Pergi ke kandungan

Hari Bujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Bujang
Ilustrasi sambutan perniagaan atas talian Hari Bujang di China
Official nameGuanggun Jie (光棍节)
Observed byCina
TypeKomersial
SignificanceMenyambut golongan bujang
CelebrationsMembeli-belah, pesta
Date11 November
FrequencyTahunan
Hari Bujang
Tulisan Cina Tradisional光棍節
Tulisan Cina Ringkas光棍节
Maksud harfiahFestival Bujang

Hari Bujang (Cina: 光棍节; Pinyin: Guānggùn Jié, Inggeris: Singles' Day) merupakan suatu perayaan yang terkenal dalam golongan muda China sebagai menyambut kebanggaan mereka sebagai seorang bujang.[1] Tarikhnya, 11 November (11-11) dipilih kerana nombor "1" melambangkan seseorang yang bersendirian (bujang). Hari ini juga menjadi pilihan untuk mengadakan perkahwinan. Sebagai contoh, kira-kira 4,000 buah pasangan berkahwin di Beijing pada tarikh ini dalam 2011.[2]

Hari tersebut juga menjadi hari promosi jualan terbesar di dunia, baik di luar mahupun atas talian. Alibaba, misalnya, mencatatkan jualan sebanyak 168.2 bilion yuan (US$25.4 bilion) semasa perayaan 2017.[3]

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Hari Bujang berasal dari Universiti Nanjing pada 1993 dan kemudiannya tersebar ke universiti-universiti lain di Nanjing pada 90-an.[4]

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai teori berkenaan asal perayaan Hari Bujang..[5] Namun, teori yang paling dipercayai ialah teori berkenaan budaya asrama Universiti Nanjing. Menurut teori ini, pada 1993, empat orang lelaki bujang dari universiti tersebut berbincang tentang cara-cara untuk menghilangkan kebosanan sebagai orang bujang dan bersepakat menjadikan 11 November sebagai tarikh sambutan sebagai menghormati golongan tersebut.[6]

Promosi jualan

[sunting | sunting sumber]

Sambutan ini bukanlah sebuah sambutan rasmi di China, meskipun telah menjadi hari promosi jualan luar dan dalam talian terbesar di dunia. Laman-laman seperti Alibaba, Tmall dan Taobao mencatatkan jualan setinggi US$5.8 bilion pada 2013 hingga US$25.4 bilion pada 2017.[3]

Setelah perayaan ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan, pihak syarikat seperti restoran, pusat karaoke dan pusat beli-belah atas talian mula mengambil peluang dengan menyasarkan golongan muda. Misalnya, Taobao mencatatkan jualah sehingga 19 bilion yuan (kira-kira US$3 bilion) pada edisi 2012.[7]

Tambahan pula, sambutan ini tidak lagi menjadi khusus untuk masyarakat China, tetapi telah tersebar ke luar negara tersebut. Di Asia Tenggara, Lazada menyaksikan 6.5 juta pesanan barangan tercatat pada 2017, setelah Lazada giat menjalankan pengiklanan di kawasan tersebut.[8]

Tanda dagangan

[sunting | sunting sumber]

Frasa "双十一“ (Shuāng Shíyī, 11 Berganda) telah dijadikan sebagai cap dagang oleh Kumpulan Alibaba pada 28 Disember 2012 dengan nombor pendaftaran 10136470 dan 10136420. Malah, Alibaba bertegas untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pihak media yang membenarkan pengiklanan terhadap pesaingnya yang menggunakan frasa tersebut.[9]

  1. ^ CNN China China's biggest problem? Too many men, November 2012
  2. ^ Chin, Josh (2011-11-11). "Chinese Couples Rush to the Altar on 11/11/11". WSJ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-10.
  3. ^ a b Haas, Benjamin (2017-11-12). "Chinese shoppers spend a record $25bn in Singles Day splurge". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2018-01-10.
  4. ^ "How China's Singles' Day Holiday Sold Out". Times. Dicapai pada 10 November 2015.
  5. ^ "Singles' Day 2017 — Public Holidays China". Public Holidays China (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-11-30.
  6. ^ Group, SEEC Media. "11 things you need to know about 11.11 Singles' Day shopping festival" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-11-30.
  7. ^ VB business, online mall Taobao reports $3B in sales in one day, Nov. 2012
  8. ^ Saiidi, Uptin (2017-11-13). "Singles Day is not just for China anymore". CNBC. Dicapai pada 2018-01-10.
  9. ^ Eric Johnson (Nov 6, 2014). "The Chinese government has essentially given Alibaba the 'Double 11' market". InvestorPlace. Dicapai pada Nov 10, 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]