Al Qaeda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Al-Qaeda)
al-Qaeda
القاعدة
Terlibat dalam Perang global atas keganasan, Perang Afghanistan, Perang Iraq, Kebangkitan dunia Arab
Aktif 1988–sekarang
Ideologi Islamisme Sunah[1][2]
Fundamentalisme Islam[3]
Takfiri[4]
Pan-Islamisme
Khilafah di Seluruh Dunia[5][6][7][8][9]
Qutbisme
Wahabi[10]
Jihad Salafi[11][12]
Anti-Barat
Pemimpin Osama bin Laden (1988–2011)
Ayman al-Zawahiri (2011–sekarang)
Kawasan 
operasi
Di seluruh dunia (kebanyakannya di Timur Tengah)
Kekuatan Afghanistan – 50–100[13]
Iraq - 2,500[14]
In the Maghreb – 300–800[perlu rujukan]
Asia Selatan – 300[15][16]
Syria  – 7,000 - 20,000[17][18]
Yemen – 500–600[19]
Sekutu
Lawan  Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Israel
 Pakistan
NATO Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa
Arab Saudi Arab Saudi
 Iraq
 Syria
 Iran
 Afghanistan
 Turki
 Yaman
 Mesir
 Algeria
Hizbullah[22]
frames
frames
Osama bin Laden, pengasas utama Al Qaeda.

Al-Qaeda (Arab: القاعدة, ditransliterasikan sebagai al-Qā'idah; "asas", atau "bank data") ialah sebuah organisasi ekstrem ketenteraan Islam Sunni, yang terdiri daripada sel-sel berasingan di beberapa negara. Dikenali sebagai organisasi terrorisme pengganas, ia didirikan pada tahun 1988 oleh Osama bin Laden, Abdullah Azzam dan lain.

Al-Qaeda telah melakukan serangan pengganas berleluasa di banyak negara, termasuk pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998, serangan 11 September 2001, dan pengeboman Bali 2002.

Negara-negara yang menyenaraikan kumpulan ini sebagai sebuah pertubuhan pengganas termasuk Amerika Syarikat, [23] United Kingdom, [24] Kanada, [25] dan Australia[26] dan Malaysia [27]. Walaupun Al Qaeda mempunyai falsafah yang berlainan dalam konteks Sunni, ahli-ahli yang paling terkenal dalam kumpulan ini dipercayai memegang kepercayaan Salafiyah.

Asal-asul kumpulan ini (kemudian digelarkan 'al-Qaeda' oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) dapat dikesani sehingga beberapa minggu selepas Serangan Afghanistan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1979, ketika satu kader pejuang Muslim Arab yang bukan orang Afghanistan menyertai mujahidin-mujahidin gerakan penentangan Afghanistan (satu peperangan terhadap angkatan pendudukan Kesatuan Soviet dan kerajaan Afghanistan yang disokong oleh Kesatuan Soviet) yang dibiayai terutamanya oleh Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Pakistan.

Osama bin Laden, seorang ahli daripada keluarga usahawan Arab Saudi yang terkenal, mengetuai sekumpulan pertubuhan tak rasmi yang berusaha untuk menubuhkan tabung serta menjadi agensi pengambilan di negara-negara Islam untuk membantu Afghanistan; kumpulan ini menyalurkan pejuang-pejuang Islam untuk pertempuran di Afghanistan, mengedarkan wang, dan membekalkan kemahiran dan sumber logistik untuk kedua-dua angkatan yang bertempur serta pelarian Afghanistan.

Al Qaeda tiba-tiba menjadi ternama selepas serangan 11 September 2001 terhadap bangunan WTC dan Pentagon. CIA menuduh kumpulan Al Qaeda sebagai pertubuhan yang meletupkan kedua-dua bangunan itu. Sebenarnya, Al Qaeda adalah nama fail bagi senarai nama ahli kumpulan Mujahidin yang berjihad menentang penjajahan Rusia di Afghanistan. Osama bin Laden adalah anak didik CIA bagi menentang pencerobohan Rusia di Afghanistan. Tetapi kini, Osama bin Laden pula benci akan Amerika Syarikat, dan senjata hendak makan tuannya. Bagaimanapun, tanpa keupayaan makan tuan, mereka kini cuba makan anak-anak tuan yang tidak berupaya melindungi terdiri dan oleh itu, lebih senang dimakan. Adakah pembunuhan-pembunuhan ini merupakan jihad, cuma Allah dapat memutuskan.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Burke, Jason (2004). Al-Qaeda: Casting a Shadow of Terror. I. B. Tauris. ISBN 1-85043-396-8.
  • Corbin, Jane (2003). Al-Qaeda: In Search of the Terror Network that Threatens the World. Nation Books. ISBN 1-56025-523-4.
  • Kepel, Gilles (2004). Jihad. The Trail of Political Islam. I. B. Tauris. ISBN 1-85043-722-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Damien Cave (December 17, 2006). "For Congress: Telling Sunni From Shiite". New York Times. Dicapai pada January 31, 2014.
  2. ^ Bernard Haykel (July 26, 2006). "The Enemy of My Enemy Is Still My Enemy". New York Times. Dicapai pada January 31, 2014.
  3. ^ Atwan 2006, halaman 40
  4. ^ Blanchard, Christopher M. Islam: Sunnis and Shiites (International Terrorism). Congressional Research Service. Retrieved August 4, 2013
  5. ^ "The Future of Terrorism: What al-Qaida Really Wants – SPIEGEL ONLINE – News – International". Der Spiegel. September 11, 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-07. Dicapai pada October 18, 2011.
  6. ^ "Al-Qaeda seeks global dominance". The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-12. Dicapai pada 2014-06-30. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Jihadists Want Global Caliphate". ThePolitic.com. July 27, 2005. Dicapai pada October 18, 2011.
  8. ^ Pike, John. "Al-Qaida". Globalsecurity.org. Dicapai pada October 18, 2011.
  9. ^ Burke, Jason (March 21, 2004). "What exactly does al-Qaeda want?". The Guardian. London.
  10. ^ Saudi Arabia, Wahhabism and the Spread of Sunni Theofascism Diarkibkan 2016-05-03 di Wayback Machine retrieved June 3, 2012
  11. ^ Moghadam, Assaf (2008). The Globalization of Martyrdom: Al Qaeda, Salafi Jihad, and the Diffusion of Suicide Attacks. Johns Hopkins University. m/s. 48. ISBN 978-0-8018-9055-0.
  12. ^ Livesey, Bruce (January 25, 2005). "Special Reports – The Salafist Movement: Al Qaeda's New Front". PBS Frontline. WGBH educational foundation. Dicapai pada October 18, 2011.
  13. ^ Roggio, Bill. "How many al Qaeda operatives are now left in Afghanistan?". Threat Matrix. Retrieved August 4, 2013
  14. ^ http://www.usatoday.com/story/news/world/2012/10/09/al-qaeda-iraq/1623297/
  15. ^ Sanger, David E.; Mazzetti, Mark (June 30, 2010). "New Estimate of Strength of Al Qaeda Is Offered". The New York Times.
  16. ^ "Al Qaeda finds base in India, Modi is on its radar". The Sunday Guardian. 29 March 2014. Dicapai pada 5 June 2014.
  17. ^ "Factbox: Syria's rebel groups". 2014-01-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-19. Dicapai pada 2014-05-12.
  18. ^ "al-Qaeda leader in Syria speaks to al-Jazeera". al-Jazeera. Dicapai pada 4 May 2014.
  19. ^ Boniface, Pascal. (September 6, 2010).Al-Qaïda : de l’Afghanistan au Yémen ?. Le nouvel Observateur. Retrieved August 4, 2013
  20. ^ Khalaf, Rhoula. "How Qatar seized control of the Syrian revolution". FT Magazine. Dicapai pada February 5, 2014.
  21. ^ Thompson, Mark. "Africa - Is Qatar fuelling the crisis in north Mali?". France 24. Dicapai pada 29 April 2014.
  22. ^ Mortada, Radwan (19 May 2014). "Hezbollah fighters and the "jihadis:" Mad, drugged, homicidal, and hungry". al-Akhbar English. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-07. Dicapai pada 9 June 2014.
  23. ^ United States Department of State. "Foreign Terrorist Organizations (FTOs)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-24. Dicapai pada 2006-07-03. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  24. ^ United Kingdom Home Office. "Proscribed terrorist groups". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-09. Dicapai pada 2006-07-03.
  25. ^ Public Safety and Emergency Preparedness Canada. "Entities list". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-19. Dicapai pada 2006-07-03.
  26. ^ Australian Government. "Listing of Terrorist Organisations". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-04. Dicapai pada 2006-07-03.
  27. ^ SANCTION LIST MADE BY THE MINISTRY OF HOME AFFAIRS [1]