinesia terawal ketika awal abad ke-4. Kemudian Charles Darwin menjelajah kawasan ini. Selepas banyak tahun, kawasan ini didiami ramai orang. Kemudian, penduduk membuat jejak dan kemudian ia menjadi taman. Kini, taman ini dijadikan tarikan pelancong.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Gunung Tohivea banyak dikunjungi sejak ia mudah dikunjungi dari Papeete, dan memiliki jejak pejalan yang berpemandangan indah.[perlu rujukan] Orang dari Tahiti menggunakan Lapangan Terbang Moorea Temae atau Feri Aremeti untuk pergi ke Moorea. Gunung Tohivea kelihatan di belakang Rotui dari dua teluk.

Puncak sekitar[sunting | sunting sumber]

Gunung Tohivea mempunyai banyak puncak sekitarnya. Ini termasuk Gunung Rotui (899 m), dan Mou'a Roa (880 m), kedua-duanya dapat dilihar dari Titik Belvedere. Puncak yang lain termasuk Mou'a Puta (830 m) dan Mou'a Tamaru To'ofa (916 m).

Pemandangan panorama dari Titikk Belvedere, menghadap ke Teluk Opunohu di kiri, dan Teluk Cook di kanan, dipisah oleh Mou'a Rotui (899 m). Mou'a Roa (880 m) di kiri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Uto, K.; Yamamoto, Y.; Sudo, M.; Uchiumi, S.; Ishizuka, O.; Kogiso, T.; Tsunakawa, H. (2007). "New K-Ar ages of the Society Islands, French Polynesia, and implications for the Society hotspot feature". The Society of Geomagnetism and Earth, Planetary and Space Sciences. 59: 879–885.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 17°32′42″S 149°48′46″W / 17.5449°S 149.8127°W / -17.5449; -149.8127