Perbincangan:Han Solo

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penghapusan dilawan[sunting sumber]

Laman ini tidak patut dihapuskan dengan segera kerana asas tentang watak Han Solo telah ada di situ, cuma perlu di perincikan lagi. Para pengguna Wikipedia Bahasa Melayu di alu-alukan untuk membuat suntingan bagi memperkemas, memperluas & memperdalamkan lagi isi kandungannya. Terima kasih. —Komen tanpa tandatangan ini ditambah oleh 115.164.60.201 (bual)

Penghapusan dilawan[sunting sumber]

Assalammualaikum/Salam Sejahtera, Kepada Tuan/Puan Penyelia Dan Para Pengguna Aktif Wikipedia Bahasa Melayu, Pada pandangan saya wiki Bahasa Melayu Han Solo ini tidak perlu dihapuskan tetapi perlu di olah semula seperti di wiki Bahasa Inggeris, yang kelihatan lebih profesional & tersusun lengkap. Kepada para pengguna wiki Bahasa Melayu yang mempunyai kelapangan masa serta kepakaran, silalah memperhalusi lagi wiki Bahasa Melayu Han Solo ini. Ya! saya faham, tuan/puan semua mungkin tidak mempunyai masa yang terluang, tetapi SEKIRANYA ada kelapangan, tolonglah tengok-tengokkan apa yang patut diperbetulkan & diperkemaskan lagi. Apapun, sekiranya kita bercakap mengenai Star Wars, 4 watak utama ini mesti diperbincangkan (wajib ada) : Darth Vader/Anakin Skywalker, Luke Skywalker, Leia Organa & Han Solo. Darth Vader/Anakin Skywalker & Luke Skywalker telah ada wiki Bahasa Melayunya, sementara Leia Organa & Han Solo masih tiada walaupun komuniti wiki Bahasa Melayu telah wujud sekian lama, sebab itulah saya mewujudkan wiki Bahasa Melayu Han Solo ini. Pincang & seperti ada yang tidak kena dengan wiki Bahasa Melayu Star Wars tanpa kewujudan wiki Bahasa Melayu Leia Organa & Han Solo?! Tiada apa yang ingin saya buktikan di sini, niat saya baik, cuma ingin membantu komuniti wiki Bahasa Melayu walaupun saya sendiri kekurangan kepakaran tetapi terpulanglah kepada Tuan/Puan Penyelia sekiranya masih mahu menghapuskan wiki Bahasa Melayu Han Solo ini. Sekian & maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa.

Yang benar, Nama Pengguna: Ahmad Fadzillah