Perniagaan elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perniagaan elektronik (e-niaga) atau perniagaan Internet ialah suatu kaedah perniagaan yang membolehkan seseorang berniaga melalui Internet atau ICT. Konsep perniagaan Internet sebenarnya hampir seiras dengan perniagaan konvensional. Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Perbezaannya hanyalah proses transaksi urus niaga tersebut yang mana urus niaga tersebut dijalankan secara dalam talian. Pihak pembeli dan penjual tidak perlu bersemuka dan boleh berada beribu-ribu batu jauhnya.

Ada dua bentuk perniagaan Internet:

  1. Perniagaan berasaskan perkhidmatan
  2. Perniagaan berasaskan produk

Perniagaan berasaskan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Antara contoh perniagaan Internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti:

  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, kain rentang, kulit buku elektronik)
  • Perkhidmatan membina tapak sesawang
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan pengehosan web
  • Perkhidmatan menulis dan menterjemah artikel atau rencana

Perniagaan berasaskan penerbitan laman sesawang[sunting | sunting sumber]

Perniagaan ini lebih kepada perniagaan yang sebenarnya tidak mempunyai apa-apa barangan untuk dijual. Perniagaan jenis ini khususnya kepada pengusaha laman sesawang dengan menyediakan ruang pengiklanan di laman sesawang mereka.

Antara yang popular adalah dengan mendaftar menjadi penerbit bersama dengan Google yang dinamakan AdSense Google. Antara syarikat lain yang menawarkan ruang kepada pengusaha laman sesawang di Malaysia ialah Innity Corporation Berhad.

Perniagaan berasaskan produk[sunting | sunting sumber]

Perniagaan berasaskan produk terbahagi kepada dua jenis iaitu produk fizikal dan produk digital.

  1. Produk fizikal
    • Menjual tikar
    • Menjual alat penjimatan eletrik
    • Menjual buku
    • Menjual peta
    • Menjual model kapal terbang
    • Menjual menjual CD multimedia
    • Menjual cadar
    • Menjual barangan sukan
  2. Produk digital
    • Menjual buku elektronik
    • Menjual perisian-perisian
    • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
    • Menjual gambar-gambar/grafik profesional
    • Menjual video-video tutorial
    • Menjual gajet-gajet terkini

Huraian[sunting | sunting sumber]

Jarang sekali perniagaan-perniagaan Internet menipu dan ia adalah benar.[perlu rujukan] Peratus penipuan pula adalah kecil. Produk-produk mereka dipasarkan dengan menggunakan Internet sepenuhnya. Jadi, tidak mustahil sama sekali seseorang tidak dapat membuat duit di Internet dengan melakukan perniagaan elektronik.

Perniagaan di Internet dan perniagaan konvensional ialah konsep yang sama. Kedua-duanya mempunyai rukun jual beli; penjual-pembeli-produk. Istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya tiada dalam perniagaan Internet.

Bukanlah sesuatu yang terlalu mudah untuk membina sebuah perniagaan Internet yang berjaya. Usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan diperlukan. Untuk membina sebuah perniagaan Internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research"[penjelasan lanjut diperlukan], "Product Development"[penjelasan lanjut diperlukan], "Web Development"[penjelasan lanjut diperlukan], "Internet Marketing"[penjelasan lanjut diperlukan], "Search Engine Optimization[penjelasan lanjut diperlukan] (SEO)", "Sales Letter Writing"[penjelasan lanjut diperlukan], "Web Credibility"[penjelasan lanjut diperlukan], "Traffic Generation"[penjelasan lanjut diperlukan] dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui. Membangunkan perniagaan Internet bukanlah semudah membangunkan tapak sesawang dan meletakkannya di Internet sahaja malah lebih sukar. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" dalam dunia perniagaan Internet.

Program sekutu[sunting | sunting sumber]

Dalam perniagaan konvensional untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen. Sedikit komisen hasil daripada harga jualan produk tersebut akan diberikan kepada agen-agen yang berjaya membuat jualan pula.

Di Internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil sekutu.

Manakala, prgram sekutu pula ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik tapak sesawang perniagaan bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Kebiasaannya proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program sekutu ini adalah percuma.

Setelah mendaftar sebagai agen dalam sesebuah program sekutu, anda[nyatakan menurut siapa?] akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda[nyatakan menurut siapa?]. Tugas anda[nyatakan menurut siapa?], hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang mengetik pada URL anda[nyatakan menurut siapa?] dan kemudiannya membeli produk yang dijual di tapak sesawang tersebut, anda[nyatakan menurut siapa?] akan diberikan komisen.

Satu ciri utama yang perlu diketahui tentang program sekutu ialah, program sekutu yang sah tidak mempunyai banyak tingkat. Maksimun tingkat yang dibenarkan untuk program sekutu hanyalah dua tingkat sahaja. Hal ini kerana program sekutu lebih mengutamakan jualan produk dan komisen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk dan bukannya daripada bilangan talian turun yang diperolehi. Jadi, jika ada tapak sesawang yang mendakwa mereka menjalankan program sekutu dan peringkat sekutu mereka lebih daripada dua, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat, itu menipu.[perlu rujukan] Hal itu ialah skim piramid yang cuba memperbodoh pengunjung dengan istilah program sekutu.[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]