Pergi ke kandungan

Hakimullah Mehsud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hakimullah-Mehsud
(Pashto: حکیم اللہ محسود)
Kelahiran1979
Bannu, North Waziristan, Pakistan
Meninggal duniaRalat: Perlu tarikh lahir yang sah (tarikh kedua): tahun, bulan, hari
Dande Darpa Khel, Waziristan Utara, Pakistan
KesetiaanTehrik-i-Taliban Pakistan
Tahun perkhidmatan2000-an–2013
PertempuranPerang di Pakistan Barat Laut
HubunganQari Hussain (sepupu, meninggal)

Hakimullah Mehsud (Pashto/Urdu:حکیم‌ الله محسود; c. 1979 − 1 November 2013), lahir sebagai Jamshed Mehsud (جمشید محسود) dan juga dikenali sebagai Zulfiqar Mehsud (ذو الفقار محسود), merupakan seorang amir Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP).[1][2][3][4] Beliau adalah timbalan kepada komander Baitullah Mehsud dan salah seorang ketua kumpulan militan Fedayeen al-Islam sebelum kematian Baitullah dalam serangan peluru berpandu dron CIA.[5][6][7] Hakimullah telah menjadi komander TTP di agensi-agensi Khyber, Kurram dan Orakzai di Pakistan.[5] Beliau dikatakan lahir sekitar tahun 1979 sebagai pupu kepada Qari Hussain.[5] Beliau terkenal sebagai seorang komander lapangan yang muda dan langsang, yang sebelum itu berkhidmat sebagai pemandu dan akrab sekali dengan Baitullah Mehsud.[8] Hakimullah Mehsud menjalinkan hubungan dengan al-Qaeda, Taliban Afghan dan pelbagai puak jihad Pakistan seperti Lashkar-e-Taiba, Lashkar-e-Jhangvi, dan Jaish-e-Mohammed.[9] Beliau pada mulanya dikhabarkan terbunuh pada 14 Januari 2010 oleh serangan dron AS[10] tetapi dua buah rakaman video yang dikeluarkan oleh TTP pada tahun 2010 dan 2011 membuktikan bahawa dia terselamat daripada serangan itu.[11][12] Mehsud pernah dilaporkan oleh perisik Pakistan sebagai terbunuh oleh serangan dron AS pada 12 Januari 2012.[13] Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Taliban Pakistan pada mulanya.[14] Akhirnya telah disahkan oleh kumpulan tersebut bahawa Mehsud terbunuh dalam serangan dron pada 1 November 2013.[15][16]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "dawn20100114"
  2. "Profile: Hakimullah Mehsud". BBC News. 25 August 2009. Dicapai pada 5 January 2010.
  3. Kahn, Ismail and Polgreen, Linda (22 August 2009). "New leader of Pakistan's Taliban is named, though officials believe he is dead". The New York Times. Dicapai pada 22 August 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. Alex Rodriguez and Zulfiqar Ali (22 August 2009). "Pakistani Taliban names new leader". Los Angeles Times. Dicapai pada 22 August 2009.
  5. 1 2 3 "Hakimullah Mehsud unveils himself to media". All Voices. 29 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 9 December 2012.
  6. "Pakistan's extremists: The slide downhill". The Economist. 8 April 2009. Dicapai pada 28 May 2009.
  7. "Baitullah's likely successor Hakimullah dies in Taliban infighting". The Times of India. 9 Ogos 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-09. Dicapai pada 2013-11-04.
  8. "Pakistani Taliban Choose New Chief". The New York Times. Associated Press. 22 August 2009. Dicapai pada 22 August 2009.
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "roggio20100507"
  10. "Sources: Pakistani Taliban leader is dead". CNN. 9 February 2010. Dicapai pada 9 February 2010.
  11. Gall, Carlotta (3 April 2010). "Video Shows U.S. Attack Did Not Kill Top Militant". The New York Times. Dicapai pada 3 April 2010.
  12. "Taliban release video of killing of Col Imam". LiveLeak.com. Dicapai pada 17 January 2012.
  13. "Hakimullah Mehsud reportedly killed in drone strike". Dawn. Pakistan. 14 January 2012. Dicapai pada 15 January 2012.
  14. "Pakistani Taliban Deny Death of Leader". The Wall Street Journal. 16 January 2012. Dicapai pada 16 January 2012.
  15. "Drone strike in Pakistan kills head of Pakistan Taliban". Fox News Channel. Dicapai pada 1 November 2013.
  16. "Pakistan Taliban say chief Mehsud killed in drone strike". BBC. Dicapai pada 1 November 2013.