Star Wars

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Star Wars

Star Wars ("Perang Bintang”) adalah sebuah nama gabungan enam filem cereka sains yang diarahkan oleh George Lucas dari Amerika Syarikat. Siri filem ini bermula pada tahun 1977 dan yang terakhir pada tahun 2005.

Semenjak siri ini dihasilkan, filem ini telah menjadi sebuah fenomena budaya dan menghasilkan banyak penghasilan filem, buku, permainan, siri televisyen dan banyak barangan perniagaan lainnya. Pada tahun 2005, majalah Forbes menganggarkan bahawa hasil perdagangan yang berasaskan Star Wars dalam masa 28 tahun ini, telah mencapai hampir US$20 juta. Dengan ini, secara perdagangan, filem Star Wars boleh dianggap sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah.

Cerita tentang Star Wars ini lokasinya berada di luar angkasa dan menggunakan motif-motif cerita arketip yang biasa dijumpai baik dalam cerita cereka sains (science fiction) mahupun mitos klasik. Star Wars adalah sebuah contoh bagus "opera antariksa" dan merupakan sebuah sub-genre cereka sains.

Daftar filem[sunting | sunting sumber]

Daftar di bawah ini merupakan daftar filem Star Wars yang termasuk kanon utama.

Episod IV hingga VI pertama kali dikeluarkan sekitar akhir tahun 1970-an dan awal 1980-an. Menurut George Lucas hal ini dilaksanakan kerana ketika itu belum tersedia teknologi untuk menggambarkan kemegahan Republik, sehingga dia memutuskan untuk bermula pada tengah-tengah. Sedangkan episod I hingga III dibuat pada sekitar tahun 2000-an kerana teknologinya sudah tersedia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Matahari terbenam di Tatooine yang menunjukkan dua matahari, hasil daripada sistem deduaan. Paparan ini dari filem A New Hope yang menjadi simbol saga Star Wars.

Episod I, II, dan III (Perang Klon) meriwayatkan kejatuhan Republik lama dan kebangkitan Empayar Galaktik. Ia juga menceritakan kisah Anakin Skywalker yang merupakan orang muda yang berbakat yang telah menjadi Jedi (yang terpilih) dan perubahannya kepada Darth Vader, dan peralihan ke Bahagian Kegelapan Force. Dalam filem pertama, Darth Sidious memanipulasi Persekutuan Dagang untuk menakluk planet Naboo. Sidious dalam pada masa yang sama mengekalkan identitinya kepada umum sebagai Palpatine, seorang senator dalam Republik Galaktik, dan mengunakan menggunakan krisis tersebut untuk meyakinkan ahli Senat memilihnya sebagai Canselor Republik Galaktik. Dalam filem kedua, dia kemudiannya mempengaruhi Senat untuk mengizinkannya menggunakan kuasa darurat dan membentuk Perang Klon, konflik antara Republik (yang dikawalnya sebagai Canselor Palpatine) dan gerakan Pemisah (Confederacy of Independent Systems yang dikawalnya sebagai Darth Sidious).

Anak muda bernama Anakin Skywalker, yang kuat dengan Force, telah ditemui oleh Tuan Jedi Qui-Gon Jinn, dan padawannya Obi-Wan Kenobi. Qui-Gon percaya yang Anakin adalah Yang Terpilih, yang diramal untuk mengembalikan keseimbangan Force. Selepas Qui-Gon dibunuh oleh Darth Maul, Obi-Wan mengalahkan perantis Sith dan kemudian, menentang bantahan kuat dari Tuan Yoda, patuh kepada wasiat tuannya untuk melatih budak itu. Anakin membesar dengan Force, dan kemahirannya menyebabkan dia menjadi angkuh dan jengkel dengan latihan Obi-Wan, yang membuatnya terkongkong. Bertentangan dengan peraturan yang paling ketat dalam Kumpulan Jedi, Anakin jatuh cinta dengan Padmé Amidala, ratu, dan kemudian senator, bagi Naboo. Kedua-duanya berkahwin secara senyap, yang dilarang bagi seorang Jedi kerana ia boleh membangkitkan perasaan takutkan kehilangan yang mempu mendoring kepada Bahagian Kegelapan Force. Perang Klon bermula di setiap pelusuk galaksi dan para Jedi melawan balik untuk mengembalikan keamanan kepada Republik. Anakin dan Padmé meneruskan kerahsiaan perkahwinan mereka tetapi tidak lama kemudian, Padmé mengandung. Walaupun teruja dengan berita tersebut, Anakin meula mendapat bayangan akan kematian Padmé. Kerahsiaan mereka membuatkan dia mencari pertolongan daripada pihak luar kumpulan Jedi, dan dengan keadaan terdesak, dia meminta bantuan Palpatine, yang kini Canselor, (yang sebenarnya Darth Sidious). Sidious mengambil peluang ini untuk menarik Anakin ke Pihak Kegelapan dan menjanjikan yang Padmé akan selamat jika Anakin menyertai Sith. Muslihatnya berjaya dmeyakinkan Anakin untuk meninggalkan Jedi. Titik perubahan Anakin tiba apabila dia mula campur tangan dalam perlawanan antara Tuan Jedi Mace Windu dan Palpatine, yang mencederakan tangan Windu sebelum Palpatine sendiri yang membunuhnya. Palpatine mengumumkan Anakin sebagai Raja Sith dan memberikannya nama Darth Vader, lalu mengarahkannya untuk memburu dan memusnahkan semua Jedi yang tinggal dalam galaksi.Mahaguru dan kawan lamanya yang masih berada pada pihak Jedi,Obi-Wan berda di dalam kapal angkasa Padme apabila Padme melawati Anakin di planet lava iaitu Mustafar. Obi-Wan terkejut melihat betapa kejamnya Anakin apabila mencekik Padme dengan Force kerana mengesyaki Padme sudah derhaka padanya. Obi-Wan sudah tida cara lain,beliau bertarung dengan Raja Sith yang kejam itu yang pernah manjadi kawan yang rapat kepada Obi-Wan.Kedua-dua pahlawan sama kuat tetapi akhirnya Obi-Wan dapat mengalahkan Anakin dan memnyebabkan badan Anakin terbakar oleh lava volkanik yang panas apabila kedua-dua belah kaki Anakin serta tanganya dipotong oleh pedang lightsaber Obi-Wan. Padmé mati dengan melahirkan pasangan kembar yanng beliau namakan Luke dan Leia. Pasangan kembar itu dipisahkan untuk keselamatan: Luke diberi kepada adik tiri Anakin, Owen Lars dan isterinya Beru di Tatooine; Leia kepada Senator Bail Organa dan isterinya di planet Alderaan. Obi Wan-Kenobi dan Yoda, yang merupakan Jedi yang tinggal, melarikan diri, Obi-Wan ke Tatooine (yang dirasakannya bertanggungjawab untuk melihat Luke dari jauh), Yoda ke dunia rawa Dagobah. Sidious (sebagai Palpatine) membentuk semula Republik Galaktik kepada Empayar Galaktik yang pertama dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja.

Episod IV, V, dan VI (Perang Saudara Galaktik) berlaku lebih kurang sembilan belas tahun selepas Episod III, iaitu ketika Perang Saudara Galaktik, konflik yang berlarutan yang menyebabkan kejatuhan Empayar Galaktik ke tangan Perikatan Pemberontak. Filem ini mengikuti kisah Luke Skywalker, anak kepada Anakin Skywalker (yang kini Darth Vader), dan kebangkitannya dalam pemberontakan menentang Empayar. Leia, seorang puteri dan ahli Senat Imperial bagi Alderaan dan ahli Perikatan Pemberontak, meneruskan rancangan untuk pertarungan Empayar apabila kapalnya diserang Darth Vader. Beliay menghantar pesanan untuk bantuan kepada Obi-Wan Kenobi melalui R2-D2. Darth Vader membawa Leia kepada Grand Moff Tarkin. Luke yang secara tidak sengaja menerima pesanan itu menemui Kenobi. Leia dipaksa untuk menyaksikan kemusnahan kampung halamannya oleh Bintang Maut. Selepas pembunuhan ibu dan bapa saudaranya oleh Stormtrooper Imperial yang mencari droid, Luke menyertai Perikatan Pemberontakan — mengembara bersama Kenobi, bersama kakak kembarnya Leia Organa (yang tidak diketahui bahawa dia adalah kembarnya hinggalah Episod VI), penyeludup Han Solo, teman Solo Chewbacca, dan droid C-3PO dan R2-D2. Perikatan Pemberontak akhirnya memusnahkan Bintang Maut dan Tarkin.

Sebelum kemusnahan Bintang Maut, Luke berlatih dengan Kenobi. Selepas kematian Kenobi di tangan Vader, Luke mencari Yoda untuk meneruskan latihan Jedi. Luke percaya yang bapanya telah dikhianati dan dibunuh Darth Vader, yang diberitahu oleh Kenobi pada perjumpaan pertama mereka. Apabila Luke mendapati kebenaran yang sebenar — yang bapanya ialah Vader — dia sangat terkejut. Walau bagaimanapun, dia berjaya menghalang dirinya dari dimakan pujuk Vader dan Palpatine untuk ke pihak Kegelapan, malah berjaya membawa bapanya kebali ke pihak Kecerahan Force. Vader mencampak Maharaja Palpatine ke reaktor Bintang Maut untuk menyelamatkan anaknya dari dibunuh Palpatine tetapi dia tercedera ketika melakukannya. Ketika membunuh Palpatine, Anakin/Vader memenuhi Ramalan Force, membuktikan yang dialah Yang Terpilih yang mengembalikan keseimbangan Force dengan menghancurkan Sith. Sementara itu, armada Pemberontak (diketuai rakan Solo Lando Calrissian) memperoleh kemenangan dengan menghancurkan Bintang Maut kedua. Dengan kemenangan Perikatan Pemberontak, maka berakhirlah Perang Saudara Galaktik dan kejatuhan Empayar lalu mengembalikan Republik Galaktik.

Tema[sunting | sunting sumber]

Tema utama dalam Star Wars adalah sebuah perjuangan semesta yang bersifat abadi antara kebaikan dan kejahatan. Tema ini digambarkan sebagai sebuah keseimbangan antara mereka yang menggunakan kekuatan utama yang disebut "The Force" secara jahat atau baik.

Siri filem ini berkisar pada keluarga Skywalker yang telah diramal akan mengembalikan keseimbangan pada "The Force". Akhirnya keseimbangan ini dilakukan oleh Anakin Skywalker, ayah Luke Skywalker dan Leia Organa. Cerita ini merangkumi dua generasi.

Daftar tokoh[sunting | sunting sumber]

Protagonis[sunting | sunting sumber]

Stormtrooper Empayar

Antagonis[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]