Han Solo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Han Solo ialah seorang watak protagonis dalam francais Star Wars. Dalam trilogi filem asal, Han dan pembantu juruterbangnya, Chewbacca, terlibat dalam perjuangan menentang rejim Empayar yang kejam. Dalam perjalanan naratif Star Wars, beliau menjadi tokoh utama (berpangkat Jeneral) dalam Pakatan Pemberontak yang menentang rejim Empayar. Pencipta Star Wars, George Lucas menggambarkan watak Han Solo sebagai "seorang yang suka menyendiri pada mulanya tetapi kemudian menyedari betapa pentingnya menjadi sebahagian daripada kumpulan tertentu dan membantu demi kebaikan bersama". Pelakon, Harrison Ford memegang watak Han Solo dalam filem trilogi Star Wars asal serta The Force Awakens. Pelakon, Alden Ehrenreich pula memegang watak tersebut (Han Solo sewaktu muda/remaja) dalam filem, Solo: The Star Wars Story.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]