Gunung berapi Pacaya
Pacaya | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 2,552 m (8,373 ka) |
Senarai | Senarai gunung berapi di Guatemala |
Geografi | |
Lokasi | Escuintla, Guatemala |
Geologi | |
Usia batuan | 0-23,000 |
Jenis gunung | Gunung berapi kompleks |
Letusan terakhir | 2010 |
Gunung berapi Pacaya terletak di negara Guatemala, Amerika Tengah memuntahkan lava, batu dan debu mulai hari Khamis , 27 Mei 2010. Setakat ini 2 orang terbunuh dan 50 orang cedera akibat terkena muntahan gunung berapi. Tiga kanak-kanak masih hilang. Gereja San Vicente de Pacaya turut terjejas. Lava berterbangan setinggi 2500 meter.
Kali terakhir meletup pada 1966.Tinggi gunung ini 8373 kaki. Pada 1998 dua kali mengeluarkan debu dan menjejaskan operasi lapangan terbang. Lembaga Pelancongan Guatemala menyatakan terdapat 33 buah gunung berapi di Guatemala.
Debu setebal 7cm di semua kawasan dan bumbung rumah. Manakala rumah-rumah berdekatan ditimba batu-batu berapi.Lapangan terbang terpaksa ditutup kerana membahayakan penerbangan.
Chicago Tribune melaporkan seorang wartawan televisyen, Anibal Archila terbunuh ketika sedang membuat laporan gunung berapi itu.
Presiden Guatemala Alvaro Colom mengisytiharkan darurat di wilayah Escuintla bagi memastikan keselamatan penduduk dan mengelakkan kecurian. Hampir 17,000 penduduk dipindahkan, kira-kira 30 km di selatan ibu negara Bandar Guatemala.
Gustavo Chigna , pakar gunung berapai dari Institut Seismologi Guatemala menyatakan debu gunung berapi luruh cepat ke bumi, tidsak seperti Gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland. [2]
Gunung berapi Tungurahua
[sunting | sunting sumber]Pada masa sama, Gunung Tungurahua di Ecuador turut mengeluarkan lava dan menjejaskan 7 buah kampung di lereng gunung, lapangan terbang dan sekolah di pinggir bandar Guayaquil. Debu dari gunung ini merebak sehingga 10 km ke udara. Gunung berapi itu digelar 'mulut api'.
Ribuan penduduk dipindahkan. Lokasinya terletak 150 km di tenggara ibu negara Quito. Tiupan angin kuat membawa debu sehingga ke bandar Guayaquil dan lapangan terbang.[3] Penerbangan dari Quito ke Lima Peru terpaksa dibatalkan kerana ancaman debu panas yang menjejaskan pemandangan. Debu berterbangan ke arah Lautan Pasifik di sebelah barat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamagvp
- ^ Guatemala Equador
- ^ Thousands flee volcanos in Ecuador and Guatemala