Gwiyomi
"Gwiyomi Song/Kwiyomi Song (귀요미 송)" | |
---|---|
Single oleh Hari | |
Dilancarkan | 18 Februari 2013 |
Format | Muat-turun digital |
Genre | K-Pop, Pop indie |
Panjang | 2:44 |
Syarikat | Dandi Recordz Danal Entertainment Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. |
sunting · sunting di Wikidata |
Lagu Si Comel, atau Lagu Gwiyomi/Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dilancarkan pada 18 Februari 2013. Diilhamkan daripada gerakan seorang ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini yang dipanggil Gwiyomi Player (귀요미 플레이어), menjadi meme Internet pada Oktober 2012 dan muncul julung kali dalam rancangan aneka ragam Korea Selatan MTV Diary di saluran SBS MTV. Gerakan ini juga telah memberi ilham kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka sendiri ke internet.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Meme Internet ini berasal daripada Jung Ilhoon, seorang ahli band lelaki BToB dari Korea Selatan yang mencipta satu siri pergerakan tangan comel atau sekadar 'mengira nombor dengan lagak comel' dipanggil Gwiyomi Player ('Pemain Si Comel' dalam Bahasa Melayu). Ilhoon menunjukkan gerak tangan tersebut dalam rancangan realiti BToB iaitu MTV Diary episod ke-24 yang bersiaran pada 2012.
Gerak isyarat ini menjadi popular selepas Ilhoon muncul di "Weekly Idol", sebuah rancangan aneka ragam Korea Selatan. Rancangan tersebut menampilkan segmen mini digelar "Tempur Lagak Comel" dengan beberapa idola mempersembahkan pelbagai kelainan gerak isyarat Gwiyomi.
Pengistilahan
[sunting | sunting sumber]Menurut The Bangkok Post, "Gwiyomi" atau "Kiyomi" adalah slanga Korea yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang comel.[1] Manakala senikatanya boleh ditafsirkan kepada "1 + 1 = Si comel, 2 + 2 = Si comel", dan seterusnya.[1]
Gwiyomi (귀요미) adalah berdasarkan kata sifat "gwiyeo-eun" (귀여운) yang bermaksud comel. Gwiyeo merangkumi maksud kecomelan, dan "-eun" adalah satu bentuk pentasrifan diubah bagi setiap penggunaan yang diingini, diakhiri dengan kata sifat "-mi" (-미) untuk menjelmakan kata sifat tersebut, lalu berubah menjadi kata nama. Oleh itu, "gwiyomi" bermaksud orang yang comel atau si comel.
Penyebaran
[sunting | sunting sumber]Gelombang Korea, atau Hallyu, merujuk kepada penyebaran budaya popular dan hiburan dari Korea Selatan ke tempat-tempat lain di dunia.
Korea Selatan (2012)
[sunting | sunting sumber]Selepas dipaparkan dalam rancangan Weekly Idol [2], para idola K-pop dari lain-lain band yang terkenal seperti Miss A, Girls' Generation, Infinite dan SISTAR juga mempamerkan isyarat gerak tangan "Gwiyomi Player".[3]
Selepas pelancaran lagu "Gwiyomi Song (귀요미 송)", Jung Ilhoon memuat naik video sadurannya mempersembahkan gerak tangan tersebut sambil menyanyi dengan seni kata versi tersendiri pada saluran Youtube label muziknya, Cube Entertainment.[4]
Ini memberikan ilham kepada ramai gadis remaja Korea Selatan untuk memuat naik Gwiyomi versi mereka sendiri ke internet.[5] Berdasarkan laman web K-pop, Soompi, kebanyakan video ini kemudiannya tersebar menerusi pelbagai laman web Korea Selatan.
Asia Tenggara (Mac 2013)
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan "Gwiyomi Player" diulangcipta oleh gadis-gadis Asia Tenggara, rantau genre muzik K-pop mempunyai peminat yang ramai dan setia terutamanya di Thailand dan Filipina. Beberapa pelakon Thailand termasuk Nuengthida Sophon juga melakukan Gwiyomi versi mereka sendiri. Pada 26 Mac, The Bangkok Post menyifatkan lagu "Gwiyomi" sebagai sensasi web-viral terkini yang menyingkirkan "Gangnam Style" untuk menjadi kegilaan K-pop yang terbaharu.[1]
Awal April 2013, Pusat Maklumat Internet China (portal operasi web di bawah naungan Pejabat Maklumat Majlis Negeri China) melaporkan bahawa ramai pengguna internet China telah memuat naik versi "Gwiyomi" mereka sendiri.[6] Pada 2 April, satu rencana oleh sebuah akhbar serantau telah diulangterbit oleh Agensi Berita Xinhua (agensi berita rasmi China), mengalu-alukan "Gwiyomi" sebagai irama terkini Korea Selatan mengatasi keterkenalan "Gangnam Style".[7]
Fenomena Gwiyomi mula berarah ke beberapa buah negara lain di rantau ini, termasuk Malaysia, Singapura,[8] Hong Kong[9] dan Taiwan.[10]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]• BtoB's Jung Ilhoon performs 'Gwiyomi Player' cut, Jung Ilhoon performs the 'Gwiyomi Player' for the first time in SBS MTV's MTV Diary EP.24
• 일더하기일은귀요미 BTOB's Cutie Player! 귀요미플레이어 (GURUPOP Show), Jung Ilhoon & Yook Sungjae of BtoB perform the original version of 'Gwiyomi Player' on Gurupop
• Ilhoon (정일훈 of BTOB) - 하리 귀요미 송 (남자 버전), Official YouTube music video of Jung Ilhoon from Cube Entertainment's K-pop idol group BtoB performing the 'Gwiyomi Song'
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c "'Kiyomi' grabs cute Thai girls". The Bangkok Post. 2013-03-26. Dicapai pada 2013-04-04. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "[CUT] Weekly Idol - BTOB Ilhoon's aegyo". onkeyish04 in YouTube. Dicapai pada 27 October 2012.
- ^ "What is 'Gwiyomi Player'? It is Quite the Thing in Korea". The Seener. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 6 April 2013.
- ^ "Ilhoon (정일훈 of BTOB) - 하리 귀요미 송 (남자 버전)". theunitedcube in YouTube. Dicapai pada 24 February 2013.
- ^ Adrina (2013-03-28). "South Korean's New Dance Craze 'Gwiyomi Player'". Lipstiq.com. Dicapai pada 2013-04-04.
- ^ "凤凰传奇鸟叔曲婉婷 2012十大洗脑神曲盘点" (dalam bahasa Mandarin). Pusat Maklumat Internet China. Dicapai pada 6 April 2013.
不但成为网络热搜话题,也吸引了大批网友相继模仿
CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "江南style"已落伍 新洗脑神曲"可爱颂"爆红". Xinhua News Agency. Dicapai pada 6 April 2013.
- ^ Soh, Elizabeth. "Are you cute enough for "Gwiyomi"?". Yahoo! Singapore. Dicapai pada 8 April 2013.
The craze has' caught on here in Singapore after sweeping Thailand by storm, with local bloggers making videos of their own versions of the Gwiyomi song.
- ^ "嘟嘴妹《可愛頌》港男熱捧". Hong Kong Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 8 April 2013.
- ^ "超萌《可愛頌》掀瘋潮 露點版巨乳版暴紅" (dalam bahasa Mandarin). Apple Daily (Taiwan). Dicapai pada 8 April 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)