Muhammad Hafiz Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hafiz Hashim)
Jump to navigation Jump to search
Maklumat peribadi
Tinggi188
Negara Malaysia
Perseorangan Lelaki
Ranking terkini24 (26 Jun 2008)
Profil BWF

Muhammad Hafiz Hashim (lahir 13 September 1982 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) merupakan pemain badminton profesional lelaki dari Malaysia. Beliau berketinggian 188 cm. Beliau mula dikenali ramai setelah berjaya muncul Juara Kejohanan Seluruh England 2003. Beliau antara salah seorang pemain badminton Melayu yang berjaya di samping anak-anak Sidek. Beliau merupakan anak didik kepada pemain badminton antarabangsa Malaysia, Misbun Sidek (jurulatih). Penyertaan antarabangsa pertamanya adalah pada Kejohanan Terbuka Swiss 2002.[1] Beliau merupakan adik kepada Muhammad Roslin Hashim.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2002 - Sukan Komanwel Juara
  • 2003 - Seluruh England Juara
  • 2003 - Terbuka Belanda Naib juara
  • 2005 - Terbuka Thailand Juara
  • 2005 - Terbuka Swiss Juara
  • 2005 - Terbuka Belanda Juara
  • 2005 - Terbuka Jerman Naib juara
  • 2005 - Terbuka Denmark Naib juara
  • 2005 - Piala Sudirman Juara(bahagian 2)
  • 2006 - Terbuka Filipina Juara

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia : Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (2005)[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]