Guts (album Olivia Rodrigo)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
GUTS
Logo album
Album studio oleh
Dilancarkan pada8 September 2023 (2023-09-08)
TempatAmerika Syarikat
Studio
  • Amusement (Los Angeles)
  • East West (Los Angeles)
  • Electric Lady (Bandaraya New York)
  • Skylight (Los Angeles)
Genre
Panjang39:12
BahasaInggeris
SyarikatGeffen
PenerbitDan Nigro
Kronologi Olivia Rodrigo
SOUR
(2021)
GUTS
(2023)
Single daripada GUTS
  1. "Vampire"
    Dikeluarkan: 30 Jun 2023
  2. "Bad Idea Right?"
    Dikeluarkan: 11 Ogos 2023
  3. "Get Him Back!"
    Dikeluarkan: 15 September 2023
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Guts (digayakan dalam semua huruf besar) ialah album studio kedua oleh penyanyi-penulis lagu Amerika Syarikat Olivia Rodrigo, dan telah dilancarkan pada 8 September 2023, melalui Geffen Records. Album tersebut ditulis dan dirakam oleh Rodrigo bersama-sama dengan Dan Nigro, penerbit dan pemain muzik yang pernah bekerjasama dalam penghasilan album sulung Rodrigo, Sour (2021). Diilhamkan oleh tempoh masa sejurus selepas kejayaan Sour, Rodrigo menghasilkan album Guts dengan harapan dapat mencerminkan proses kematangan yang beliau alami menjelang akhir zaman remajanya.

Secara komersil, Guts mendahului carta album di 12 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Sweden dan United Kingdom. Dalam penampilan sulungnya di Amerika Syarikat, ia merekodkan jualan sebanyak 302,000 unit setara album pada minggu pertama, sambil berjaya menempatkan kesemua 12 lagunya di dalam tangga 40 Teratas Billboard Hot 100. Tiga single telah dilancarkan daripada album tersebut, termasuklah hit nombor satu antarabangsa "Vampire" serta "Bad Idea Right?" dan "Get Him Back!" yang berada dalam carta 10 teratas. Bagi mempromosikan album itu, Rodrigo akan memulakan jelajah konsert Guts World Tour pada tahun 2024.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2021, Olivia Rodrigo meluncurkan album studio sulungnya, Sour dengan kejayaan komersial yang besar. Diterbitkan oleh Dan Nigro, ia menjadi album yang paling banyak distrim pada tahun 2021 dan memenangi tiga Anugerah Grammy, termasuklah Artis Baharu Terbaik. Rodrigo memulakan jelajah konsert Sour Tour, yang terdiri daripada 48 pertunjukan di seluruh Amerika Utara dan Eropah pada musim bunga 2022.[1] Pada Ogos 2021, Rodrigo menjangkakan bahawa rekodnya yang akan datang mungkin "lebih bahagia" daripada penampilan sulungnya.[2] Bercakap kepada Billboard pada Februari 2022, beliau mengesahkan Nigro akan kembali sebagai penerbit dan beliau mempunyai tajuk dan "beberapa lagu" yang sudah tersedia.[3][4] Rodrigo menyasarkan untuk "menyelesaikan sebanyak mungkin" sebelum memulakan Sour Tour.[5] Pada penghujung 2022, semasa mendedahkan kempen di Spotify Wrapped, beliau mengesahkan bahawa muzik baharu sedang diusahakan.[6] Pada 8 Januari 2023, Rodrigo menyiarkan klip yang menampilkan lagu yang didorong oleh piano di laman Instagramnya.[7]

Pada awal Jun 2023, laman web Rodrigo telah dikemas kini dengan kiraan detik yang ditetapkan untuk tamat pada 30 Jun,[8] tarikh yang turut diusiknya pada akhir Mei.[9] Pada 13 Jun, Rodrigo secara rasmi mengumumkan single utama album "Vampire", yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 30 Jun dan mendedahkan kulit singlenya.[10] Pada 20 Jun, beliau mendedahkan satu lagi 'telur Paskah' dengan meninggalkan ucapan mel suara kepada peminatnya, yang ternyata merupakan pratonton pertama "Vampire" dan memainkan instrumental yang didorong oleh piano.[11] Pada 26 Jun 2023, kedai webnya mendedahkan tajuk album rasmi Guts beserta dengan tarikh pelancarannya.[12] Berikutan itu, Rodrigo menyiarkan karya seni itu dan secara rasmi mengumumkan album itu di media sosial.[13]

Penulisan dan perakaman[sunting | sunting sumber]

Dalam suatu kenyataan, Rodrigo berkongsikan bahawa album Guts adalah mengenai "rasa sakit yang meningkat" dan memikirkan identitinya pada ketika ini dalam hidupnya. Beliau menyatakan "Saya rasa seperti saya membesar 10 tahun antara umur 18 dan 20" dan menyifatkannya sebagai bahagian semula jadi "tumbesaran", dan berharap untuk mencerminkannya dengan rakaman ini.[14]

Rodrigo merakamkan Guts semasa mengalami "banyak kekeliruan, kesilapan, kejanggalan & kebimbangan remaja yang baik".[15] Digambarkan olehnya sebagai "kapsul masa", rakaman itu mengandungi balada-balada yang "meronta, sinematik" serta lagu-lagu yang "mencuit dan tidak kisah", menurut majalah Vogue.[16] Rodrigo menahan diri daripada menulis lagu selama enam bulan selepas mengeluarkan album Sour, supaya beliau boleh "menjalani kehidupan untuk dapat menulis mengenainya".[17] Penggarapan pada album itu selesai kira-kira seminggu sebelum "Vampire" dikeluarkan.[18] Dalam satu temu bual bersama Zane Lowe untuk Apple Music, Rodrigo mendedahkan beliau mempunyai tajuk di dalam fikirannya sejak menghasilkan Sour.[19] Ia dipengaruhi oleh "konteks yang menarik" yang beliau sedar orang menggunakannya dalam: "luahkan semuanya, bencikan mereka".[a]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Guts – Edisi standard
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."All-American Bitch" ("Semua Betina Amerika") Nigro2:45
2."Bad Idea Right?" ("Idea Teruk Bukan?")
  • Rodrigo
  • Nigro
Nigro3:04
3."Vampire" ("Puntianak")
  • Rodrigo
  • Nigro
Nigro3:39
4."Lacy"
  • Rodrigo
  • Nigro
Nigro2:57
5."Ballad of a Homeschooled Girl" ("Balada Si Gadis Belajar di Rumah")
  • Rodrigo
  • Nigro
Nigro3:23
6."Making the Bed" ("Mengemas Katil")
  • Rodrigo
  • Nigro
Nigro3:18
7."Logical" ("Logiknya")
  • Nigro
  • Ryan Linvill[a]
3:51
8."Get Him Back!" ("Dapatkannya Kembali")
  • Rodrigo
  • Nigro
3:31
9."Love Is Embarrassing" ("Cinta Itu Memalukan")
  • Rodrigo
  • Nigro
Nigro2:34
10."The Grudge" ("Dendam")
  • Rodrigo
  • Nigro
  • Nigro
  • Linvill[a]
3:09
11."Pretty Isn't Pretty" ("Cantik Bukannya Cantik")
  • Rodrigo
  • Nigro
  • Amy Allen
Nigro3:19
12."Teenage Dream" ("Impian Remaja")
  • Rodrigo
  • Nigro
Nigro3:42
Jumlah masa: 39:12

Catatan[sunting | sunting sumber]

  • ↑[a]  menunjukkan penerbit tambahan
  • ↑[b]  menunjukkan penerbit bersama
  • Kesemua tajuk runut digayakan dalam huruf kecil

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ayat asal di dalam bahasa Inggeris ialah "spill your guts, hate your guts".[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siroky, Mary (13 Jun 2023). "Everything We Know About Olivia Rodrigo's New Album (So Far)". Consequence (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  2. ^ "Living Her Teenage Dream: Olivia Rodrigo Interviewed". Clash (dalam bahasa Inggeris). 11 Ogos 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  3. ^ DeSantis, Rachel (23 Februari 2022). "Olivia Rodrigo Says She Already Has a Title for Her Next Album: 'Excited to Create a New Era'". People (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2023. Dicapai pada 13 Jun 2023.
  4. ^ Unterberger, Andrew (23 Februari 2022). "Woman of the Year Olivia Rodrigo Is Writing New Music (And Reuniting With A Big Collaborator)". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2023. Dicapai pada 15 Jun 2023.
  5. ^ Spanos, Brittany (7 Mac 2022). "Olivia Rodrigo Is Ready to Hit the Road — Finally". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  6. ^ Robinson, Ellie (1 Disember 2022). "Olivia Rodrigo Teases New Music in Spotify Wrapped Message". NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2023. Dicapai pada 13 Jun 2023.
  7. ^ Iasimone, Ashley (8 Januari 2023). "Olivia Rodrigo Teases New Music: 'Working on So Many New Songs'". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  8. ^ Aniftos, Rania (2 Jun 2023). "Olivia Rodrigo Fans React to Cryptic Countdown Clock". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2023. Dicapai pada June 13, 2023.
  9. ^ Maglilola, Anna Sky (6 Jun 2023). "Olivia Rodrigo Sends Fans Wild with a Cryptic Countdown on Her Website". Planet Radio (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  10. ^ Zuvela, Teneal (14 Jun 2023). "Olivia Rodrigo Is Giving Us New Music, Two Years After Sour Changed Culture Forever". Elle (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  11. ^ Denis, Kyle (21 Jun 2023). "Fans Think Olivia Rodrigo Shared a Snippet of New Song 'Vampire': Listen". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  12. ^ Major, Michael (26 Jun 2023). "Olivia Rodrigo to Release Guts Album in September". BroadwayWorld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Jun 2023.
  13. ^ Shafer, Ellise (26 Jun 2023). "Olivia Rodrigo Announces Sophomore Album, Guts, Coming in September". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  14. ^ Minsker, Evan (26 Jun 2023). "Olivia Rodrigo Announces New Album Guts". Pitchfork (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  15. ^ Dailey, Hannah (26 Jun 2023). "Olivia Rodrigo Announces Sophomore Album Guts: Here's When It Arrives". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2023. Dicapai pada 26 Jun 2023.
  16. ^ Kaufman, Gil (6 Julai 2023). "Olivia Rodrigo Says Her Second Album Is 'About Failures and Successes and Making Mistakes'". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2023. Dicapai pada 6 Julai 2023.
  17. ^ Tolentino, Jia (6 Julai 2023). "A New Decade, A New Album, A New Life—Olivia Rodrigo's Next Chapter". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2023. Dicapai pada 6 Julai 2023.
  18. ^ Madarang, Charisma; Spanos, Brittany; Mier, Tomás (30 Jun 2023). "Everything We Know About Olivia Rodrigo's New Album Guts". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2023. Dicapai pada 1 Julai 2023.
  19. ^ Rettig, James (30 Jun 2023). "Olivia Rodrigo Shares New Single 'Vampire': Listen". Stereogum (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
  20. ^ Schube, Will (26 June 2023). "Olivia Rodrigo's Guts: Everything We Know" (dalam bahasa Inggeris). uDiscover Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]