Harold Ramis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harold Ramis
Ramis pada Oktober 2009.
Kelahiran
Harold Allen Ramis

(1944-11-21)21 November 1944
Meninggal duniaFebruari 24, 2014(2014-02-24) (umur 69)
DikebumikanShalom Memorial Park, Arlington Heights, Illinois, U.S.
Pusat pendidikanUniversiti Washington di St. Louis
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • pengarah
  • penulis
Tahun aktif1968–2014
Pasangan
  • Anne Plotkin (k. 1967; c. 1984)
  • Erica Mann (k. 1989)
Anak-anak4

Harold Allen Ramis (/ˈrms/; 21 November 1944 – 24 Februari 2014) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah dan penulis Amerika Syarikat.[1][2][3][4][5][6] Watak lakonannya yang paling terkenal ialah sebagai Egon Spengler dalam Ghostbusters (1984) dan Ghostbusters II (1989), dan sebagai Russell Ziskey dalam Stripes (1981); beliau juga menulis bersama filem-filem tersebut. Sebagai pengarah, filem-filem arahan beliau termasuk Caddyshack (1980), National Lampoon's Vacation (1983), Groundhog Day (1993), dan Analyze This (1999). Ramis merupakan ketua penulis asal siri televisyen SCTV, yang mana beliau juga ialah penghibur, dan juga sebagai penulis bersa,a Groundhog Day dan National Lampoon's Animal House (1978). Filem terakhir yang beliau tulis, terbit, arah, dan berlakon ialah Year One (2009).

Hasil karya Ramis telah mempengaruhi generasi pelawak, penulis komedi dan pelakon. Pembikin filem dan pelakon termasuk Jay Roach, Jake Kasdan, Adam Sandler, Peter dan Bobby Farrelly yang memetik filem-filemnya antara kegemaran mereka. Bersama-sama Danny Rubin, beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Lakonlayar Asal Terbaik untuk Groundhog Day.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Ghostbusters' Actor, 'Caddyshack' Director Harold Ramis Dies at 69". Algemeiner Journal. February 24, 2014. Dicapai pada April 24, 2018.[pautan mati kekal]
  2. ^ Sacks, Ethan (February 24, 2014). "Harold Ramis dead at 69: Actor-director-writer was best remembered for 'Ghostbusters,' 'Groundhog Day'". New York Daily News. Dicapai pada April 24, 2018.
  3. ^ "Harold Ramis, Judd Apatow talk "Groundhog Day," Buddhism, and San Francisco in the 60s". Lion's Roar. July 18, 2016. Dicapai pada April 24, 2018.
  4. ^ Loerzel, Robert (April 24, 2014). "11 Questions for Harold Ramis: An Unpublished Interview". Chicago magazine. Dicapai pada April 24, 2018.
  5. ^ Leopold, Todd (February 24, 2014). "Harold Ramis of 'Ghostbusters,' 'Groundhog Day' fame dies". CNN.com. Dicapai pada February 25, 2014. Asked by The New York Times about the existential questions raised by "Groundhog Day" – and competing interpretations of the film's meaning – he mentioned that he didn't practice any religion himself.
  6. ^ Kuczynski, Alex. "Groundhog Almighty", The New York Times, December 7, 2003, via Kenyon College Department of Religious Studies
  7. ^ "Awards Database—Film: Original Screenplay". bafta.org. British Academy of Film and Television Arts. Dicapai pada August 16, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]