Taliban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bendera Taliban
Taliban
طالبان (Pashto)
Pihak bersengketa dalam
Flag of Taliban.svg|border
Bendera Taliban
Aktif
Ideologi * Fundamentalisme Islam[1][2][3][4][5][6]
Puak/kaum Utamanya Pashtun;[14][15] beberapa dari Tajik di utara Afghanistan[16]
Pemimpin
Ibu pejabat Kandahar, Afghanistan (1994–2001)
Kawasan of
operasi
Taliban insurgency in Afghanistan (2015–present).svg
  Di bawah kawalan Pergerakan Afghan, NATO, dan Sekutu
  Under control of the Taliban, Al-Qaeda, and Allies
  Under control of the Islamic State (ISIL) and Allies
Sekutu Negara bersekutu

Sekutu bukan negara

Opponents State opponents Non-state opponents
Perang/pertempuran * Afghan Civil War (1992–1996)

Taliban (Bahasa Pashto: طالبان‎, translit. ṭālibān, lit. 'siswa') atau 'pencari'[45]), yang merujuk kepada diri mereka sebagai Emiriah Afghanistan (IEA),[46] ialah sebuah organisasi ketenteraan gerakan Islam Deobandi di Afghanistan, yang kini berperang (pemberontakan, atau jihad) di dalam negara Afghanistan.[47][48][49] Sejak 2016, pemimpin Taliban adalah Mawlawi Hibatullah Akhundzada.[50][51][52]

Taliban dikenali sebagai organisasi ketenteraan terrorisme pengganas Afghanistan. Taliban pernah memerintah sebahagian besar Afghanistan dari 1996 sehingga 2001, pentadbiran mereka telah dikutuk di peringkat antarabangsa atas perlakuan kejam terhadap rakyat Afghanistan, terutama wanita.

Perkembangan awal[sunting | sunting sumber]

Selepas kejatuhan Republik Afghanistan Demokratik yang disokong oleh Russia pada tahun 1992, Afghanistan terjerumus dalam keadaan huru-hara perperangan antara ketua perang mujahideen yang bersaing. Taliban muncul sebagai kuasa yang mampu membawa kestabilan dalam kekosongan kuasa ini. Ia membawa kebaikan ekonomi dengan menghapuskan pelbagai bayaran yang diperlukan oleh pelbagai ketua perang; ia membawa kebaikan politik dengan mengurangkan pertempuran antara puak (sungguhpun pihak Taliban bertempur sengit dengan musuhnya, kuasa menyeluruhnya mengurangkan jumlah pecahan puak yang bertelagah); dan ia membawa kebaikan sosial dengan mengenakan kestabilan yang dialu-alukan kepada masyarakat yang kacau bilau. Pihak Taliban mendapat sokongan meluas dari puak Pashtun Afganistan dan dari beberapa negara jiran semasa perkembangan awalnya. Sungguhpun Taliban yang semakin radikal akan menjauhi kebanyakan mereka kemudiannya, masyarakat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, turut menganggap kemunculan Taliban sebagai perkembangan positif semasa awal kemunculannya.

Legenda Taliban menyatakan bahawa pada musim bunga 1994, apabila mendengar dua orang gadis diculik dan dirogol di pusat pemeriksaan mujahidin di perkampungan Sang Hesar berhampiran Kandahar, mullah tempatan, Mohammed Omar, seorang veteran Harakat-i Inqilab-i Islami pasukan mujahideen, mengumpul tiga puluh taliban lain membentuk pasukan pejuang, menyelamatkan gadis tersebut dan menggantung komander mujahideen yang bertanggung jawab. Selapas kejadian ini, menurut lagenda Taliban, perkhidmatan pejuang keugamaan yang alim ini amat dialu-alukan oleh penduduk kampung yang diganggu oleh mujahideen liar ini, dan dengan itu terbentuklah Taliban.

Berikutan selepas kejadian ini, Omar lari ke Balochistan wilayah Pakistan, dari mana beliau muncul pada musim luruh, dilaporkan dengan 1,500 taliban pasukan bersenjata lengkap dan dibiayai dengan baik, yang akan menyediakan perlindungan untuk satu konvoi perdagangan Pakistan yang membawa barang-barang melalui darat ke Turkmenistan. Bagaimanapun, banyak laporan mencadangkan bahawa konvoi itu sebenarnya dipenuhi pejuang-pejuang Pakistan yang berlakun sebagai taliban, dan yang Taliban telah memperolehi banyak senjata, latihan ketenteraan, dan bantuan ekonomi daripada Pakistan.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Di bahasa yang dipertutur di Afghanistan dan Pakistan, Taliban (juga Taleban) bererti mereka yang mengkaji kitab (bererti al-Qur'an). Ia berasal daripada perkataan Bahasa Arab untuk pencari atau pelajar, talib. Taliban tergolong kedalam pergerakan Deobandi, satu pergerakan Sunni Islam yang menekankan keimanan dan penjimatan dan kewajipan kekeluargaan bagi lelaki. Mereka terbentuk daripada etnik Pashtun di kawasan Afghanistan.

Kehidupan di bawah Taliban[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kehidupan di bawah pemerintahan Taliban

Apabila berkuasa, Taliban melaksanakan undang-undang Islam. Taliban pernah memulakan rombakan kerajaan, pengganti yang mereka lantik mempunyai banyak pengalaman memerintah. Ramai yang mempunyai latihan ulamak, sarjana terpelajar mengenai Undang-undang Islam.

Banyak kumpulan-kumpulan Anti-Islam takut dengan kebangkitan Islam sekali lagi, kerana Afganistan satu-satunya negara yang melaksanakan Undang-undang Islam yang lengkap. Hasilnya, kumpulan ini memulakan kempen propaganda selepas 2000, kebanyakan dalam bentuk yang digelar penderaan wanita, dadah dan sebagainya.

Taliban melarang pengusahaan candu popi di 2000, disebabkan oleh sebab-sebab keagamaan. Pengeluaran jatuh dari 4000 tan pada tahun 2000 (kira-kira 70% bekalan dunia) kepada 82 tan dalam tahun 2001, kebanyakan yang mana adalah dituai dalam bahagian Afghanistan yang diawasi oleh Perikatan Utara.

Ini adalah apa yang dikatakan oleh menteri agama, Al-Haj Maulwi Qalamuddin, kepada New York Times: "Untuk sebuah negara yang terbakar, dunia ingin memberi mancis. Mengapa terdapat kerisauan mengenai wanita? Roti terlalu mahal. Tiada kerja yang ada. Budak-budak lelaki juga tidak pergi ke sekolah. Namun apa yang saya dengar adalah mengenai wanita. Di mana dunia apabila lelaki di sini ialah mencemar maruah mana-mana wanita mereka mahu?"

Ini apa yang taliban katakan mengenai Pendidikan: "Bertentangan dengan lapuran mengenai pendidikan wanita dalam akhbar, angka-angka yang di dapati dari sektor pendidikan di Afghanistan, mendedahkan bahawa pendidikan wanita di pedalaman Afghanistan meningkat. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh ahli Jawatankuasa Sweden bagi Afghanistan (Swedish Committee of Afghanistan) (SCA), hampir 80 peratus bagi sekolah wanita terletak di kawasan luar bandar di bawah pentadbiran Negara Islam Afghanistan beroperasi sepenuhnya. Ms. Pia Karlsson, penasihat pendidikan di Unit Sokongan Latihan Teknikal (Education Technical Support Unit) (ETSU) bagi SCA , berkata dalam satu temubual yang akhir-akhir ini diterbit oleh Frontier Post, akhbar harian Bahasa Inggeris yang berpangkalan di Peshawar bahawa hanya di dalam wilayah Ghazni, di mana Negara Islam di bawah kepimpinan TIMA berkuasa untuk dua tahun terakhirnya, kira-kira 85 peratus wanita masih di sekolah. Ms. Karlsson kata, "gambaran di luar bandar berbeza sepenuhnya."

Patung Buddha di Bamiyan[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2001, pihak Taliban mengarahkan pemusnahan dua patung Buddha yang dipahat pada permukaan tebing di Bamiyan, satu setinggi 38 meter dan berusia 1,800 tahun, yang satu lagi setinggi 53 meter dan berusia 1,500 tahun. Tindakan ini dikutuk oleh UNESCO dan kebanyakan negara sekeliling dunia. Taliban bagaimanapun membalas dengan mengatakan ada pihak luar yang menawarkan duit untuk memperbaiki kepala patung rosak, sedangkan kanak-kanak di Afhanistan ketika itu sedang kebuluran. Apabila Taliban meminta duit tersebut disalurkan kepada kanak-kanak, mereka menolaknya. Maka patung tersebut dimusnahkan.[53]

Hubungan dengan Osama bin Laden[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, Osama bin Laden dari Arab Saudi berpindak ke Afghanistan di atas jemputan pemimpin Pakatan Utara (Northern Alliance) Abdur Rabb ur Rasool Sayyaf. Apabila Taliban berkuasa, dia berjaya membina pakatan antara Taliban dan organisasi Al-Qaedanya. Ini mendorong kepada khabar angin dalam Media Barat bahawa dia mempunyai pengaruh kuat dikalangan pemimpin Taliban.

Pencerobohan A.S.[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September, 2001, atas desakan antarabangsa selepas serangan 9/11, Amiriah Arab Bersatu dan diikuti Arab Saudi menarik pengikhtirafan Taliban sebagai sebuah kerajaan sah Afghanistan, menyebabkan hanya Pakistan satu-satunya negara yang mengikhtiraf kerajaan Taliban, ketika Amerika Syarikat mempersalahkan Taliban atas serangan terhadap negara itu.

Amerika Syarikat dengan bantuan United Kingdom dan didorong oleh beberapa kerajaan pro Amerika yang lain, memulakan tindakan ketenteraan terhadap pihak Taliban pada Oktober 2001. Matlamat yang dinyatakan adalah untuk menjatuhkan pihak Taliban daripada berkuasa kerana keengganan Taliban untuk menyerahkan Osama bin Laden di atas pembabitannya dengan serangan 11 September, dan sebagai tindakan balas keatas bantuan Taliban kepada nya.

Tetapi sebenarnya apa yang berlaku adalah pihak Taliban sebenarnya telah menuntut pihak Amerika agar menyerahkan bukti sebelum mereka menyerahkan Osama bin Laden, tetapi tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat. Sebahagian besar serangan darat dilakukan oleh Perikatan Utara, baki unsur dari pasukan anti Taliban yang telah ditumpaskan oleh Taliban beberapa tahun sebelumnya.

Mazar-i-Sharif jatuh ke tangan pasukan US-Pakatan Utara pada 9 November, mendorong kepada wilayah-wilayah ditawan dengan tentengan minima, dan banyak pasukan tempatan bertukar pihak daripada Taliban kepada Perikatan Utara. Pada malam 12 November, pihak Taliban berundur ke selatan dengan cara teratur dari Kabul. Pada 15 November, mereka melepaskan 8 orang pekerja bantuan barat selepas 3 bulan dalam tahanan.

Majlis Keselamatan PBB, pada 16 Januari 2002, bersetuju sepenuh suara mengadakan sekatan senjata dan pembekuan harta-harta yang dapat dikenal pasti kepunyaan Osama bin Laden, Al-Qaida, dan baki Taliban.

Pihak Taliban kemudiannya berundur dari Kandahar, dan berkumpul semula di sempadan wilayah antara Afghanistan dan Pakistan. Kebanyakan pejuang Taliban sebelum pencerobohan adalah rekrut baru, sekali lagi diambil daripada madrasah di Pakistan.

Pada 6 Disember 2003, Taliban telah menculik dua pekerja India di selatan Afghanistan. Pada 20 Disember 2003, Taliban menawarkan pembebasan mereka untuk pertukaran dengan 50 militan. Kemudian pada 24 Disember, pihak Taliban telah melepaskan mereka tanpa syarat.

Pada September 2006, Amiriah Islam Waziristan, satu sekutuan ketua suku kaum Waziristan yang mempunyai hubungan rapat dengan Taliban, diakui oleh kerajaan Pakistan sebagai angkatan keselamatan de facto yang berkuasa di utara dan selatan Waziristan. Pengiktirafan ini merupakan sebahagian pesetujuan untuk mengakhiri Perang Waziristan yang telah mengorbankan ramai anggota Tentera Darat Pakistan sejak awal 2004.

Pada 30 Jun 2009, Taliban menarik diri dari perjanjian damai dengan Pakistan untuk membantah serangan udara oleh dron Amerika Syarikat yang masih berterusan.[54] Tidak lama selepas pengumuman itu, kira-kira 150 militan menyerang konvoi tentera Pakistan berhampiran Miramshah, membunuh kira-kira 30 orang askar.[54]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Whine, Michael (1 September 2001). "Islamism and Totalitarianism: Similarities and Differences". Totalitarian Movements and Political Religions. 2 (2): 54–72. doi:10.1080/714005450. S2CID 146940668.
  2. ^ Deobandi Islam: The Religion of the Taliban U. S. Navy Chaplain Corps, 15 October 2001
  3. ^ a b Maley, William (2001). Fundamentalism Reborn? Afghanistan and the Taliban. C Hurst & Co. m/s. 14. ISBN 978-1-85065-360-8.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Stanford tidak disediakan
  5. ^ Ogata, Sadako N. (2005). The Turbulent Decade: Confronting the Refugee Crises of the 1990s. W. W. Norton & Company. m/s. 286. ISBN 978-0-393-05773-7.
  6. ^ McNamara, Melissa (31 August 2006). "The Taliban In Afghanistan". CBS. Dicapai pada 5 June 2016.
  7. ^ a b "Did you know that there are two different Taliban groups?". www.digitaljournal.com. 1 April 2013.
  8. ^ Deobandi Islam: The Religion of the Taliban U. S. Navy Chaplain Corps, 15 October 2001
  9. ^ "Taliban - Oxford Islamic Studies Online". www.oxfordislamicstudies.com.
  10. ^ "Afghan Taliban". National Counterterrorism Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2015. Dicapai pada 7 April 2015.
  11. ^ Rashid, Taliban (2000)
  12. ^ "Why are Customary Pashtun Laws and Ethics Causes for Concern? | Center for Strategic and International Studies". Csis.org. 19 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2010. Dicapai pada 18 August 2014.
  13. ^ "Understanding taliban through the prism of Pashtunwali code". CF2R. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2014. Dicapai pada 18 August 2014.
  14. ^ Giustozzi, Antonio (2009). Decoding the new Taliban: insights from the Afghan field. Columbia University Press. m/s. 249. ISBN 978-0-231-70112-9.
  15. ^ Clements, Frank A. (2003). Conflict in Afghanistan: An Encyclopedia (Roots of Modern Conflict). ABC-CLIO. m/s. 219. ISBN 978-1-85109-402-8.
  16. ^ "The Non-Pashtun Taleban of the North: A case study from Badakhshan – Afghanistan Analysts Network". www.Afghanistan-Analysts.org. 3 January 2017. Dicapai pada 21 January 2018.
  17. ^ "The Taliban – Mapping Militant Organizations". web.stanford.edu. Dicapai pada 20 February 2019.
  18. ^ "Taliban Leader Feared Pakistan Before He Was Killed". New York Times. 9 August 2017.
  19. ^ "Qatar's Dirty Hands". National Review. 3 August 2017.
  20. ^ "Saudi has evidence Qatar supports Taliban: Envoy". Pajhwok Afghan News. 7 August 2017.
  21. ^ a b "Why did Saudi Arabia and Qatar, allies of the US, continue to fund the Taliban after the 2001 war?". scroll.in. Dicapai pada 19 April 2018.
  22. ^ "Iranian Support for Taliban Alarms Afghan Officials". Middle East Institute. 9 January 2017. Both Tehran and the Taliban denied cooperation during the first decade after the US intervention, but the unholy alliance is no longer a secret and the two sides now unapologetically admit and publicize it.
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mansouriran tidak disediakan
  24. ^ "Iran Backs Taliban With Cash and Arms". The Wall Street Journal. 11 June 2015. Dicapai pada 13 June 2015.
  25. ^ Small, Andrew (23 August 2015). "China's Man in the Taliban". Foreign Policy Argument. Dicapai pada 26 July 2019.
  26. ^ Danahar, Paul (3 September 2007). "Taleban 'getting Chinese arms'". BBC. Dicapai pada 26 July 2019.
  27. ^ "Is Russia arming the Afghan Taliban?". BBC News. April 2018.
  28. ^ Diplomat, Samuel Ramani, The. "What's Behind Saudi Arabia's Turn Away From the Taliban?". The Diplomat.
  29. ^ Shehzad, Mohammad (10 March 2006). "Why is the Pakistan army scared of this man?". in.rediff.com. rediff. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2007. Dicapai pada 14 December 2020. Baitullah was appointed as Mullah Omar's governor of the Mehsud tribe in a special ceremony attended by five leading Taliban commanders
  30. ^ Gall, Carlotta (26 March 2009). "Pakistan and Afghan Taliban Close Ranks". The New York Times. Islamabad, Pakistan. Dicapai pada 14 December 2020. The Afghan Taliban delegation urged the Pakistani Taliban leaders to settle their internal differences, scale down their activities in Pakistan and help counter the planned increase of American forces in Afghanistan, the fighters said.
  31. ^ Zahid, Farhan (15 April 2019). "Profile of New TTP Chief Mufti Noor Wali Mehsud: Challenges and Implications" (PDF). pakpips.com. Islamabad, Pakistan: Pak Institute for Peace Studies. m/s. 4. Dicapai pada 14 December 2020. According to Mehsud, the real jihad is against US forces in occupied Afghanistan to restore the Islamic Emirate while using tribal areas of Pakistan as base of operations and safe haven for both Taliban and Al-Qaeda. He further explains the goals and aims of the jihadi movement as: maintaining the independent status for Mehsud tribe, defeating the US in Afghanistan, establishing caliphate in Afghanistan
  32. ^ "Afghan militant fighters 'may join Islamic State'". BBC News. 2 September 2014. Dicapai pada 3 March 2017.
  33. ^ "Afghanistan: Ghani, Hekmatyar sign peace deal". Al Jazeera. 29 September 2016.
  34. ^ "Why Central Asian states want peace with the Taliban". DW News. 27 March 2018. "Taliban have assured Russia and Central Asian countries that it would not allow any group, including the IMU, to use Afghan soil against any foreign state," Muzhdah said.
  35. ^ Roggio, Bill; Weiss, Caleb (14 June 2016). "Islamic Movement of Uzbekistan faction emerges after group's collapse". Long War Journal. Dicapai pada 6 August 2017.
  36. ^ "Rare look at Afghan National Army's Taliban fight". BBC News. Dicapai pada 18 August 2014.
  37. ^ "Taliban attack NATO base in Afghanistan – Central & South Asia". Al Jazeera English. Dicapai pada 18 August 2014.
  38. ^ "ISIS reportedly moves into Afghanistan, is even fighting Taliban". 12 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2015. Dicapai pada 27 March 2015.
  39. ^ "ISIS, Taliban announced Jihad against each other". Khaama Press. 20 April 2015. Dicapai pada 23 April 2015.
  40. ^ "Taliban leader: allegiance to ISIS 'haram'". Rudaw. 13 April 2015. Dicapai pada 23 April 2015.
  41. ^ "Taliban say gap narrowing in talks with US over Afghanistan troop withdrawal". Military Times. 5 May 2019.
  42. ^ a b "Afghanistan's warlord vice-president spoiling for a fight with the Taliban". The Guardian. 4 August 2015.
  43. ^ Ibrahimi, Niamatullah. 2009. "Divide and Rule: State Penetration in Hazarajat (Afghanistan) from Monarchy to the Taliban", Crisis States Working Papers (Series 2) 42, London: Crisis States Research Centre, LSE
  44. ^ Jonson, Lena (25 August 2006). Tajikistan in the New Central Asia. ISBN 9781845112936. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2016. Dicapai pada 17 December 2014.
  45. ^ "Definition of TALIBAN". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-08.
  46. ^ Post, The Jakarta. "US welcomes Qatar decision on Taliban name change". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 February 2017.
  47. ^ "Deobandi Islam: The Religion of the Taliban" (PDF). Globalsecurity.org.
  48. ^ Rubin, Barnett. article. published by the Center on International Cooperation 2 November 2015 (originally published within Al Jazeera). Dicapai pada 11 November 2015.("...The Taliban ... have repeatedly said that their jihad is limited to their own country...")
  49. ^ J. Eggers – [1] published by RAND Corporation [Retrieved 11 November 2015]
  50. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Akhundzada tidak disediakan
  51. ^ "U.S., Gulf States Blacklist Afghan Taliban, Iranian Officers For Terrorist Financing". RadioFreeEurope/RadioLiberty.
  52. ^ "Quetta: Symbol of Pakistan's war on militants or Taliban haven?". The National. 2 April 2017.
  53. ^ Afghani Ambassador Speaks At USC Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine Islam Online
  54. ^ a b Salman Masood (30 Jun 2009). "Pakistan Militant Group Scraps Truce". New York Times. Dicapai pada 30 Jun 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Reaping the Whirlwind: Afghanistan, Al Q'aida and the Holy War, Michael Griffin, 2003: Pluto Press, London. ISBN 0-7453-1916-5