Perang Itali-Habsyah Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Itali-Habsyah Kedua
Sebahagian daripada Tempoh antara perang
AO-Etiopia-1936-B-batterie-28-ottobre.jpg
Tentera Itali di Habsyah ketika peperangan
Tanggal 3 Oktober 1935 – Mei 1936
Lokasi Habsyah
Hasil Kemenangan Itali
Perubahan
wilayah
Pengilhakan Habsyah dari Itali dan penubuhan Afrika Timur Itali
Pihak yang terlibat
Kerajaan Itali (1861–1946) Itali Empayar Habsyah Habsyah
Komandan
Kerajaan Itali (1861–1946) Victor Emmanuel III

Kerajaan Itali (1861–1946) Benito Mussolini
Kerajaan Itali (1861–1946) Emilio De Bono
Kerajaan Itali (1861–1946) Pietro Badoglio
Kerajaan Itali (1861–1946) Rodolfo Graziani

Empayar Habsyah Haile Selassie I
Kekuatan
500,000 tentera
595 pesawat
795 kereta kebal
800,000 tentera
Approx. 3 pesawat
3 kereta kebal
Korban
20,000 terbunuh
180,000 sakit dan cedera
775,000 terbunuh dan cedera

Perang Itali-Habsyah Kedua (Bahasa Itali: Guerra d'Etiopia) merupakan sebuah peperangan yang berlaku di antara Kerajaan Itali (Regno d'Italia) dan Empayar Habsyah. Peperangan ini jelas bahawa Itali ingin menawan Habsyah setelah berjaya menakluk Eritrea dan Somalia di benua Afrika.

Dari segi politik, peperangan seperti ini diingati kerana mendedahkan kelemahan yang wujud dari Liga Bangsa seperti Perisitiwa Mukden pada tahun 1931 (Jepun menakluk tiga wilayah China), Krisis Habsyah pada tahun 1935 sering dilihat sebagai demonstrasi yang jelas bahawa Liga Bangsa tidak peduli. Itali dan Habsyah adalah anggota Liga Bangsa tetapi tidak dapat mengawal Itali untuk melindungi Habsyah apabila Itali jelas melanggar undang-undang Liga Bangsa sendiri.

Dengan bermulanya Perang Dunia Kedua, tentera Itali menyerang tentera British pada tahun 1941 dalam beberapa bulan selepas penubuhan Afrika Timur Itali dengan kerjasama Habsyah. Ini menyebabkan kejatuhan pemerintahan Itali di Habsyah kerana British bersekutu dengan Perancis dan Amerika Syarikat. Tentera Bersekutu menyerang Itali menyebabkan Itali berundur dari Afrika dan melindungi negara sendiri. Secara rasmi, keadaan perang secara rasminya berakhir pada 10 Februari 1947 dengan menandatangani Perjanjian Paris antara Itali dan Habsyah yang menyebabkan Itali kehilangan semua jajahan di Afrika. Selain itu, Itali juga kehilangan jajahan Libya di Afrika Utara.