Pergi ke kandungan

Haile Selassie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Haile Selassie I)
Haile Selassie I
Haile Selassie I in c.1971
Maharaja Habsyah
Pemerintahan2 April 1930 – 12 September 1974
Kemahkotaan2 November 1930
Didahului olehZewditu
Diikuti olehAsfaw Wossen (Amha Selassie)
sebagai "Raja Habsyah"
(Tidak mengiktiraf gelaran sedemikian)
Perdana Menteri
Enderase
Pemerintahan27 September 1916 – 2 April 1930
Didahului olehRas Bitwoded Tessema Nadew
(di bawwah Iyasu V)
MonarchZewditu
PemakamanHoly Trinity Cathedral, Addis Ababa, Ethiopia
PasanganMenen Asfaw
AnakandaPuteri Romanework

Puteri Tenagnework
Raja Muda Asfaw Wossen
Puteri Zenebework
Puteri Tsehai
Putera Makonnen

Putera Sahle Selassie
AyahandaRas Makonnen Woldemikael
BondaYeshimebet Ali
AgamaEthiopian Orthodox

Haile Selassie I (Ge'ez: ቀዳማዊ ኃይለ ሥላሴ?, qädamawi haylä səllasé[nb 1]; Sebutan Amhara[ˈhaɪlɜ sɨˈlːase] ( dengar);.[2][3] 23 Julai 1892 – 27 Ogos 1975), lahir sebagai Tafari Makonnen Woldemikael,[4] adalah pemangku raja Habsyah dari 1916 hingga 1930 dan maharaja dari 1930 hingga 1974. Baginda turut menjadi Pengerusi Pertubuhan Perpaduan Afrika dari 25 Mei 1963 hingga 17 Julai 1964 dan 5 November 1966 hingga 11 September 1967. Baginda adalah ahli Wangsa Soloma.

Di Liga Bangsa 1936, baginda mengecam penggunaan senjata kimia oleh Itali terhadap rakyatnya ketika Perang Itali–Habsyah kedua.[5] Pandangan internasionalis beliau membolehkan Habsyah menjadi ahli piagam PBB, malah fahaman politik dan pengalaman baginda dalam memupuk multilateralisme dan keselamatan bersama terbukti besar dan berkekalan pengaruhnya.[6] Namun penindasan oleh beliau terhadap pemberontakan di kalangan bangsawan bertanah (mesafint) yang sering menentang pembaharuan baginda, di samping apa yang dilihat oleh sesetengah pengkritik sebagai kegagalan Habsyah untuk memodenkan diri secepat-cepatnya,[7] menyebabkan baginda dikritik oleh kalangan orang sebaya mahupun ahli sejarah.[8] Ketika pemerintahan beliau, suku Harari dibasmi dari Kawasan Harari.[9][10] Rejimnya turut dikecam oleh pejuang hak asasi manusia seperti Human Rights Watch, sebagai autokratik dan tidak liberal.[11]

Di kalangan gerakan Rastafari yang dianggarkan seramai dua ke empat juta orang pengikutnya, Haile Selassie dihormati sebagai messiah dari kitab yang pulang ke bumi.[12][13] Bermula di Jamaica pada 1930-an, gerakan Rastafari menanggap Haile Selassie sebagai tokoh penyelamat yang akan memimpin zaman keemasan keamanan, keadilan dan kemakmuran abadi.[14] Haile Selassie menganut agama Kristian Ortodoks Habsyah seumur hidup. Baginda merupakan tokoh utama sejarah Habsyah.[15][16]

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Haile Selassie mangkat pada 27 Ogos 1975 pada usia 83 tahun ekoran rampasan kuasa.[17]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Terjemahan: "Kuasa Tritunggal".[1]
  1. ^ Gates, Henry Louis dan Appiah, Anthony, Africana: The Encyclopedia of the African and African American Experience. 1999, p. 902.
  2. ^ "Haile Selassie", Merriam-webster, dicapai pada 24 April 2014.
  3. ^ "Haile Selassie", Dictionary, Reference, dicapai pada 24 April 2014.
  4. ^ Page, Melvin Eugene; Sonnenburg, Penny M. (2003). Colonialism: an international, social, cultural, and political encyclopedia. 1. ABC-CLIO. m/s. 247. ISBN 978-1-57607-335-3.
  5. ^ Safire 1997.
  6. ^ Karsh, Efraim (1988), Neutrality and Small States. Routledge. ISBN 0-41500507-8, p. 112.
  7. ^ Meredith, Martin (2005), The Fate of Africa: From the Hopes of Freedom to the Heart of Despair. Public Affairs. ISBN 1-58648398-6, pp. 212–13.
  8. ^ Rebellion and Famine in the North under Haile Selassie (PDF), Human Rights Watch.
  9. ^ Feener, Michael (2004). Islam in World Cultures: Comparative Perspectives. ABC-CLIO. m/s. 227. Dicapai pada 23 February 2017.
  10. ^ Wehib, Ahmed (October 2015). History of Harar and Harari (PDF). Harari people regional state, culture, heritage and tourism bureau. m/s. 141. Dicapai pada 26 November 2017.
  11. ^ Dimbleby, Jonathan (8 December 1998), "Feeding on Ethiopia's Famine", The Independent, UK.
  12. ^ "Rastafarian", Major religions ranked by size, Adherents, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-22, dicapai pada 2017-12-04.
  13. ^ Barrett, Leonard E. (1988). The Rastafarians. Beacon Press. ISBN 978-0-8070-1039-6.
  14. ^ Sullivan, Michael, C. (2005), In Search of a Perfect World. Author House. ISBN 1-42084161-0, p. 86.
  15. ^ Erlich, Haggai (2002), The Cross and the River: Ethiopia, Egypt, and the Nile. Lynne Rienner Publishers. ISBN 1-55587970-5, p. 192.
  16. ^ Murrell, halaman 148
  17. ^ "Haile Selassie of Ethiopia dies at 83", The New York Times.