Agensi Berita Xinhua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Xinhua News Agency
新华通讯社
JenisRadio, televisyen dan Internet
Negara
Ditubuhkan1931
KawasanTanah Besar China
PemilikKerajaan China
Laman sesawang
www.news.cn/


Xinhua News Agency

Pintu depan bangunan utama Agensi Berita Xinhua di Beijing
Cina Tradisional: 新華通訊社
Cina Ringkas: 新华通讯社
Maksud harfiah: agensi berita Cina baru
Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional: 新華社
Tulisan Ringkas: 新华社

Agensi Berita Xinhua (Cina ringkas: 新华通讯社Cina tradisional: 新華通訊社pinyin: Xīnhuá tōngxùnshè, bahasa Inggeris: Xinhua News Agency) ialah agensi akhbar rasmi kerajaan Republik Rakyat China (PRC) dan pusat pengumpulan maklumat dan persidangan akhbar terbesar di RRC. Selain Xinhua, ada sebuah lagi agensi berita di RRC, iaitu Perkhidmatan Berita China. Xinhua ialah sebuah institusi Majlis Negara China. Xinhua melapor terus kepada Jabatan Publisiti dan Jabatan Penerangan Awam Parti Komunis China.

Xinhua menggunakan tenaga lebih 10,000 pekerja; menempatkan 107 biro di seluruh dunia untuk mengumpul maklumat dari negara lain sambil menyebarkan maklumat mengenai China; mengendali 31 biro China—satu untuk setiap wilayah tambah sebuah biro ketenteraan. Disebabkan kebanyakan akhbar di China tidak mampu menempatkan koresponden di luar negara ataupun di setiap wilayah di China, mereka bergantung pada suapan Xinhua untuk mengisi halaman. Contohnya, akhbar People's Daily menggunakan bahan sumbangan Xinhua untuk mengisi 25% kandungan beritanya. Xinhua ialah sebuah penerbit dan agensi berita yang memiliki lebih 20 suratkhabar dan 12 majalah yang dicetak dalam lapan bahasa: Cina, Inggeris, Sepanyol, Perancis, Rusia, Portugis, Arab dan Jepun.

Disebabkan penjimatan pembiayaan oleh kerajaan baru-baru ini, agensi ini turut mencari pendapatan dari penglibatan dalam bidang hubungan awam, pembinaan, dan khidmat penerangan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 39°53′55.55″N 116°21′54.83″E / 39.8987639°N 116.3652306°E / 39.8987639; 116.3652306